Lelapkan Mata Seketika di Hotel Ramada By Wyndham Lahore Gulberg II

12:54 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebaik sahaja rebahkan kepala di atas bantal, dan belum sempat bermimpi tiba-tiba dikejutkan dengan suara azan entah dari masjid mana! Allahu Akbar! Kita terlelap semula dan bingkas bangun pada pukul lima pagi untuk menunaikan solat subuh. Kiranya lebih kurang dua setengah jam juga kita sempat tidur! Sudah tentu kepala masih berpusing dan mamai-mamai.


Tempat penginapan kami pada malam pertama di Pakistan di sebuah hotel empat bintang  Ramada Hotel by Wyndham Lahore Gulberg II.



Bilik hotel kelihatan luas dan sangat selesa.






Gee memilih katil di tepi pintu manakala Amie berada di hujung berdekatan dengan tingkap.





Alhamdulillah, ada air minuman dan pemanas air. Turut disediakan uncang teh dan kopi serta buah epal dan pisang.


Epal dan pisang.

Ada beberapa pilihan minuman tin di dalam mini peti sejuk. 

Ada beberapa bungkus keropok di dalam bakul di sudut meja.

Tak sempat hendak usik segala makanan ringan dan minuman dalam mini peti sejuk.


Dalam almari ada peti keselamatan, selipar dan penghapus bau kaki serta penimbang badan.


Ada sejadah.


Bingkas bangun, terus ke bilik air dan kejutkan badan dengan air sejuk! Barulah terasa kesegarannya setelah tidak bersihkan diri dengan sempurna dari kampung! Apabila disimbah dengan air sejuk, mata pun terus celik!







Segala kelengkapana mandian memang cukup serba-serbi!
Biasanya Amie pakai syampu yang dibawa sendiri tetapi kali ini terpikat pula dengan harum wangian syampu yang disediakan.

Cukup lengkap dengan aroma citrus yang sungguh menyegarkan!
Ada shampoo.
Ada conditioner.
Ada body wash.
Ada hand wash
Ada body lotion


Apabila sudah bersihkan diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, memang hilanglah segala letih lesu dan kepenatan yang terkumpul sejak 14 September 2024 bermula dari pukul 3 pagi dari LD. Mulakan hari yang baharu, indah dan bersemangat pada 16 September 2024! Bukankah hari ini Hari Malaysia?


Tepat pukul enam pagi, setelah meletakkan beg masing-masing di depan pintu bilik untuk dibawa turun oleh pekerja hotel, Amie dan Gee bergegas turun ke lobi. Ketika itu belum ada seorang pun ahli rombongan berada di situ.

Waktu sarapan dijadualkan pada pukul tujuh pagi.
Mari jalan-jalan dulu melihat persekitaran hotel.

Jambangan bunga di atas meja di lobi hotel masih segar, kekwa ungu dan putih diselang-seli bunga harum sundal malam.


28 comments

  1. Bestnya Amie... dapat gi travel lagi. Walau pun tak dapat pergi, dengar cerita dan tengok gambar dari blog Amie pun dah cukup. Rasa macam pi sana jugak.

    BalasPadam
  2. Makanan dan minuman ringan nya tu mewah betul. Siap ada buah²-an lagi. Bestnya hotel gini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang best. Rasanya setiap hotel yang kami inap ada sediakan buah-buahan.

      Padam
  3. Dah lama x jengah blog..kak amie dah sampai lahore rupanya..wah..lama saya x balik ke lahore..sejak mak mertua meninggal time covid aritu..nanti saya baca cerita k.amie tentang pakistan ye..teh tapal pun teringat saya di alama iqbal airport..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Innalillahiwainnailaihiraajiuunn. Salam takziah buat Zila dan keluarga suami.
      Teh tapal tu tak sempat saya bancuh. Sekejap sangat dalam hotel. banyak jenis teh di Pakistan ni kan Zila.

      Padam
  4. Hotel yang cukup cantik dan menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kata tour leader dan tour guide, selepas ini kami tak akan merasa duduk hotel seperti ini kerana kami akan kembara ke kawasan pergunungan.

      Padam
  5. Walaupun penat...wajib bergbar dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa... yang itu memang wajib.
      Orang kata walau perut lapar, bagi makan kamera dulu hihihiii.

      Padam
  6. Hotel ni nampak menarik dan selesa. Reka bentuknya moden, tapi masih ada sentuhan cozy yang buat rasa macam di rumah. Bilik nampak luas, bersih dan kemas. Kemudahan pun lengkap, memang sesuai sangat untuk relaks. Memang tempat yang ideal untuk staycation.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat.
      Sebaik kaki melangkah masuk terasa berada di rumah sendiri. Rasa hendak terus jatuhkan diri ke tilam dan lelapkan mata!

      Padam
  7. Hotel cantik, bersih kemas, lengkap semua memang rasa selesa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat selesa!
      Alhamdulillah. Walaupun penat, delay dan macam-macam tapi melihat bilik begini terus lapang fikiran.

      Padam
  8. Hotel sedap ni kalau tak kena gerak ke utara tu sure sambung tidur kan Amie. sedap sangat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang boleh qhada' tidur puas-puas di sini kan.

      Padam
  9. 4 bintang pun dah kemain mewah. Macam2 ada tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Cie.
      Tapi tak sempat hendak berlama-lama berehat di sini.

      Padam
  10. Balasan
    1. Ya betul.
      Rasa hendak lelapkan mata lama-lama sampai siang!

      Padam
  11. Wyndham hotel ini memang selalunya best. Saya pernah coba Wyndham di jakarta dan turkiye, selesa sangat keduanya ❤️❤️. Jadi saya yakin di luar negara yg lain pun pasti juga sama bagus.

    Kalo toiletries yg digunakan pakai botol besar seperti ini, biasanya saya akan suka kak. Beda cerita kalo pakai botol kecil. Memang tak saya sentuh 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo banyak cawangan Wyndham rupanya ye dik Fanny.
      Memang bagus, luas dan selesa.
      Kalau botol kecil memang tak puas guna. Itu pasal selalu bawa sendiri.
      Yang di sini sudahlah botol besar, aromanya pun sangat menyegarkan. Terus hilang letih mengantuk!

      Padam
  12. Selesa betul biliknya dan lengkap semuanya. Tapi itulah, tak dapat rehat lama-lama. Tidur pun dapat 2 jam lebih je. Liat sikit nak bangun sebab badan penat. Mujur juga tak terlewat bangun.

    BalasPadam
  13. Selesa betul biliknya dan lengkap semuanya. Tapi itulah, tak dapat rehat lama-lama. Tidur pun dapat 2 jam lebih je. Liat sikit nak bangun sebab badan penat. Mujur juga tak terlewat bangun.

    BalasPadam
  14. hotel Ramada ni hotel mewah kan Kak Amie...cantik dan selesa tapi sygnya dapat tido kejap aje..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe