Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat datang Oktober!
Amie mulakan dengan catatan Mei 2024 yang belum selesai.
Kami ambil kesempatan untuk menziarahi Fuad di Pulau Pinang. Abang Farid telah tempahkan penginapan di Georgetown. Pada mulanya hanya Amie, Encik Suami dan Firdaus yang akan bermalam di sini, tetapi di saat akhir Abang Farid hendak ikut sama.
Alhamdulillah, setelah beberapa kali berpusing mencari, akhirnya sampai juga ke tempat penginapan kami iaitu Jawi Peranakan Mansion. Letaknya di 153, Jalan Hutton 10050 Georgetown.
Memasuki ruang tamu Jawi Peranakan Mansion, terasa kehangatan suasana menyambut kedatangan kami. Petugas kaunter dan pelayan lain sangat mesra dan sedia memberikan bantuan. Belum pun masuk ke bilik, sudah berasa selesa berada di sini.
Jawi Peranakan Mansion terletak di rumah besar Anglo-India. Tempat penginapan ini merupakan rumah agam yang bersejarah dan menawarkan banyak suasana yang boleh dinikmati para tetamu.
Katil dan tilam tambahan untuk Abang Farid. |
Oleh kerana Abang Farid turut bermalam di sini jadi kami meminta katil tambahan. Harga asal penginapan bilik ini ialah RM254, dan untuk harga katil Abang Farid bayaran tambahan dikenakan sebanyak RM100.00 (kalau tak silap mungkin RM80.00). Cerita sudah lama berlalu, banyak yang sudah terlupa!
Firdaus merehatkan diri di atas bantal peluk yang disediakan. |
Sejadah pun disediakan juga. Cukuplah ruangan di sini untuk menunaikan solat. |
Dari lantai sehinggalah ke bahagian atas, terpapar sentuhan tradisional yang sangat memukau. Pintu ke bilik air nampak klasik .
Bilik airnya kemas, bersih dan luas.
Tandas terletak di bahagian kiri dan bilik mandi di bahagian kanan.
Terpikat dengan jubin dan motif ukirannya yang tersendiri.
Selepas pintu dibuka, terdapat penghadang sebelum menuju ke katil.
Jom kita keluar sebentar.
Apa ada di bahagian luar bilik?
Ada meja bulat dan tempat duduk di sini.
Mari ikut Firdaus ke ruang hadapan.
Ini merupakan ruang makan. Hotel ini tidak menyediakan sarapan atau makan malam. Tetamu boleh membawa makanan sendiri dan menikmatinya di sini. Pinggan mangkuk dan sudu garpu disediakan.
Tetamu boleh menyediakan minuman sendiri. Air panas, kopi dan teh serta biskut disediakan.
Kopi Cap Tabik |
Biskut Kering |
Encik Suami membancuh kopi dan minum di sini. |
Setakat ini sahaja dahulu perkongsian Jawi Peranakan Masion.
Nanti Amie akan sambung sebab gambar-gambar dalam galeri tidak dapat dikeluarkan .... HP tiba-tiba hang!
Aiiih baguuus kaaak bentuk hotelnya 😍😍😍. Saya sukaaa sangat dengan bangunan lama seperti ini, masih terawat. Menginap di sini pasti masih nyaman, sambil membayangkan kehidupan lampau yg megah 😄❤️.
BalasPadamSukaaa saat tahu lokasinya dj Georgetown, bisalah kalo saya ke Penang lagi coba menginap di sini juga.
Lagipun tiap ke Penang, lokasi yg saya pilih selalu Georgetown. Krn dekat kemana2.
Unik juga dia tak menyediakan sarapan dan dinner tapi syukurlah dibagi ruang utk kita makan di situ dengan peralatan makan sekali 👍👍
Ada pilihan jenis bilik.
PadamRasa santai berada di sini. Kebanyakannya pelancong dari luar negara yang mencari kelainan. Walaupun Georgetown padat tetapi ada ruangan yang disisihkan untuk istirahat seperti Jawi Peranakan Mansion ini.
Senang untuk mencari tempat makan di sekitarnya.
Cantiknya hotel ni 😍 harga pun sangat-sangat berpatutan. Satu perkara saya suka bila pergi ke Pulau Pinang ialah ada banyak hotel berkonsepkan heritage di situ lagi-lagi di Georgetown.
BalasPadamSesekali hendak juga mencari pengalaman di tempat penginapan yang berbeza. Dapat tambah info tentang sejarah era kolonial.
Padambestnya... suami saya suka la tempat tempat macam ni. ada hiasan hiasan.. ukiran ukiran... ada unsur unsur seni dan budaya... saya jenis letak kepala pun lelap, jadinya ada tilam bantal sudah
BalasPadamMemang begitulah, tempat penginapan untuk beristirahat dan cukup ada tilam dan bantal.
PadamTeringin nak menginap di hotel² macam ni tapi Pak Inche lagi suka hotel moden. Ni nanti nak tunjuk kat Pak Inche.
BalasPadamCita rasa masing-masing kan SK.
PadamSaya sesekali hendak ubah selera juga.
Rasanya kalau asyik hotel moden, seolah-olah kaku hihihiii.
cantik tmpt penginapan dgn perabot sebegitu
BalasPadamAda juga kelainan suasana yang hendak dipandang kan Mama Tisya.
PadamMenariknya! Sy pun suka jubin cantik tu...
BalasPadamTeringat kami pernah stay di hotel ala kolonial di Taiping bbrp tahun lepas. Satu pengalaman yg berbeza bila berkesempatan menginap di tempat² begini
Ada sesuatu yang menggamit rasa apabila berada di tempat seperti ini. Walaupun usang tapi mempunyai sentuhannya yang tersendiri.
PadamCantiknya. Deko dalaman dan senibina nya semua cantik. Thanks for sharing Kak Amie.
BalasPadamSama-sama Mulan.
PadamItulah antara kesan seni budaya sentuhan Mughal yang dapat kita lihat hari ini di negara kita.
Nampak klasik pula.
BalasPadamCantik dan cosy.
Ya, memang klasik.
PadamAda nilainya yang tersendiri.
rumah cantik luas n selesa ruang inap
BalasPadamYa, Kak PI.
PadamSedaap mata memandang.
Seperti mengimbau zama dahulu kala.. seronok nya..
BalasPadamBetul.
PadamDari bahagian luar hingga ke dalam, menampilkan sentuhan zaman lampau yang tersendiri.
Betul2 klasik dan tradisional nie...
BalasPadamBetul Linda.
PadamCadar pun klasik hihihi.
Klasik betul hotel ni Kak Amie...kalau SA berdua ngan suami je tentu seram ni...kalau ramai2 stay maybe ok kot..hahaha
BalasPadamSesekali menginap di hotel macam ni best jugak kan Kak Amie. Vibes klasik dengan hiasan barang antik. Menarik tiles tu ala motif morrocan.
BalasPadam