Naran - Kaghan - Babusar Valley - Dari Lembah ke Lembah Kehidupan
8:49 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Catatan pada 17 September 2024 sekadar:
- Gunung-ganang
- Ladang ubi bit
- Kambing biri-biri
- Salji
- Glasier
- Jalan ditutup lima bulan
- Tiada sekolah
- Di hadapan Batakundi ada sekolah
- Lulusar Lake
- Babusar Pass
- Salji turun
- Helang
- Tak boleh ambil gambar kampung, rumah & penduduk tempatan
- Hot water - Air terjun warna hijau batunya
- Jalan berdebu
- Kanan gunung, kiri gaung dan sungai
- Batu-batu tersangkut, tersembul di celah gunung
- Juglot
- Hindu Kush - Banjaran Himalaya - Banjaran Karakoram
Di bawah ini Amie kongsikan gambar yang sempat Amie rakam dari tempat duduk sebelah kanan di dalam van bermula dari sebelah pagi ketika bertolak dari Naran dan sehingga menjelang petang di Babusar. Barangkali dengan melihat gambar ini sedikit-sebanyak dapat membayangkan suasana kehidupan dari Lembah Naran - Kaghan - Babusar.
Lembah Naran Kaghan bermula dari Balakot dan berakhir di laluan Babusar. Lembah ini menghijau dan banyak pokok konifer, tasik yang berair jernih, hutan liar dan tumbuhan yang unik. Keindahan alam banyak terpancar di Lembah Kaghan. Lembah ini akan hujani salji pada musim dingin dan seluruh kawasan dilitupi oleh glasier. Glasier mula mencair pada bulan Februari dan dibuka semula sehingga September.
Lembah Kaghan lebih popular kerana tempat-tempat yang mengagumkan seperti
Lembah Balakot, Tasik Lulusar, Tasik Saif ul Muluk, Lembah Lalazar, Lembah Sharan, Malika Parbat, Babusar Top, Noori Top, Tasik Dudipastar dan Tasik Ansoo.
Selekoh jalan yang tidak terkira banyaknya. |
Banyak jalan raya berair kerana limpahan air terjun dari celah-celah batu di lereng gunung.
Lama-kelamaan tiada tumbuhan di atas gunung.
Sesekali kami melihat lembah menghijau, air sungai mengalir jernih dan merupakan kawasan perkampungan.
Rumput kering, barangkali disimpan sebagai bekalan makanan kuda di musim sejuk.
Sempat melihat Pakistani sedang santai lepak di tepi jalan.
Tidak jelas pula gambar haiwan kecil-kecil ini. Mungkin kuda, mungkin lembu!
Kami difahamkan sekiranya ada bangunan yang bercat atau warna-warni itu menunjukkan kawasan yang diduduki atau ada projek yang sedang dijalankan oleh pemaju atau penanam modal dari negara China. Rumah penduduk tempatan tidak bercat. Semula jadi.
Memang banyaklah yang lebih berwarna-warni di kawasan ini.
Melihat van kami di jalan raya, muncul kanak-kanak dari perkampungan seolah-oleh menyambut kedatangan kami! Mujurlah Mumtaz Khan sentiasa membawa van dengan penuh hemah. Jadi, tidaklah sampai berlaku perkara yang tidak diingini.
Pada masa ini kawan-kawan pun hulurlah sesuatu untuk mereka.
Batu-batu disusun menjadi batas. Tidak pastilah pula apa yang ditanam.
Padikah atau gandum? Yang pasti di bahagian tepi itu tanaman jagung.
Nampak cantik berteres-teres.
Tanaman jagung di dalam batas yang disempadani dengan susunan batu.
Begitulah.
Rakaman dari sudut pandangan lembah ke lembah dari pagi hingga menjelang petang.
Walaupun satu demi satu gunung jauh ditinggalkan, namun sehingga malam belum nampak penghujungnya! Ia merupakan banjaran yang sangat panjang, dengan ketinggian sesayup mata memandang. Sesekali terserempak dengan lembah hijau.
Subhanallah!
Gunung-ganang tanpa tumbuhan, hanya batu-batan keras tetapi wujud sungai dengan aliran air yang sangat jernih!
Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. (al-Nahl[16:15]).
Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya’[21:31]).
Naran - Kaghan - Babusar Valley
20 comments
Terfikir betapa bertuahnya Malaysia dengan tanahnya yang subur penuh flora menghijau berbanding dengan keadaan di sana.
BalasPadamKan Wak.
PadamItu pasal Malaya pernah digelar semenanjung emas.
Ohhhh. Tak boleh ambil gambar kampung, rumah & penduduk tempatan ya. Kambing di mana2 ya Kak Amie.
BalasPadamCantiknya view semua yang Kak Amie ambil, Subhanallah. Especially sungai, gunung. Moga kami sampai sana nanti, Aamiin.
Pakistan agak tertutup.... Industri pelancongan baru saja bermula.
PadamMemang dilarang ambil gambar tapi tak kan lah tak boleh langsung kan Mulan.
Perjalanan yang menarik ni kak, dapat menyaksikan kehidupan yang jauh berbeza dari bumi Malaysia.
BalasPadamNampaknya semua orang di sana kecil besar tua muda kekal berpakaian tradisi.
Rasa kagum sebenarnya melihat penduduk Pakistan yang setia memakan salwar khameez.
PadamAllahuakbar! Begitu besarnya kurniaan Allah pd kita di Malaysia ni, Kak Amie.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSemoga Malaysia terus aman dan makmur.
Kita di Malaysia sangat beruntung bila dibandingakn dengan mereka kan kak...itupun di negara kita masih ramai yang mengeluh tanpa usaha
BalasPadamBetul SA.
PadamInsaf apabila melihat betapa jauh bezanya kehidupan di negara kita dengan Pakistan.
Kenapa tak boleh ambil gambar penduduk tempatan dan , kampung dan rumah kak?
BalasPadamEntahlah Dana, yang pasti mereka (tour guide) melarang ambil gambar dengan anak-anak perempuan. Katanya ibu bapa mereka tidak mengizinkan.
PadamIndah nya pemandangan di kawasan luar bandar di Pakistan..
BalasPadamKalau lama sikit mungkin boleh jejaki kampung.
PadamSeronoknya menjelajah seantero dunia..😍😍😍
BalasPadamJalan-jalan cari penat ni Mama Cella.
Padamapa sebab tak boleh ambil gmbr kampung and rumah2 penduduk kak?
BalasPadamkat situ dah dkt dgn china. ada terjumpa tentera2 china buat rondaan kat situ?
Tak pastilah kenapa. Adalah tu sebabnya.
PadamTiada tentera China di situ, tak nampak.
ada waktunya buka tutup jalan krn glasier yg mencair ya kak... berarti untuk turis kalo nak kemari, hrs tahu juga waktu2 kapan lembah ini dibuka ya?
BalasPadammenarik cara mereka membedakan mana yg rumah penduduk dan mana yg project china... warna warni rumahnya cantik.. kesannya colorful di tengah gunung batu begini
Ya, biasanya sampai lima bulan ditutup. Tidak digalakkan datang waktu musim salji. Kalau ada runtuhan salji memang membahayakan pengguna jalan raya.
Padam