Sarapan Nasi Lemak Lemuni di Astaka Taman Tun Sardon & Beli Sambal Bilis Garing

11:32 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
28 Mei 2024, bersamaan hari Selasa.
Hari ini Fuad dapat kelulusan cuti selama satu hari. Dapatlah kami jalan-jalan bersama dan makan-makan bersama. Sudah tentu Fuad yang akan memandu kereta sepanjang hari. Untuk sarapan pagi, Fuad bawa kami ke Astaka Taman Tun Sardon.

Masing-masing mencari makanan mengikut cita rasa sendiri. Amie teringin makan Nasi Lemak Lemuni. Inilah kali pertama menjamah Nasi Lemak Lemuni yang dimasak menggunakan daun lemuni. Selama ini hanya mendapat info melalui pembacaan bahawa daun lemuni ini banyak khasiat dan boleh dijadikan ubat. Begitulah kisahnya, jodoh pertemuan dengan Nasi Lemak Lemuni di Astaka Taman Tun Sardon. Kalau tak silap harga sebungkus RM2.50 sen.

Nasi Lemak Lemuni


Nasi Lemak.

Encik Suami pula makan nasi lemak biasa, lauk sambal, ikan bilis dan telur rebus. Harganya pun sama dengan Nasi Lemak Lemuni.


Murtabak Ayam

Firdaus mencari murtabak ayam. Habis licin dia makan dengan kuah karinya!


Abang Farid dan Fuad memilih roti bakar, telur separuh masak dan kacang panggang.



Encik Suami tak kenyang makan nasi lemak sebungkus. Jadinya tambah roti bakar dengan telur setengah masak juga.


Fuad tukang beli air. Ada air kopi, milo ais, teh o dan teh ais. Pagi-pagi dah minum ais!


Sedang kami menjamu selera, tiba-tiba datang seorang lelaki meletakkan sesudu sambal bilis garing di atas nasi lemak Encik Suami. Kemudian lelaki tersebut meninggalkan tempat makan kami dan meletakkan pula sambal bilis garing di dalam pinggan pelanggan yang sedang sarapan di situ.


Sedaplah pula rasa Sambal Bilis Garing! Terlebih sedap sebab ada bawang goreng. 
Kami panggil penjual sambal yang tidak jauh dari tempat kami makan. 
Kami terus beli tiga bekas. Harga sebekas RM18 tetapi kalau beli tiga bekas dapat harga potongan. Tak ingat berapa harga tiga bekas yang kami beli!


Sambal Bilis Garing


Selepas sarapan, kami tinggalkan Astaka Taman Tun Sardon. Fuad memandu arah ke Sungai Petani, Kedah. Kalau dah sampai Penang haruslah jalan-jalan ke Kedah juga terutama ke Sungai Petani! Bukan apa. Kita hendak jalan-jalan cari tudung Aunifa di sana.... ahaks!


Firdaus tidak berhenti meratah Sambal Bilis Garing bersama Abang Farid. Sampai ke LOTUS Sungai Petani Selatan, habislah satu bekas Sambal Bilis Garing!

8 comments

  1. Pertama kali saya makan nasi lemuni pun semasa berkunjung ke Astaka Tun Sardon ni. Sekali tu jelah pergi, malas nak bersesak cari parking.

    Sedap nasi lemuni tu, kami beli lagi untuk makan tengah hari pulak 😀

    Bijak penjual sambal garing ni buat marketing ya 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka cara penjual Sambal Bilis Garing. Dia tak paksa orang beli tapi dia beri peluang orang merasa dulu.

      Padam
  2. Saya penasaran dengan nasi lemak lemuni ini Mbak. Kalau dilihat dari fotonya sepertinya sangat merangsang selera. Ada disini semacam nasi uduk ya?
    Kalau ikan bilis, disini disebutnya ikan teri. Memang sering juga dijadikan sambal.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara masakan nasi lemak lemuni sama dengan cara masak nasi lemak biasa. Bezanya nasi lemak lemuni ditambah warna dari daun lemuni.
      Ya, cara masakannya lebih kurang nasi uduk yang dibubuh santan itu.

      Padam
  3. dah agak dahhhh
    bla baca entry kak amie ke SP sblm ni
    dlm hati ckp mesti nak cari tudung fav laa tu
    kan betullll
    hehehe
    amboiiii firdaus! nak minta sikit boleh x?

    BalasPadam
  4. Nampak sedap dan pasti sedap sambal ikan bilis tu ye...banyak ke beli tudung kak Amie?hehehe

    BalasPadam
  5. Saya catat dulu 😍😍😍. Kalo ke Penang lagi nak coba nasi lemaknya. Selama ini saya kemana2 kalo ke Penang pasti pakai grab. Tp bersyukur saat ke Penang trakhir, jumpa driver grab yg juga bisa menjadi guide kalo ada turis datang. JD nanti kalo ke Penang, nak pakai jasa dia mengantarkan kami kemana2 selama di Penang.

    BalasPadam
  6. Baru tahu ada nasi lemak lemuni jugak. Menarik juga dipelbagaikan menjadi nasi lemak. Rezeki kak Amie dapat merasa. Terus rasa macam teringin jugak. Nasi lemuni pun tak pernah rasa lagi ni. Ikan bilis garing tu memang sedap. Penambah selera gitu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe