Daging Goreng Kunyit Tradisional
10:18 PTGTengahari tadi Amie masak Daging Goreng Kunyit Tradisional. Walaupun sudah banyak kali melihat resipi ini tetapi inilah kali pertama Amie gunakan daging lembu. Biasanya Amie gunakan daging rusa untuk goreng kunyit. Masakan ini sangat mudah dan ringkas. Bahannya pun tidak banyak. Amie kongsikan dari FB rakan blogger iaitu :WAN NORIZA
Amie goreng ikan gelek. Ikan gelek ialah gelaran bagi anak-anak ikan kerapu merah. Asal cerita MIL & FIL sewaktu mereka berada di Pulau Cocos - Keeling, anak-anak ikan kerapu merah ini suka menghampiri jukung (sampan). Oleh kerana anak-anak ikan ini kelihatan lincah menggelekkan ekornya jadi dapatlah nama ikan gelek. Kalau ke pasar bersama MIL atau FIL, memang mereka tak lepaskan peluang beli ikan gelek. MIL suka masak sambal perah jus limau nipis.
Seperti biasa, pelengkap hidangan sudah tentulah ada sayur dan ulam-ulaman. Kali ini Amie masak sayur bening jagung dengan bayam. Untuk aroma yang lebih enak, Amie tambahkan daun kemangi. Memang sedaplah hirup kuah bening!
Daging Goreng Kunyit Tradisional. |
Hidangan nasi berserta lauk-pauk kampung. |
Ikan gelek (kerapu merah) goreng. |
Sayur bening jagung & bayam. |
Ulam-ulaman : Lettuce, kacang botol dan tomato ceri. |
Sambal Tomato Versi Ikan Bilis. |
Sambal Hijau @ Ijo. |
Hirisan limau sunkist & epal hijau. |
Daging Goreng Kunyit Tradisional |
- 300 gram daging lembu segar - hiris ikut ketebalan dan saiz yang disukai.
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 sudu besar minyak
- air secukupnya
- garam / perasa pilihan
- 1 labu bawang besar - mayang kasar
- 2 biji cili merah - hiris serong
- Gaul daging bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya.
- Masukkan ke dalam kuali.
- Tuangkan air sehingga melebihi paras daging.
- Tuangkan 2 sudu besar minyak.
- Tutup kuali. (Amie gunakan api perlahan sehingga daging empuk).
- Kacau sekali-sekala.
- Apabila daging empuk, air mula mengering dan kelihatan keperangan, tambahkan 1 sudu besar minyak lagi. Gaul rata.
- Kemudian masukkan hirisan bawang dan cili merah.
- Jika kurang atau tidak cukup rasa, tambahkan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Gaul beberapa kali sehingga bawang dan cili merah layu.
- Padamkan api dapur.
25 comments
Sebut daging rusa, teringat daging rusa yang lembut tu. Memang sedap dibuat masak goreng kunyit. Daging lembu pun apa kurangnya. Sedap juga. Saya suka tambahkan serai :)
BalasPadamTambah serai lagi wangi aromanya kan Fizah.
PadamDaging masak kunyit digandingkan dengan sambal ijau tu . Kecur air liur ccl
BalasPadamJemput makan CCL.
PadamLauk evergreen ni.Dapat minyak tu gaul dengan nasi panas pun dah sedap.
BalasPadamLagi-lagi kalau daging qurban..sedap dia lain macam.
Betul tu Mama Cella. Kuah berminyak tu yang sedap! Daging gurban memang sedapnya lain macam.
Padamsedap nya nmpk. bleh cuba nanti
BalasPadamSedapnya
BalasPadamSedapnya..teknik memasak cara rebus-goreng..
BalasPadamJagung pun boleh letak padang lauk bening.
BalasPadamIkan gelek itu nampak macam mendongak pula. Hehe.
wak pun suka ayam goreng kunyit., ;p
BalasPadamMelalui blog Amie saya mula kenal pelbagai jenis ikan.. kali ini kerapu merah pula. Kalau saya ke kedai/pasar biasanya beli ikan yang sedari kecil makan. Belum berani cuba ikan yang lain. Insyaallah akan try ikan lain pula.
BalasPadamsedap kerapu merah ni hargapun mahal
BalasPadamSedap daging goreng kunyit. Saya biasanya rebus dulu daging sampai air kering baru tambah minyak bila air dah kering. Sedap nampak hidangan dan lauk pauk Amie sediakan. :)
BalasPadamdaging goreng kunyit dan hari raya haji memang tak dapat dipisahkan kalau buat saya hehe
BalasPadamsedap nampaknye daging goreng kunyit tuh.. nak try buat tapi tak reti nak potong daging cara yang betul. orang kata silap potong nanti liat..
BalasPadamSedapnya daging goreng kunyit..this year sama macam last year mmg x dapat pun daging korban
BalasPadamDaging goreng kunyit makan dengan nasi putih begitu saja pun dah cukup sedap.
BalasPadamMenu sama la kak amie hehehe, tapi sama daging goreng kunyit itu aje hehehe.
BalasPadamsedapnya kak.. daging goreng kunyit tuu. nak beli daging asyik tertunda tunda jaa. selalunya nadia beli kat org jaa. malas nak pegi pasar. takut ramai org. hehe
BalasPadamdah lama tak goreng kunyit daging... orang johor suka masak kicap..hahaha
BalasPadamMenu ni makan dengan nasi putih pun dah cukup buat As.
BalasPadamFav nina ni. Goreng garing2
BalasPadamDekat sana macam senang dapat daging rusa ya.. sy pernah makan sekali, memang sedap tapi susah nak dapat. Tukang beli pulak tak makan, nampaknya makin susahlah nak dapat 🤣🤣🤣
BalasPadamMenu popular musim raya korban :) Kalau dapat ni, enaknya!
BalasPadam