Pages

Jumaat, 4 Oktober 2024

Jeruk Madu Pak Ali Dilupa Jangan

Bismillahirrahmanirrahim.
Setakat ini setiap kali ke Pulau Pinang, oleh-oleh wajib kami sudah tentulah Jeruk Madu Pak Ali. Banyak juga kedai cawangan Jeruk Madu Pak Ali di Pulau Pinang ini. Kali ini Fuad bawa kami ke Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Medan Selera Terminal Bas, Jalan Pantai. Butterworth.



Seperti biasa Amie minta bungkuskan buah-buahan jeruk campur sebanyak 1/2 kilogram setiap bungkus. 15 bungkus kesemuanya. Sebelum keluar dari kedai, kami dihulurkan lagi sebungkus jeruk buah-buahan campur. Tuan kedai kata : Makanlah dalam kereta. Terima kasih banyak!

Jeruk Kedondong



Jeruk Mangga



Jeruk Sengkuang

Kita paling suka jeruk sengkuang.

Jeruk Salak

Jeruk Betik


Nampak kuah rojak.
Beli enam botol Kuah Rojak Kacang Mak Bee.

Kuah Rojak Kacang Mak Bee



19 ulasan:

  1. Sy pula suka jeruk salak 😁
    Rambang mata nak memilih jeruk pun kalau masuk kedai Pak Ali ni, macam² jeruk ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jeruk salak lain harga, tinggi sikit berbanding jeruk lain.

      Padam
  2. kak ana suka Amie jeruk madu pak ali nih bukan sahaja produk orang kita tapi tak tersedak makan sebab tak buh cuka kan.. manis-manis buah jer :)

    BalasPadam
  3. linda suka betik...tapi, sebenar nya suka yang masih rangup..kalau dah lembik tu, tak minat sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap jeruk betik yang rangup.
      Dulu waktu raya, emak saya suka buat jeruk betik. Mungkin direndam dengan air kapur, sebab rangup.

      Padam
  4. Vote for jeruk salak.
    Last sy pegi Penang entah tahun bila. Sedap betul Nasi Kandar di sana walau sekadar nasi + kari kacang bender.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jeruk salak memang sedap kan.
      Tak tahu hendak pilih mana satu kedai nasi kandar.... banyak sangat pilihan!

      Padam
  5. Sedapnya jeruk. Puas hati kan pergi ke kedai jeruk Pak Ali. Macam2 jeruk ada, tinggal pilih saja yanga mana suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Tidaklah susah mencari oleh-oleh kalau datang Penang, singgah saja beli jeruk madu Pak Ali.

      Padam
  6. Betul, jika ke Penang, 2 benda ni kena bawa balik. Jeruk dan kuah rojak, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang kan SK.
      Itulah oleh-oleh istimewa dari Penang.

      Padam
  7. jeruk pak ali ni kalau sy beli selalunya mangga dengan kedondong
    2 ni antara paling sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap mangganya kan Anies. Kak Amie pula suka sengkuang.

      Padam
  8. Sedapnya Jeruk Madu Pak Ali..lama x makan jeruk..dulu muda2 memang selalu makan..dah tua2 ni kurang makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tua-tua ni sekadar nak merasa sajalah kan SA.

      Padam
  9. Aissssh menyesal saya tak beliii. Krn saya ada lewati tempat jeruk pak Ali ini di Georgetown. Sebenarnya di Medan pun ada yg jual jeruk atau di sini sebutnya manisan atau asinan buah. Tp kdg rasanya berbeda kan.

    Nantilah kalo kesana lagi saya nak coba beli manisan atau jeruk mangga. Nampak sedap 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jeruk Madu Pak Ali memang terkenal di seluruh Malaysia. Rasanya berbeza dengan jeruk lain dan istimewanya tekak tidak gatal atau sakit kalau makan banyak.

      Padam
  10. Dulu masa study di Penang, setiap kali balik Johor mesti beli berkilo kilo jeruk buah. Mesti penjual bagi sebungkus kecik extra buat makan makan juga. Penang ni memang syurga jeruk. Mesti beli punya kalau datang. Sekarang pun dah merata cawangan jeruk madu Pak Ali ni.

    BalasPadam