Sotong Panggung, Kaki Ayam Masak Kicap & Mangga Udang

10:24 PTG

Cerita di petang minggu yang  baru sempat dijadikan entri. Kelmarin Encik Suami minta Amie masak kaki ayam dan juga buat sotong panggung. Oleh kerana Encik Suami sudah viralkan dalam kalangan ahli keluarganya tentang penemuan resipi sotong panggung, jadi terujalah mereka ingin merasa sotong panggung yang sudah berpuluh tahun tidak dinikmati!

Diringkaskan cerita, menjelang petang siaplah seperiuk besar  KAKI AYAM MASAK KICAP YANG SANGAT LEMBUT HINGGA TERLERAI KULIT DARI TULANG! dan SOTONG PANGGUNG

Ketika kami hantar Sotong Panggung & Kaki Ayam Masak Kicap ke kampung, hujan turun dengan lebatnya. Sebelum sampai ke kampung, banjir pula di tengah jalan!

Apa pun, sudah namanya rezeki akhirnya sampailah juga sotong panggung, kaki ayam dan mangga udang ke kampung. Seronok melihat anak-anak buah dan ipar duai berebut sotong panggung dan kaki ayam masak kicap! Sempatlah kami minum petang di tengah-tengah hujan ribut di kampung. Ada roti canai, mee goreng, pisang goreng, cekodok pisang dan keropok lekor. Menunggu hujan reda, akhirnya kami pulang ke rumah lewat pukul 10 malam.

Sempat jugalah Amie berkongsi resipi Sotong Panggung & Kaki Ayam Masak Kicap dengan adik ipar dan anak-anak buah.


Sotong Panggung, Kaki Ayam Masak Kicap & Mangga Udang.

Kaki Ayam Masak Kicap Yang Sangat Lembut, Terlerai Tulang dengan Kulit!

Sotong Panggung.


Firdaus memilih buah mangga udang di pokok untuk di bawa ke kampung.



Mangga Udang ini sudah cukup tua tetapi belum masak.
Encik Suami kata nanti di kampung boleh makan dengan kicap lada.


Firdaus petik mangga udang.


Mangga udang ini beratnya 1.9 kg sebiji.


Bekas berisi Sotong Panggung & Ayam Masak Kicap.



Anak buah kupas sebiji mangga udang. 


Makan mangga udang cecah kicap lada.



Sotong Panggung


Sotong Panggung

Kali ini Amie cuba ikat Sotong Panggung dengan menggunakan daun kucai. Resipi Sotong Panggung boleh lihat di sini: SOTONG PANGGUNG


Kaki Ayam Masak Kicap


Resipi Kaki Ayam Masak Kicap boleh lihat di sini: KAKI AYAM MASAK KICAP YANG SANGAT LEMBUT HINGGA TERLERAI KULIT DARI TULANG!

12 comments

  1. mesti seronok mereka dapat menjamu selera makanan yang dibawa. Lagi lagi sotong panggung yang dah lama tak makan. kak amie buat pun sama rasanya. Alhamdulillah berkongsi rezeki. Besar betul buah mangga tu. 1.9kg beratnya. Berbaloi sungguh makan kupas sebiji je dah cukup. Kecur tengok makan dengan sambal kicap tu.

    BalasPadam
  2. Hehe rezeki kena kongsi. Seronok makan beramai-ramai. Lagi seronok mereka suka makanan Puan Amie masak.
    Besar betul mangga dibawa ke kampung.

    BalasPadam
  3. berselera makan ramai2 dgn keluarga kan

    BalasPadam
  4. Seronoknya kak Amie, makan ramai2 dgn ipar duai, terasa kemeriahannya. Tiba2 sy terbayang kenangan semasa di LD biarpun cuma seketika di sana.

    BalasPadam
  5. Sedapnya...SA teruja tgok mangga udang cicah kicaap lada tu...sedapnya...SA ada beli jugak mangga..x tau la dah masak ke apa...terliur dah ni....

    BalasPadam
  6. Seronok, dapat makan bersama keluarga. Besarnya mangga tu. Hari tu, saya ada jumpa mangga besar juga, di kedai buah. Puas makan. :)

    BalasPadam
  7. Besarnya mangga tu.. kalau yg besar mcm tu sy x brp reti nk potong 😂😂😂

    BalasPadam
  8. paling teringin kaki ayam msk kicap tu..sedapnya nampak..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe