Kaki Ayam Masak Kicap Yang Sangat Lembut Hingga Terlerai Kulit Dari Tulang!

8:30 PTG

Jumpa lagi. Hari ini cuaca mendung, dan hujan sampai ke petang. Gelap sana sini. Gambar hidangan pun tak nampak seri.... hiks! Jadi, tak payahlah dipaparkan.

Untuk menunaikan permintaan Encik Suami, Amie masakkan kaki ayam sampai lembut hingga terlerai kulit dari tulang. Encik Suami minta simpankan separuh untuk dimakan bersama mee goreng  buat sarapan esok pagi.



Sebelum ini Amie banyak kali juga kongsikan resipi Kaki Ayam Masak Kicap. Bukan masak kicap biasa-biasa, tetapi kaki ayam menjadi sangat lembut, terlerai tulang dari kulit sehingga tulangnya pun boleh dikunyah.

Satu saja pesanan kalau ada sesiapa yang ingin mencuba masakan ini : Tutup kuali sepanjang tempoh proses menggoreng kaki ayam. Biarkan sehingga tidak ada bunyi letupan atau desiran minyak gorengan. Setelah gorengan tidak berbunyi, kaki ayam menjadi garing, barulah boleh buka penutup kuali dan keluarkan kaki ayam untuk direndam!

Bukan apa, letupan minyak gorengan kaki ayam sangat panas dan akan mengotorkan dapur. Setakat kotor kita boleh bersihkan, tapi kalau merecik minyak panas ke tangan, mohon maaf banyak-banyak!

Di bawan ini Amie kongsikan entri yang lalu resipi kaki ayam masak kicap.



KAKI AYAM MASAK KICAP ( VERSI TUMIS ) Boleh tonton video memasak di bawah ini:



Amie ada dua versi masak kaki ayam ini. Dalam video di atas ialah versi tumis. Hari ini Amie masak versi rebus. Boleh klik blog link di atas cara-car masak kaki ayam versi rebus. Dua-dua cara pun sedap.
Di bawah ini Amie kongsikan resipi yang Amie masak hari ini tetapi Amie paparkan gambar lama. Kali ini Amie tambahkan minyak bijan. Sebelum ini Amie tak bubuh.

Bahan untuk Kaki Ayam Masak Kicap

1.5 kg kaki ayam - potong kuku - potong dua - bersihkan - cuci - toskan
4 kuntum cendawan kering shiitake - rendam hingga kembang - belah 4
3/4 cawan kicap lemak manis
2 batang serai - diketuk
3 cm halia - diketuk
7 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu kecil lada putih - ditumbuk
2 sudu besar minyak bijan 
minyak untuk menggoreng kaki ayam
garam / gula / perasa pilihan

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkan kaki ayam. Tutup kuali dan biarkan ayam digoreng sehingga garing. Cara untuk mengetahui kaki ayam sudah cukup garing ialah apabila tiada lagi sebarang letupan dan bunyi gorengan hilang.



2. Angkat kaki ayam goreng dari kuali dan terus rendam dalam air sejuk selama 1 jam.
3. Pastikan air rendaman melebihi parasa kaki ayam.


Ini dia rupa kaki ayam goreng setelah 1 jam direndam. Kadang-kadang Amie rendam selama 2 jam atau lebih. Kulit kaki ayam akan menjadi kembang dan menggelembung sedikit.


4. Masukkan kaki ayam goreng bersama air rendaman ke dalam periuk.
5. Kemudian masukkan serai, halia, dan cendawan shiitake. Tak masuk cendawan pun tak apa.Nak masukkan kentang pun boleh, tapi tunggu setelah kaki ayam hampir empuk, barulah masukkan kentang. Tak bubuh pun ok saja.

 
6. Masukkan lada putih tumbuk.


7. Masukkan kicap lemak manis. Jika suka gunakan kicap pekat, bubuhlah dalam 2 -3 sudu besar.


8. Jerang di atas api besar sehingga mendidih.


9. Setelah mendidih, kecilkan api. Kalau boleh gunakan api paling kecil. Renih sehingga kuah menjadi 1/3 dari sukatan asal. Kena ambil masa untuk merenih masakan ini. Amie ambil masa selama 90 minit. 


10. Setelah kaki ayam empuk, bolehlah rasa. Kalau kurang perasa, bolehlah tambah bahan perasa seperti garam / gula/ perasa pilihan.

Hari ini Amie masak cara lain pula. 
Sebaik sahaja Amie masukkan kaki ayam goreng ke dalam bekas berisi air (periuk) Amie tidak tunggu 1-2 jam untuk rendam hingga kembang. Sebaliknya Amie terus pasang api dapur, bubuh segala bahan dan didihkan selama 10 minit, kemudian kecilkan api dan tutup periuk. Amie masak tidak sampai 90 minit. Hasilnya sama sahaja kalau direndam dahulu seperti kebiasaannya.

Apabila ditambah minyak bijan, walllaaa..... enak banget! Bukan sahaja aromanya menggoda, rasanya apalagi!

Minta maaf. Jangan tanya Amie boleh tak masak dalam periuk NOXXA supaya cepat masak / lembut dan sebagainya. Amie belum ada pengalaman masak kaki ayam kicap gunakan periuk NOXXA! Periuk NOXXA masih duduk diam-diam dalam kotak.

Kaki Ayam Masak Kicap.

Firdaus makan semangkuk tak cukup!
Seronok dia makan, Hisap-hisap saja, tarik tulangnya!



28 comments

  1. Wah, ngiler. Aku lebih suka makan kaki ayam daripada dagingnya. Selamat malam, ananda Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat malam ibu. Bonda saya juga suka makan kaki ayam daripada dagingnya.

      Padam
  2. Wah.npk menyelerakan..sy kumpulkan kaki ayam lah bila sembelih ayam nt..sblm ni buang saja sb tak tau nk masak apa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hati-hati Kang Latep. Waktu menggoreng tu tutup kuali sampai kaki ayam garing dan minyak tak berbunyi.

      Padam
  3. Kaki ayam saya suka jika buat sup.. Sedap.

    BalasPadam
  4. Aduhhhh...jangan la goda.Saya jenis tak tahan godaan kalau tengok masakan cikgu!
    Mana nak cari niiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaaa.... kaki ayam jew Mama Cella. Bukannya kambeeeennnn heheheheehh!

      Padam
  5. Waaaaa menu kali ni kaki ayamm. Nampak sedappppp tapi tak reti makan kaki ayam hehehe

    BalasPadam
  6. sedapnya kaki ayam...suka makan kalau goreng atau buat sup.hehe

    BalasPadam
  7. sedapnya kak buat ratah2. naniey kalau kaki ayam buat kerabu je la.. xpernah try buat lain. Boleh try nanti..

    BalasPadam
  8. panjang juga masa nk masak kaki ayam ni tapi hasilnya tersedap kan

    BalasPadam
  9. Wah mencabar proses nya..biasanya saya buat sup ayam je klo kaki ayam..heheh

    BalasPadam
  10. Lama jugak ehhh prosesnyaaa tuu. Boleh cuba next timeee. Sbb mmg suka kaki ayam yg terlerai sekali dgn kulitnyaaaa tu. Senang jaaa nak makan nt kan 😆

    BalasPadam
  11. Tq bagi petua tutup kuali.
    Bagus ini isi terlerai dengan tulang. Jenis yang malas kerkoh boleh makan dengan gembira.

    BalasPadam
  12. Tak pernah lagi masak macma ni..nak cuba la nanti kak amie..stok kaki ayam takde plak ni

    BalasPadam
  13. Rasa nak beli kaki ayam pulak, sedap ni kalau diratah begitu saja pun

    BalasPadam
  14. kegemaran ni. if masak ni, kena masak banyak, tak terasa slurp! slurp!! tau2 dah licin pinggan

    BalasPadam
  15. Terima kasih utk tips dan resepi yang dikongsi, Kak Amie. Nanti hendak cuba buatlah. Saya suka makan kaki ayam.

    BalasPadam
  16. tak pernah makan kaki ayam...

    BalasPadam
  17. atie tak reti makan kaki ayam.. but favorite abah atie :)

    BalasPadam
  18. kak Amie, kicap lemak manis dengan kicap manis itu sama atau berbeza? sebab suami dan anak-anak suke sangat makan kaki ayam..

    BalasPadam
  19. Lama jugak tu proses nak masaknya. Janji hasilnya sedap gitu. Peminat kaki ayam boleh lah cuba cara Kak Amie ni.

    BalasPadam
  20. waduhhh kak... terliur nyaaa... sy nak cubalah nnt msk utk raya haji. nk cari kelainan... lg pn msk kicap ni judu dgn apa pn sedap

    BalasPadam
  21. ok ok :)
    got the idea.
    aida rasa if nak guna pressure cooker, pun boleh.
    kurang masa skit.
    nanti nak cuba :)
    tq kak for sharing.

    BalasPadam
  22. lama jugak nak masak ya.. kat mana la ada jual kaki ayam mcm ni di kk. klau ada, rasa mcm nk beli je..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe