Lulusar Dudipat National Park - Gersang Namun Indah

7:59 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Nampaknya belum masanya untuk makan tengah hari, atau juga belum sampai ke tempat makan. Jadinya, mari kita turun van dan jejak kaki ke Taman Negara Lulusar-Dudipat terletak di Lembah Kaghan di Daerah Mansehra Khyber-Pakhtunkhwa, Pakistan. Taman ini telah wujud pada tahun 2003. Terdapat Tasik Dudipatsar dan Tasik Lulusar yang indah.



Sepanjang perjalanan dari Lembah Naran hingga ke Lembah Kagahan, kami menyaksikan perubahan demi perubahan bentuk flora termasuk pokok, pokok renek, saka, dan herba hutan konifer subalpin Himalaya Barat Himalaya dan kawasan ekoregion renek alpine Himalaya Barat yang lebih tinggi dan padang rumput. Di taman ini pula terdapat fauna seperti harimau bintang salji, beruang hitam, marmot, musang, lynx, harimau bintang, ayam salji Himalaya dan ayam hutan salji. Tasik dan habitat tanah lembap di taman ini mempunyai kepentingan ekologi yang penting untuk fauna penduduk dan unggas air yang berhijrah.












Tasik Dudipatsar atau Tasik Dudipat ialah tasik yang dikelilingi oleh puncak bersalji di Taman Negara Lulusar-Dudipatsar. Tasik ini terletak di utara melampau Lembah Naran. Perkataan "dudi" bermaksud putih, "pat" bermaksud gunung dan "sar" bermaksud tasik. Nama ini telah diberikan kepada tasik kerana warna putih salji di puncak sekitarnya. Pada musim panas air tasik memantul seperti cermin. Perkataan "sar" digunakan dengan nama setiap tasik di kawasan itu, diterjemahkan sebagai 'tasik.'

Tasik Lulusar-Lulusar ialah kumpulan puncak gunung dan tasik di Lembah Naran di wilayah Khyber-Pakhtunkhwa di Pakistan. Perkataan "sar" bermaksud "atas" atau "puncak" dalam bahasa Pashto. Puncak tertinggi mempunyai ketinggian 11,200 kaki (3,410 m) di atas paras laut.

Keindahan Tasik Didupatsar di musim bunga!
Sumber - Google


Refleksi air tasik dimusim salji.
Sumber - Google



Pemandangan di seberang jalan.


Bagaimana agakanya suasana di musim bunga? Sudah tentu penuh dengan pemandangan indah! Rumput menghijau dengan bunga-bunga berkembang warna-wani menyerikan alam! Subhanallah.



Sempat juga mengambil gambar, seolah-olah bentuk rumah di lembah!


Dan apakah bentuk-bentuk petak seperti ini?


Gunung-ganang semakin tandus, tiada tumbuhan. Hanya rumput renek warna merah sejemput-sejemput!


Namun begitu, masih ada aliran air terjun yang celah-celah batu gunung.


Yang berwarna putih itu batu-batu, dan yang warna merah itu tumbuhan renek.


Berapa lamakah lagi kami akan merentas gunung dan lembah?
Memang benarlah dalam hikayat dan cerita sastera lama, pengembaraan anak raja mencari tuan puteri perlu mengharung 40 lautan, merentas 40 gunung!

Tapi pengembaraan kami, dari pagi membawa ke malam sudah tidak terkira berapa jenis gunung, berapa puluh batang sungai dan berapa ratus selekoh di rempuh Mumtaz Khan!

Salah satu terowong Long Live Pak - China Friendaship yang kami lalui.

Teringat pertanyaan Blogger Anies tentang projek usahasama China-Pakistan. Kita pun tak pandai nak komen apabila teringat keadaan negara sendiri. Sekadar kongsi info sahaja apa yang  diceritakan oleh tour guide. Ini antara salah satu contoh Long Live Pak - China Friendship.


22 comments

  1. Balasan
    1. Ya, makin lama pokok makin renek dan hampir tidak ada.

      Padam
  2. Haiwan-haiwan di Taman Negara tu bebas merayau-rayau atau ada penempatannya sendiri?
    Apa-apa musim pun tasik dan gunung tu kelihatan cantik. Geram je nengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah tentulah ada habitatnya sendiri.
      Kami hanya di bahagian luar sahaja, tak ada masa untuk masuk ke dalam.

      Padam
  3. cantik view tasiknya..nk plak tgk gmbr google kalo musim bunga & salji tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang cantik kalau datang pada musim tertentu.

      Padam
  4. Bumi ni tentu belum habis diteroka. Terbayang di negara sendiri ni, Kak Amie.. habis bukit ditarah dibina rumah2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat luas SK.
      Tak terjangkau oleh mata yang memandang.

      Padam
  5. Subhanallah menakjubkan pemandangan di sini... Air dari gunung tu mesti sejuk ya amat kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya PH.
      Air salji mencari dari puncak gunung dan mengalir turun ke lembah. Air untuk bersuci.

      Padam
  6. Kalau kat Pakistan ni saya lebih seram yang ikut jalan bukit yang kecik2 tu. Hanya 1 kenderaan je boleh lalu.

    BalasPadam
  7. walaupun nampak lapang tetap ada cantiknya kak... kalau musim bunga mesti lagi cantik kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul.
      Alam luas terbentang, tentu ada keunikannya yang tersendiri.

      Padam
  8. subhanallah indah alam sekitarnya

    BalasPadam
  9. Cantik nya semua foto especially Tasik Didupatsar tu. Suka sangat tengok tasik, gunung ganang alam semulajadi. Thanks for sharing Kak Amie.

    Perjalanan dari Lembah Naran hingga ke Lembah Kagahan tu memang awesome sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Leka memandang suasana sekitar dan tangkap gambar sampai terlupa perut sudah berkeroncong hihihiiii.

      Padam
  10. Kalau gunung ganang tu menghijau kan best kan..mesti lagi cantik pemandangan...dah macam guning ganang kat Lombok masa SA pergi, kemarau masa tu..

    BalasPadam
  11. Keindahan alam yang khas ya Mbak. Banyak pegunungan, bebatuan tapi ada danau yang indah sekali. Berbeda dengan disini yang pemandangan alamnya didominasi oleh hijau pepohonan.

    Salam,

    BalasPadam
  12. Masya Allah 😍😍😍😍😍. Cantiiiik sangaaat. Saya bayangkan kalo winter di sana. Sukaaaa ❤️❤️❤️. Danau nya memang menarik kak.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe