Bismillahirrahmanirrahim.
Sebaik sahaja rebahkan kepala di atas bantal, dan belum sempat bermimpi tiba-tiba dikejutkan dengan suara azan entah dari masjid mana! Allahu Akbar! Kita terlelap semula dan bingkas bangun pada pukul lima pagi untuk menunaikan solat subuh. Kiranya lebih kurang dua setengah jam juga kita sempat tidur! Sudah tentu kepala masih berpusing dan mamai-mamai.
Tempat penginapan kami pada malam pertama di Pakistan di sebuah hotel empat bintang Ramada Hotel by Wyndham Lahore Gulberg II.
Bilik hotel kelihatan luas dan sangat selesa.
Gee memilih katil di tepi pintu manakala Amie berada di hujung berdekatan dengan tingkap.
Alhamdulillah, ada air minuman dan pemanas air. Turut disediakan uncang teh dan kopi serta buah epal dan pisang.
Epal dan pisang. |
Ada beberapa pilihan minuman tin di dalam mini peti sejuk. |
Ada beberapa bungkus keropok di dalam bakul di sudut meja. |
Tak sempat hendak usik segala makanan ringan dan minuman dalam mini peti sejuk. |
Dalam almari ada peti keselamatan, selipar dan penghapus bau kaki serta penimbang badan.
Ada sejadah.
Bingkas bangun, terus ke bilik air dan kejutkan badan dengan air sejuk! Barulah terasa kesegarannya setelah tidak bersihkan diri dengan sempurna dari kampung! Apabila disimbah dengan air sejuk, mata pun terus celik!
Biasanya Amie pakai syampu yang dibawa sendiri tetapi kali ini terpikat pula dengan harum wangian syampu yang disediakan.
Cukup lengkap dengan aroma citrus yang sungguh menyegarkan! Ada shampoo. Ada conditioner. Ada body wash. Ada hand wash Ada body lotion |
Apabila sudah bersihkan diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, memang hilanglah segala letih lesu dan kepenatan yang terkumpul sejak 14 September 2024 bermula dari pukul 3 pagi dari LD. Mulakan hari yang baharu, indah dan bersemangat pada 16 September 2024! Bukankah hari ini Hari Malaysia?
Tepat pukul enam pagi, setelah meletakkan beg masing-masing di depan pintu bilik untuk dibawa turun oleh pekerja hotel, Amie dan Gee bergegas turun ke lobi. Ketika itu belum ada seorang pun ahli rombongan berada di situ.
Waktu sarapan dijadualkan pada pukul tujuh pagi.
Mari jalan-jalan dulu melihat persekitaran hotel.
Mari jalan-jalan dulu melihat persekitaran hotel.
Jambangan bunga di atas meja di lobi hotel masih segar, kekwa ungu dan putih diselang-seli bunga harum sundal malam. |
Bestnya Amie... dapat gi travel lagi. Walau pun tak dapat pergi, dengar cerita dan tengok gambar dari blog Amie pun dah cukup. Rasa macam pi sana jugak.
BalasPadamTerima kasih Diela.
PadamMari sama-sama travel.
Makanan dan minuman ringan nya tu mewah betul. Siap ada buah²-an lagi. Bestnya hotel gini.
BalasPadamYa, memang best. Rasanya setiap hotel yang kami inap ada sediakan buah-buahan.
PadamDah lama x jengah blog..kak amie dah sampai lahore rupanya..wah..lama saya x balik ke lahore..sejak mak mertua meninggal time covid aritu..nanti saya baca cerita k.amie tentang pakistan ye..teh tapal pun teringat saya di alama iqbal airport..
BalasPadamInnalillahiwainnailaihiraajiuunn. Salam takziah buat Zila dan keluarga suami.
PadamTeh tapal tu tak sempat saya bancuh. Sekejap sangat dalam hotel. banyak jenis teh di Pakistan ni kan Zila.
Hotel yang cukup cantik dan menarik
BalasPadamAlhamdulillah. Kata tour leader dan tour guide, selepas ini kami tak akan merasa duduk hotel seperti ini kerana kami akan kembara ke kawasan pergunungan.
PadamWalaupun penat...wajib bergbar dulu
BalasPadamHaa... yang itu memang wajib.
PadamOrang kata walau perut lapar, bagi makan kamera dulu hihihiii.
Bestnyer ngelencer ke tempat orang
BalasPadamNgelencer cari penat Wak.
PadamHotel ni nampak menarik dan selesa. Reka bentuknya moden, tapi masih ada sentuhan cozy yang buat rasa macam di rumah. Bilik nampak luas, bersih dan kemas. Kemudahan pun lengkap, memang sesuai sangat untuk relaks. Memang tempat yang ideal untuk staycation.
BalasPadamBetul sangat.
PadamSebaik kaki melangkah masuk terasa berada di rumah sendiri. Rasa hendak terus jatuhkan diri ke tilam dan lelapkan mata!
Hotel cantik, bersih kemas, lengkap semua memang rasa selesa.
BalasPadamSangat selesa!
PadamAlhamdulillah. Walaupun penat, delay dan macam-macam tapi melihat bilik begini terus lapang fikiran.
Hotel sedap ni kalau tak kena gerak ke utara tu sure sambung tidur kan Amie. sedap sangat tu.
BalasPadamMemang boleh qhada' tidur puas-puas di sini kan.
Padam4 bintang pun dah kemain mewah. Macam2 ada tu.
BalasPadamBetul Cie.
PadamTapi tak sempat hendak berlama-lama berehat di sini.
nampak sangat selesa tempatnya.
BalasPadamYa betul.
PadamRasa hendak lelapkan mata lama-lama sampai siang!
Wyndham hotel ini memang selalunya best. Saya pernah coba Wyndham di jakarta dan turkiye, selesa sangat keduanya ❤️❤️. Jadi saya yakin di luar negara yg lain pun pasti juga sama bagus.
BalasPadamKalo toiletries yg digunakan pakai botol besar seperti ini, biasanya saya akan suka kak. Beda cerita kalo pakai botol kecil. Memang tak saya sentuh 😅
Ooo banyak cawangan Wyndham rupanya ye dik Fanny.
PadamMemang bagus, luas dan selesa.
Kalau botol kecil memang tak puas guna. Itu pasal selalu bawa sendiri.
Yang di sini sudahlah botol besar, aromanya pun sangat menyegarkan. Terus hilang letih mengantuk!
Selesa betul biliknya dan lengkap semuanya. Tapi itulah, tak dapat rehat lama-lama. Tidur pun dapat 2 jam lebih je. Liat sikit nak bangun sebab badan penat. Mujur juga tak terlewat bangun.
BalasPadamSelesa betul biliknya dan lengkap semuanya. Tapi itulah, tak dapat rehat lama-lama. Tidur pun dapat 2 jam lebih je. Liat sikit nak bangun sebab badan penat. Mujur juga tak terlewat bangun.
BalasPadamDua hari jadi kambing biri2, hihihi.
BalasPadamhotel Ramada ni hotel mewah kan Kak Amie...cantik dan selesa tapi sygnya dapat tido kejap aje..
BalasPadam