Samosa & Popia Untuk Firdaus
8:54 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi Firdaus hendak makan samosa dan popia. Budak ini kalau sudah makan kedua-dua makanan kegemarannya memang lupalah nasi! Encik Suami kata tak perlulah masak nasi sebab sudah banyak makan macam-macam di antara waktu tengah hari ke petang! Konsep kami mudah saja. Kalau sudah rasa kenyang, tak perlulah masak nasi.
Aduhai! Terhitamlah pula samosanya! Tapi tidaklah sampai rasa pahit. Sedap jew Firdaus makan.
Selain samosa dan popia, kita sediakan telur dadar, daun salad dan epal strawberi. Pandai budak ini makan daun salad. Dia bubuh sendiri Kewpie Roasted Sesame Dressing. Dia bungkus popia dan telur dalam daun salad. Tak cukup daun salad yang disediakan, dia cari lagi dalam peti sejuk.
Anak-anak kami semuanya begitu.Tak suka makan sayur tapi semua suka makan daun salad!
Pastil & Air Lada |
Sambil menemani Firdaus makan samosa dan popia, kami makan pastil dan limau bali. Sedaplah pula pastil yang sudah sejuk, tapi dipanaskan semula dalam air fryer. Makan dengan air lada!
Firdaus tak cukup minum susu segar segelas. Pergi lagi dia ke peti sejuk cari kotak susu! Nampak macam kenyang, dan apabila menjelang malam tak ada suara kata lapar nak makan nasi!
14 comments
Sedapnya tengok dah malam2 ni. Sama lah anak2 kat rumah ni, dedaun salad yang disukai nya, sayur lain slow sangat.
BalasPadamSyukurlah boleh makan daun salad walaupun tak mahu makan sayur kan Mulan.
PadamHahaha....dah memang tekak kepualauan Melayu..makan apapun nasi juga diingat .
BalasPadamAlhamdulillah kita dah dapat merasa pastil kuah lada..Cuma hajat nak buat sendiri belum terbuat
Saya pun belum pernah cuba buat pastil. Beli sajalah senang kan Mama Cella.
PadamIngatkan karipap, rupanya pastil.. tapi pastil tu intinya apa?
BalasPadamPastil intinya bihun. Tuang kuah lada lepas tu makan.
PadamSaya dah kenyang jadi lapar balik tengok samosa dan popia tu 😊
BalasPadamSamosa dan popia memang banyak peminatnya kan Farrah.
PadamSenang sekali kalau Firdaus dah kenyang makan samosa dan popiah.. bolehlah mommy rehat² kan badan.
BalasPadamYa, yang penting perut anak kenyang, barulah senang hati nak berehat.
Padamhitam pun hitam laa kak janji sedapppp
BalasPadamHahaaaa... Iyo laaa iyo laaaa.😂😂😂
Padamberarti sama kayak anak saya ;p. kalo sayur yg dimasak, macam gulai paku, gulai daun ubi, tak suka mereka.. tp salad suka :D .
BalasPadamBegitulah kali selera anak-anak ya Fanny. Yang penting ada serat /fiber masuk perut mereka.
Padam