Selamat Pagi dari Best Western Premier Hunza
8:05 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi dari Hunza!
Ahaks! Itu cerita sebelah pagi, setelah berehat dari perjalanan panjang meredah lereng gunung, bukan 10 gunung atau 40 gunung tetapi macam-macam rupa bentuk gunung. Berapa jam? Bertolak dari Naran sekitar pukul 8:00 pagi. Berhenti di beberapa lokasi dan akhirnya tiba di Hunza hampir pukul 11:00 malam. Hampir 15 jam perjalanan! Semuanya pemandangan gunung, dan hanya waktu malam sahaja tidak nampak rupa gunung sebab tidur.
Dan akhirnya kami jejak kaki ke Karimabad, Hunza di Best Western Premier untuk bermalam melepas lelah.
Selamat Pagi Hunza! |
Seperti biasa, masuk bilik kena bagi makan HP dahulu. Dalam keadaan letih, hanya sempat suap seadanya sahaja.
Bilik nampak kemas, luas dan selesa terutama ketika solat tidak perlu menyelit atau terselit di celah katil. Masuk bilik lewat pukul 12 malam. Kelopak mata pun sudah layu.
Setiap hotel yang kami inap mesti ada sediakan sejadah.
Minum air mineral sebab waktu siang tak banyak minum. Tak sempat hendak minum teh sebab hendak tidur. Takut terbangun hendak buang air sebab suhu sejuk. Asyik terbangun, nanti tak cukup tidur pula.
Baru perasan, setiap kali buka almari dan ada disediakan selipar mesti ada dua benda : Penghapus bau kaki! Sayangnya kami tak pernah pakai atau ambil.
Selesa betul bilik airnya!
Mandi air panas memang sungguh nyaman.
Mandi air panas memang sungguh nyaman.
Ini sahajalah suasana yang sempat dirakam.
Ketika berada di lobi, sempat masuk bilik air dan nampak menarik pula pintu bilik air perempuan di bawah ini.
Pintu bilik air perempuan. |
26 comments
Fuh, 15 jam perjalanan! Lama sungguh, tapi kalau tidur kuranglah rasa lama tu kan.
BalasPadamMemang nampak selesa sungguh bilik penginapan kak Amie.
Ya 15 jam! Singgah-singgah beberapa tempat untuk ambil gambar, makan dan solat.
PadamSelamat maam Hunza
BalasPadamSelamat malam Wak.
PadamWow, tempat have2 ni...
BalasPadamTempat penginapan UTK pelancong Uncle.
PadamBagus le hotel ada siapkan sejadah.. Kat Malaysia ni, ada juga hotel yang tak sediakan sejadah..
BalasPadamPakistan 99% penganut Islam. Mungkin salah satu sebab disediakan sejadah.
PadamCantiknya gambar berdua tu.. manis sekali dengan pashmina shawl.
BalasPadamTerima kasih Faizah.
PadamTeruja bergambar dengar baju dan pashmina yang dibeli di Karimabad Bazaar.
15 jam perjalanan woahh lama tu. Tapi bila sampai, hotel dan bilik hotel sangat cantik bersih kemas, hilang penat kan. Sweetnya foto berdua tu.
BalasPadamMemang lama sungguh kan Mulan. Jenuh duduk dalam van tapi banyak kali juga singgah2.
PadamSesekali berfoto pakai baju Pakistan.
Cantiknya pintu bilik air. Penatnya tempuh 15 jam perjalanan dalam bas pulak tu. Lawo la pashmina Kak Amie, matching lak ngan baju purple.
BalasPadamHahaaa....main beli baju Pakistan, syukurlah boleh pakai. Ngam ye dengan pashminanya.
Padam15 jam dalam bas, fuhhh penatnya kak oi
BalasPadamPenat tapi berbaloi dapat banyak ambil gambar.
Padam15 jam....boleh bayang penatnya macam orang balik raya dlm jem🤭
BalasPadamCantik la pintu bikik air tu
Penat tapi best!
PadamEh,asalnya nak komen:
BalasPadamAyu dan sesuai sangat pada pandangan mata saya cikgu pakai tudung printed purple tu..manis dipandang
Terima kasih Mama Cella.
Padampashmina baru tu kan kak amie pakai tu? cantiknya...kalau SA dah kepenatan 15 jam perjalanan tu memang x dan la SA nak amik gambar..terus tido la nampaknya
BalasPadamYa pashmina baru beli.
PadamSayang pula terus tidur hihihiii....
15 jam perjalanan Mbak? Haduh betapa letih nya ya...
BalasPadamTapi syukurlah hotel tempat menginap tampak rapi, bersih dan terawat baik.
Selalu tersedia sajadah di setiap kamar hotel...
Salam,
Ya, begitulah 15 jam perjalanan. Tapi demi memenuhi minat, ditempuh juga.
PadamKalo best western hotel dah recommended sangat lah. Semua chained hotel dia memang bagus dan nyaman. 👍👍
BalasPadamBetul Fanny.
PadamPuas hati.