Cerita Dari Dapur di Hari Minggu

2:39 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari minggu, hari Ahad bukanlah hari untuk berehat sepanjang waktu. Inilah kesempatan untuk membersihkan dan mengemas apa yang patut dari dalam sehinggalah ke luar rumah. Cerita luar rumah memang kita jarang ambil tahu... ahaks! Itu kerja Encik suami. Yang kita banyak tahu sudah tentulah cerita dalam dapur dari peti sejuk, meja makan sehinggalah ke sinki.

Pagi ini kita tambah isi peti sejuk yang sudah berkurangan terutamanya susu segar, sayur dan buah-buahan. Udang dan sotong masih belum berusik. Ayam pun banyak lagi terutama bahagian sayap, kaki dan separuh ayam bulat.

Sempat ke pasar tani, beli apa yang patut. Dapatlah bawa pulang buah belimbing, jambu air dan limau madu.

Jambu Air + Belimbing + Limau Madu


Kelapa Pandan

Kelapa pandan ini kami beli di Taman Bandar LD selepas brisk walk.

Belimbing Buluh

Geram melihat belimbing buluh yang nampak segar di pasar tani! Sedapnya kalau dapat dimasak asam pedas bersama ikan pari atau ditambah dengan cencaluk!


Beli tomato kampung.


Beli halia kampung. Hendak belajar minum air halia segar macam yang pernah arwah Ayahanda kita amalkan. Dulu rasa nak menangis kerana setiap hari kena sediakan minuman halia untuk arwah. Sekarang terkenang-kenang pula.


Jumpa cili padi kampung yang cantik! Beli juga, RM5.00.


Bunga & Pucuk Betik

Encik Suami suka sayur yang pahit seperti bunga dan pucuk betik. Elok jugalah amalkan pemakanan begini untuk jaga kesihatan. Maklumlah umur kami pun sudah kira merpati masuk senja. Penyakit warga emas pun mula mengintai di usia kami ini terutamanya yang tiga serangkai : Jantung + Diabetes + Darah Tinggi. Eloklah ambil langkah berjaga-jaga sebelum terkena.



Nampak terung pipit, terus beli. Dengar ceritanya terung pipit bagus untuk kurangkan tekanan darah tinggi.


Siput Tarik RM15 / sekilogram.

Mempedal Ayam - RM9.49 sekilogram.

Hati Ayam - RM9.49 sekilogram.

Mempedal & Hati Ayam

Encik Suami suka mempedal ayam. Kita suka hati ayam. Biasanya mempedal dengan hati ayam ini kita buat perencah sayur kacang panjang campur tempe atau masak sambal kates.

Ikan Mabung

Beli ikan mabung. Saiz besar untuk dipanggang. Saiz kecil kerat dua boleh digoreng atau masak singgang.

Ikan Bawal Hitam

Ikan Lolong

Daging Kari /Sup

Beli daging lembu. Tertulis Daging Kari / Sup. Kata pekerja di situ, ini daging bahagian rusuk. Sekilogram RM40.00. Sudah siap dipek dengan harga RM23.00 lebih kurang 1/2 kg lebih sikit. Mungkin bahagian ini sesuai untuk dimasak kari atau masak sup.

Firdaus suka asam pedas. Minggu lepas sudah dua kali masak asam pedas. Sekali masak ayam dan sekali masak tulang. Ingatkan hari ini hendak masak asam pedas lagi. Tengoklah nanti kalau datang mambang rajin!

16 comments

  1. wahh, hati ayam kalau digoreng mmg sedap tuh., hehe

    BalasPadam
  2. Wahhh.. sorang suka pedal, sorang suka hati, bagus la tak berebut, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK.
      Entah mengapa cita rasa berbeza padahal duduk bersebelahan jew hati dan mempedal.

      Padam
  3. Ramainya stok bekalan dapur sekali berbelanja.

    BalasPadam
  4. Tertarik tengok siput tu, tak pernah makan. Masak apa ye Kak Amie?
    Buah tomato kampung tu hiris² buat kerabu atau ulam pun sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rebus saja siput tu. Tarik dan celup air asam.

      Padam
  5. terong pipit, kalo di tapanuli kampung saya, disebut rimbang :D.. biasa dimasak dalam kuliner daun ubi tumbuk, makanan khas batak.

    kalo di jawa disebut takokak.. di sunda atau jawa barat ada yg mirip, namanya leunca.. tp bedanya leunca lebih lembut :D..

    besok saya nak restock barang dapur juga... dah buat menu untuk seminggu.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emak saya sebut cepokak.
      Banyak namanya ye dik.
      Senang beli barang dapur sekali harung untuk bekal seminggu.

      Padam
  6. Agaknya siput tarik tu kat Borneo je kot, belum jumpa lagi di sini.

    BalasPadam
  7. Bestnya tengok borongan di Pasar Tani. Bila tinggal berdua mintak boleh beli banyak2 dah.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe