Apabila Berhadapan Dengan Perkara Yang Tidak Diingini, Inilah Masanya Untuk Belajar Berlapang Dada!

10:10 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Ada beberapa perkara yang menjadi rintangan sebelum kami menjejakkan kaki ke Pakistan tempoh hari:

  • Pakej Pakistan 11 hari 9 malam. Kami tidak mempunyai cukup waktu kerana cuti menoreh hanya 9 hari. Jadinya kami memilih untuk kembara selama 8 hari 6 malam sahaja - private.
  • Apabila harga pakej melancong dan tiket kapal terbang pergi balik Tawau - Kuala Lumpur - Tawau sudah dibeli, tiba-tiba diumumkan cuti dibekukan oleh tuan ladang getah. Cuti seminggu itu para penoreh dikerah untuk turun ke ladang melaksanakan program di luar takwim!
  • Rasa kecewa yang amat sangat kerana sepanjang bulan, kami tidak berehat bahkan setiap hari cuti Sabtu dan Ahad serta cuti peristiwa kami turut dikerah membuat program untuk pokok-pokok torehan! Boleh, kami batalkan rancangan bercuti tapi bolehkah kembalikan duit pakej kami setiap seorang berjumlah RM6480.00 dan harga tiket kapal terbang Tawau - Kuala Lumpur - Tawau RM1000.00+++ itu? Yang ini tak boleh ulas panjang sebab kami hanyalah penoreh sahaja.
  • Amie baru tahu rupanya menaiki pesawat menggunakan flypass tidak boleh ikut suka sendiri kerana perlu melihat senarai semak tempat dan masa seperti yang telah ditetapkan. Tiada penerbangan dari Tawau ke KLIA pada 14 September. Yang ada hanya 13 September 2024, itu pun dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Sama juga, waktu balik Sabah, waktunya juga tidak sesuai kerana kekosongan hanya pada 21 dan 23 September sahaja. Itu pun waktu pagi, Amie tak sempat kejar penerbangan sekembalinya dari Pakistan.
  • Akhirnya Abang Farid belikan tiket Air Asia pergi balik. Amie sangka kawan-kawan yang sudah beli tiket balik dari KL akan menaiki Air Asia, tetapi mereka beli tiket Air Asia untuk ke KL dan balik Sabah naik Batik Air pula! Amie yang tersilap beritahu Abang Farid supaya beli tiket AirAsia.
  • Kami dijadualkan terbang dari Kuala Lumpur ke Lahore pada 14 September 2024 bersamaan hari Sabtu, jam 5:35 petang.
  • Pada 10 September 2024 kami dimaklumkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Lahore dengan menaiki pesawat Batik Air dibatalkan.
  • Ada pilihan - terbang pada 13 September 2024. Group akan mendapat lebih masa di Pakistan tetapi akan melibatkan kos penambahan 1 malam hotel, transport, tour dan makanan. Hal ini tidak dapat dipertimbangkan kerana kami sudah beli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur dan sudah tentu kalau kami memohon Cuti Rehat Khas akan ditolak mentah-mentah oleh pengurus ladang getah.
  • Pilihan seterusnya terbang pada 15 September 2024 pukul 7:05 malam seperti cadangan syarikat penerbangan, tetapi banyak tour di Pakistan terpaksa dikorbankan dan pihak agen pelancongan akan membuat refund terhadap kos yang dikorbankan tersebut. Jumlah refund dalam USD50 lebih kurang RM200.00+++. Dalam hal ini kami tidak boleh membuat tuntutan insuran perjalanan kerana penundaan penerbangan diberitahu lebih 24 jam. Setakat ini belum ada cerita tentang refund itu.
Jadi, bagaimana cara kami hendak mengambil keputusan menyelesaikan masalah di luar jangka ini? Kami teruskan sahaja perancangan yang sudah dibuat. Jadinya waktu kembara yang sudah dipendekkan dari 11 hari 9 malam ke 8 hari 6 malam menjadi 7 hari 5 malam sahaja!

Air Asia : Tawau-Kuala Lumpur

Hari Sabtu, seawal pukul tiga pagi, kami sudah bersiap sedia menanti van yang akan menjemput kami dari rumah ke rumah pada pukul empat pagi. Kami singgah solat subuh di Petronas Jalan Silam dan meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau. Penerbangan dijadualkan pada pukul 9:25 pagi.

Sempat menemani Gee, Nano dan Jusna sarapan di warung hadapan Lapangan Terbang Tawau. Amie tidak makan sebab Abang Farid sudah belikan pizza dalam pesawat.

Amie sarapan Nepoletana Style Pizza.

Minum air mineral sahaja.


Sebaik sahaja sampai di KLIA, Nano bersama Gee dan Jusna bergerak ke Puncak Alam. Mereka akan bermalam di rumah Nano. Nano mudah bergerak kerana ada kereta sendiri di sana. Amie pula minta tolong anak buah untuk ambil di KLIA2. Kebetulan anak buah tidak bekerja pada hari Sabtu. Bolehlah hantar balik kampung, jumpa Bonda.


Singgah di Puncak Alam. Anak buah belanja kambing panggang.


Minum jus tembikai. Nyaman bah!

Apam Beras

Kebetulan dalam perjalanan hendak masuk kampung, terpandang deretan gerai. Rupanya ada pasar malam di Puncak Alam. Singgahlah sebentar mencari apa-apa yang patut untuk Bonda, terutamanya makanan yang lembut-lembut. Nampak itu lembut, nampak ini lembut dan memang sesuai dengan selera Bonda kita. Hah... sekali beli lapan jenis engkau!


  • Apam Beras
  • Soto Ayam
  • Rojak
  • Tapai Ubi
  • Bubur Som Som
  • Lemper
  • Nagasari
  • Kuih Lopes
Sudah tentulah Bonda terkejut melihat kita terjengol depan pintu. Mengucap panjang Bonda kita tau! Bonda tanya, hendak ke mana? Kita kata hendak ke Pakistan.Bonda tanya lagi: Pakistan yang dulu-dulu suka masuk kampung jual kain itu? Iya... itulah.

Telefon Wak Aton.
Esok Ahad free tak?
Kenapa? Nak ajak pergi meminang ke?
(Isshhh Wak Aton ni... mentang-mentang hari ini 14 September tak jadi terima menantu, dia sindir-sindir kita pula!)
Ni baru sampai rumah emak. Esok nak pergi KLIA.
Aik? Balik kampung hari Sabtu, hari Ahad dah nak balik Sabah?
Taklah. Kita nak ke Lahore (tak sebut Pakistan).

Wak Aton senang hati hantar kita ke KLIA. Dibawanya Mira, anak daranya yang sedang cuti semester. Kita kata pukul 11 pagi gerak, dia datang pukul 10 pagi ke rumah Bonda. Jadi, bolehlah jalan-jalan cari makan dulu. Singgahlah kami di Restotan Mak Kimbong di Bandar Baru Bangi.


Berselera sungguh kami makan tengah hari di sini. Amie ambil ikan patin tempoyak, sambal kerang, kerabu mangga dan sambal belacan serta ulam-ulaman.


Wak Aton berangan hendak makan sotong bakar.
Dapatlah makan sotong bakar di sini tapi katanya sotongnya keras. Kita ketawakan Wak Aton dalam hati, sebab kita tahu kalau jenis sotong begini memang liat macam getah!

Tepat pukul 2 petang, Wak Aton hantar Amie sampai pintu penerbangan KLIA1. Perjumpangan ahli rombongan pada pukul tiga petang. Sempatlah solat dulu di surau sementara menunggu rakan-rakan yang lain sampai.

Seperti dijanjikan bertemulah kami 16 peserta. Sebahagiannya kami memang sudah kenal sebab kami sama-sama merancang untuk turut serta private pakej ini. Semuanya ada 16 orang. Maka berkenal-kenalan kami dengan yang belum mengenali. Setelah daftar masuk beg dan melepasi pintu imigresen kami pun hendak santai-santai, mencari tempat untuk minum dan mencari alas perut. Sebelum itu kami kena menaiki shuttle bus untuk sampai ke boarding gate.


Sekarang kami sudah ada enam orang. Tambahan dua orang rakan dari Melaka iaitu Kemi dan Liza. Kemi pernah menoreh satu ladang dengan kami di LD. Terima kasih orang Jepun yang berhenti ambilkan gambar kami dengan sukarela tanpa kami pinta. Tengok orang Jepun baik-baik, entah bila boleh sampai ke Jepun!


Singgahlah kami di Restoran Serai. 


Kami limitkan masa sehingga ke pukul enam sahaja di sini kerana akan terbang pada pukul 7:05 minit. Restoran Serai kelihatan agak lengang, mungkin disebabkan banyak kerusi meja di situ. Hanya beberapa buah meja sahaja yang diduduki pelanggan. Jadi, memang nampak selesa dan untuk kami minum sambil sembang-sembang sementara menunggu masa untuk terbang.

Masing-masing memesan makanan dan minuman. Gee memesan serai Ice Lemon Tea. Harganya memang lumayan kayangannya RM21.20 sen belum termasuk cukai.

Serai Ice Lemon Tea

Iced Chocolate

Hot Honey Lemon

Amie : Ice Kacang

Gee - Mee Goreng Mamak

Liza: Coconut Poppy Seed Cake

Jusna : Gado-Gado

Nano : Lontong Sate

Amie paling awal memesan cucur udang tapi sudah satu jam menunggu tidak juga muncul kelibatnya! Sudah juga ditanya kepada pelayan di situ beberapa kali. Katanya sedang digoreng. Semua kawan sudah habis makan tapi cucur udang tidak sampai juga. Tunggu lima minit lagi, katanya. Jadi kami putuskan untuk bayar sahaja makanan dan minuman yang ada dan tidak perlu menunggu cucur udang.


Tanpa sengaja, tertumpahlah gelas berisi Ice Chocolate di atas meja sewaktu Kemi hendak ke kaunter membayar harga makan minum kami. Kami minta maaf kepada pelayan di situ, dan berbisik : Ini sudah satu tragedi!

Dengar katanya, sewaktu Kemi bayar harga makanan di kaunter pelayan beritahu cucur udang sudah siap digoreng! Bolehlah dibungkus. Tapi kita sudah jauh berjalan ke hadapan dengan kawan-kawan yang lain. Kemi jawab, tak perlulah.


Ketika kami sudah bersedia di pintu boarding, terpandang di skrin penerbangan ke Lahore ditunda ke pukul 8:25 minit malam!



Tak tahu nak kata apa lagi dah.
Inilah sebenarnya tragedi yang harus kami hadapi setelah tragedi tumpah Ais Coklat di Restoran Serai sebentar tadi!


Tak kan nak menangis kot!
Marilah kita ambil gambar berpura-pura bahagia.... ahaks!

Sabarlah wahai hati. 
Marilah belajar berlapang dada.
Semuanya bukan di bawah kawalan kita.


28 comments

  1. tragedi bertipa timpa nama dia kot.huhu..bab delay ni memang sakit jiwa kalau nak pergi jauh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah jatuh ditimpa tangga namanya ye Lydia hihihii.

      Padam
  2. apam beras tu favorit linda..tapi, tak reti buatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun suka sangat apam betras ni, tapi jenis apam kampung yang orang dulu-dulu buat. Wangi.

      Padam
  3. meriah makanan amie nampaknya ni terus boleh lupakan apa yang berlaku. hihih

    BalasPadam
  4. Fuh...banyak dramanya ya.
    Yang banyak drama ni, banyak memori untuk dibualkan bersama rakan travel 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukurlah ada pelakon tambahan untuk setiap drama. Kalau solo-solo tak best kan Ujie.

      Padam
  5. Apam Beras, Soto Ayam, Rojak, Tapai Ubi, Bubur Som Som, Lemper, Nagasari, Kuih Lopes... Nampak juadah ni aduii sedapnya semua.

    Terkadang begitulah, semua plan, bukan kawalan kita kan Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah antara kuih-muih kegemaran Bonda kami. Kita pun ikut suka.
      Ya, memang kena banyak bersabar, benda bukan boleh dijangka akan berlaku.

      Padam
  6. Apam Beras, Soto Ayam, Rojak, Tapai Ubi, Bubur Som Som, Lemper, Nagasari, Kuih Lopes... Nampak juadah ni aduii sedapnya semua.

    Terkadang begitulah, semua plan, bukan kawalan kita kan Kak Amie.

    BalasPadam
  7. Disebalik perkara yang tidak diduga dan tidak diingini berlaku, pasti ada kemanisannya.
    Macam biasa dengar perkataan "pura-pura bahagia" ketika ambil gambar tu 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, akan terselit juga cerita manis.
      Ya, itulah kena pura-pura bahagia hihihii.

      Padam
  8. pengalaman yang berharga
    walau penuh drama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar, Pak.
      In syaa Allah ada hikmat di sebalik drama yang dilalui.

      Padam
  9. Kalau tapau jugak cucur udang td bolehlah dibuat kunyap-kunyap sementara menunggu flight yg delay.. itulah kan kita hanya merancang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mira.
      Kita kejar waktu.
      Tetiba pulak delay...huhuhuuu.

      Padam
  10. ooo kak amie x inform bonda nak blk sekejap ya hari tu... tu yg dia terkejut tu yaa...

    tuan punya ladang x kata apa ke kak bila akak x de spnjg mggu tu utk trn ke ladang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang biasanya begitu Anies. Kalau balik sekejap tak inform awal sebab risau Bonda dan kekanda akan sibuk masak.
      Kita minta 'anak-anak buah' gantikan tempat kita sebab kita ketua unit. Kita pantau program dari Pakistan. Lagi pun semua anak penoreh SPM terlibat dalam program dari pagi hingga petang selama seminggu. Dan, sudah tentu penoreh yang lain tetap berada di ladang. Tumpang-tumpang jagalah anak-anak yang ditoreh hehehee. Itu pun pengurus ladang siap bagi warning 2025 cuti Mei dan September akan digunakan sepenuhnya untuk program anak penoreh.

      Padam
  11. Rushing jugak tu Amie. dr 11D9N kepada 8D6N then pendek lagi 7D5N. dah tu ke Lahore pulak tu ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa boleh buatlah... memang kami tiada waktu mencukupi untuk jelajah Pakista.
      Harap ada waktu terbaik untuk kami jadi tetamu lagi ke negara bergunung-ganang ini.

      Padam
  12. Dalam tiap traveling, terkadang memang ada drama yg buat sakit kepala. Itu semacam bumbu lah kak Amie 😄. Dinikmati saja, tapi kalo sampai tiket hangus, memang emosi dibuat 😅

    Ya Allah harga minuman saja pun dah 21++ yaa. Blm makanan. kenapalah hrga bandara ini mencekik di mana2 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dik Fanny.
      Kita travel memang mahu kumpul kenangan indah tapi tidak semestinya semua manis-manis.
      Tapi kalau yang terjadi itu di luar jangkaan memang seharusnya kita ambil ibrahnya sahaja.
      Semoga setiap inci perjalanan memberikan hikmah dan pengajarannya yang tersendiri.

      Padam
  13. Aduh, kuat semangat betul, Kak Amie ni. Kita memang awal2 dah surrender, kita tumpang tengok gambar2 kak Amie cari pasal sajalah,

    BalasPadam
  14. Aduhhhh...x suka betul kalau delay la

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe