Makan Roti Naan & Pakistani Mutton Curry di Lembah Babusar

4:43 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pukul 1:03 minit petang van memasuki pintu pagar masuk ke sebuah kedai makan. Nampaknya kali ini kita benar-benar terlupa untuk melihat, membaca dan mengambil gambar nama kedai makan ini! Setelah belek-belek semua gambar, memang tak ada nama kedai! Bukan tidak ada, tetapi tidak ambil gambar! Agaknya teruja hendak isi perut kot sampai terlupa.

Pakistani Lamb Curry



Pekerja restoran membawa hidangan dari dapur menuju ke tempat makan.


Senyuman yang terukir di wajah pelayan restoran ini membayangkan rasa teruja dan gembira menerima kehadiran kami sebagai tetamu untuk makan tengah hari... hehehehee. Cantik jew roti nan dalam dulang, panas dari ketuhar.


Wajah-wajah yang penuh tertib dan sabar menunggu masa untuk menjamah hidangan.


Bismillah.
Kami menikmati makan tengah hari di tempat terbuka. 


Jom makan.

Salad

Antara sajian tengah hari yang dihidangkan :
  • Nasi Putih Basmathi
  • Roti Naan
  • Pakistani Mutton Curry
  • Mixed Vegetable Curry
  • Salad
  • Chicken Chargha
  • Air Mineral
  • Teh / Chai Masala


Ketika ini yang paling sedap sudah tentulah apabila dapat teguk air mineral.

Mixed Vegetable Curry

Nasi beras basmathi... cantik!

Pakistani Mutton Curry

Nampak Pakistani Mutton Curry, sudah tentulah kami hendak meratah puas-puas! Banyak pula tu isinya dalam mangkuk. Lembut jew dagingnya.


Kami 16 orang dihidangkan dengan tiga kali hidangan seperti di atas.


Ada Chicken Chargha. Ini ayam goreng gaya Pakistan. Ratah-ratah saja. Agak keras sedikit sebab tidak ada kulitnya! Cukup rasa. Makan dua ketul tak cukup.... ahaks!

Nak makan kari kambing dengan roti naan pula.

Ambil separuh roti naan, takut tak habis.

Kita tambah kari kambing dengan kari sayuran.
 

Sekarang muka ada senyum! Hidangan sudah ada di depan mata.



Selepas makan kami diberi pilihan samada hendak minum teh kosong atau teh masala.

Amie pilih teh kosong. Warnanya kuning sangat. Ada kunyit ke? 
Sedap pula rasanya. Ada rasa serai dan menyegarkan!

Yang berminat untuk hirup chai atau teh masala, maka inilah rupa dia.


Selesai makan, barulah sempat melihat-lihat sekitar.


Ini pemandangan di pintu masuk restoran.
Ada anak sungai mengalir jernih.



Di  seberang sungai merupakan kawasan perkampungan. 


Di restoran yang berkonsep terbuka ini ada banyak pangkin. Boleh duduk-duduk atau baring-baring di situ. Nyaman sungguh suasana di sini dengan tiupan angin sejuk!



Sebenarnya, ketika kami sedang makan, angin bertiup kencang! Terpaksalah tarik tirai penutup di bahagian tepi restoran supaya tidak 'berterbangan' mengganggu kami.



Sesiapa hendak jadi 'ular' bolehlah berlengkar di sini selepas makan!



Di bahagian luar restoran pun ada tempat rehat. Boleh duduk dan boleh baring.
Tapi, di sini tak terlihat pun kelibat orang perempuan. Semua lelaki.


Tempat solat kami sungguh istimewa!
Kami dibenarkan menggunakan dua buah bilik (resort) untuk menunaikan solat jamak. Bilik tersebut merupakan bilik penginapan yang lengkap dengan segala kemudahan seperti hotel dan bilik airnya sangat bersih!

Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Mudassir kerana sangat menjaga kebajikan kami. Kalau diikutkan hati selepas solat rasanya hendak tidur saja di bilik tersebut.

11 comments

  1. Mutton curry + nasi basmati ❤️❤️❤️. Dah paliiing cocok kak Amie 🤭😍. Saya akan pilih itu pastinya. Apalagi curry Pakistan ini sedap yg saya dengar.

    Teh masala sebenernya penasaran juga. Tp beberapa kali minum teh masala , di Melaka sekali di korea sekali, tak ada yg sesuai dengan lidah saya 😅. Tapi ntah2 di negara asalnya lebih sedap, maybe kan 😁🤭

    BalasPadam
  2. Macam jauh je dia berjalan bawak hidangan tu?

    BalasPadam
  3. Cantiknya view otw masuk ke restoran tu kak.. air teh tu kuning sgt... x tanya pulak mmg ada campur serai ke.. hehehe

    BalasPadam
  4. Tengok motorsikal diorang semua jenis scrambler sesuai dengan muka bumi mereka.
    Dah kenyang baring2 atas day bed tu, ditiup pula angin sejuk, pasti boleh layan. Tapi tu lah.. open place pulak 😁

    BalasPadam
  5. masakan orang pakistan mesti sedap. nampak menyelerakan je tu.

    BalasPadam
  6. Makananya sangat menyelerakan... Mesti sedap.

    BalasPadam
  7. Nampak sedap sangat karinya. Jarang2 pulak sy nampak dorang makan dengan nasi putih, selalu nasi berperisa. Baiknya bagi bilik penginapan sebagai tempat solat. Pasti ya, tak ada yang tumpang baring? hihi.

    BalasPadam
  8. sedapnya roti naan cicah kari pakistan

    BalasPadam
  9. kari makan dgn roti naan n nasi basmthi sendat perut kenyang

    BalasPadam
  10. SA x pernah cuba teh masala rasanya..ada rasa rempah2 kan kak amie..mutton curry dan nasi basmathi tu memang menggoda

    BalasPadam
  11. tgk nasi beras basmathi tu je dah terasa kenyang kak...
    mana tak senyum
    customer dari jauh tuuuu datang...
    ramai pulak tuuu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe