Tips Membuat Cili Jeruk Rangup & Tahan Lama

11:02 PG

Selamat berhujung minggu. Selamat menunaikan puasa sunat 9 hari terawal Zulhijah. Moga segala amal ibadat yang dilakukan penuh keihklasan akan mendapat ganjaran yang besar daripada-Nya. In syaa Allah.

Pagi ini tidak ada paparan sarapan pagi seperti biasa. Amie kongsikan cara-cara untuk menghasilkan cili jeruk rangup. Sebelum ini Amie pernah kongsikan di sini: MUDAHNYA MEMBUAT CILI JERUK RANGUP!

Dalam entri yang lepas Amie ada sebut tempoh ketahanan cili jeruk ini selama sebulan. Sebenarnya lebih daripada itu, apalagi kalau kita simpan dalam peti sejuk. Berbulan-bulan juga cili jeruk ini masih elok walaupun Amie simpan dalam suhu bilik. Tapi, kena jagalah kebersihannya terutama sewaktu ambil cili jeruk dari bekasnya. Gunakan sudu yang bersih untuk keluarkannya.

Terima kasih sekali lagi Amie ucapkan kepada tuan punya asal resipi cili jeruk di sini: RESIPI CILI JERUK RANGUP TAHAN LAMA. Amie ubahsuai resipi berdasarkan sukatan yang Amie gunakan.

Cili Jeruk



Bahan-bahan:
  • 750 gram cili hijau muda
  • 3 cawan cuka makan
  • 1 sudu besar kapur makan
  • 1.5 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar garam
  • 6 cawan air untuk masak cili
Cara:
  1. Potong mengikut ketebalan yang seragam.
  2. Bilas di dalam mangkuk tapisan supaya dapat asingkan biji cili.
  3. Larutkan kapur makan, dan rendam cili di antara 1-2 jam.
  4. Toskan dan basuh bersih cili sekurang-kurangnya 3 kali untuk menghilangkan bau kapur.
  5. Jerang 6 cawan air hingga mendidih. Tutup api dapur.
  6. Masukkan cili tadi dan kacau rata. Biarkan selama 20 - 30 saat sahaja.
  7. Toskan cili dan masukkan dalam bekas kaca yang sudah dibasuh dengan air panas.
  8. Panaskan cuka, gula dan garam sekadar larut sahaja dengan menggunakan api kecil. Tak perlu hingga mendidih.
  9. Tuangkan bahan ke dalam bekas cili.
  10. Biarkan selama 45 minit sebelum digunakan.
  11. Simpan dalam peti sejuk untuk menghalang kulat kerana tidak gunakan bahan kimia sebagai pengawet.




Cili hijau ini Amie beli sekilogram. 250 gram Amie sudah jadikan Sambal Hijau @ Ijo dan selebihnya 750 gram Amie buat cili jeruk. 


Cili hijau yang sudah dihiris mengikut ketebalan yang diingini. Amie hiris serong. Kalau tak suka hiris serong boleh hiris menegak.


Kemudian bilas hirisan cili hijau di bawah air yang mengalir supaya bijinya terpisah. Kalau ada mangkuk penapis, eloklah gunakan supaya lebih mudah biji cili jatuh. 


Kemudian larutkan air kapur makan ke dalam air secukupnya. Kapur makan ini berfungsi untuk merangupkan jeruk cili.


Cili hijau hendaklah direndam dalam air kapur makan selama 1 hingga 2 jam.


Kemudian cuci bersih cili hijau sekurang-kurangnya 3 kali bilasan untuk hilangkan bau kapur makan.


Didihkan air di dalam periuk / kuali. Padamkan api dapur dan terus masukkan cili hijau tadi. Biarkan terendam antara 20-30 saat sahaja. 


Kemudian toskan cili hijau.


Sementara itu, tuangkan cuka makan, garam dan gula pasir di dalam kuali / periuk. Buka api dapur dan panaskan sekadar larut sahaja gula pasir tersebut. Tak perlu sampai mendidih.


Gula pasir dan garm sudah larut di dalam cuka makan.


Sediakan bekas kaca atau bekas yang sesuai. Bilas dengan air panas terlebih daulu dan kemudian lap hingga kering.


Masukkan hirisan cili hijau ke dalam bekas tadi.


Kemudian tuangkan cuka makan tadi.


Ini cili jeruk yang telah direndam di dalam cuka makan selama 1 jam dan sudah boleh digunakan.


Cili Jeruk Rangup sudah siap! Boleh disimpan di dalam peti sejuk. Amie letak sahaja di luar. Bagi yang suka makan mee goreng atau kuey teow gorreng bersama cili jeruk, bolehlah cuba buat sendiri.

17 comments

  1. Tq share. Boleh try ni sebab inche suami suka makan cili jeruk. Biasa makan bila order char kuay teow atau beli mi/bihun goreng di pasar malam.

    BalasPadam
  2. Okey lepas ni dah boleh buat cili jeruk sendiri...nampak sedaptu..SA suka cili jeruk yang macam ni...

    BalasPadam
  3. tq Kak Amie share cara buat cili jeruk..saya anak beranak memang suka makan mi goreng atau kue teow goreng dengan cili jeruk, tapi tak pernah buat lagi di rumah..

    BalasPadam
  4. Owh,tips nya rendam air kapur dulu yer.
    Mesti bertambah rangup & sedap ni.Saya biasa buat tak ada step rendam air kapur tu...Terima kasih sharing.

    BalasPadam
  5. cantik bekas cili jeruk tu kak amie..

    BalasPadam
  6. Ohh macam tu cara penyediaan dia. Sebelum ni saya buat tak basuh dengan air kapur tu. Tu je sekali pernah buat. pasni kalau rajin boleh cuba cara Kak Amie. Boleh simpan lama okaylah. Terima kasih Kak Amie share resipi.

    BalasPadam
  7. Guna kapur makan rupanya. Selalu tidak masukkan apabila buat.

    BalasPadam
  8. Aisehman... Tengok cili jeruk aje pun, dah seploh kali sy telan ailio ni, kak Amie

    BalasPadam
  9. Tak mahir nak potong cili secara serong gitu. Selalu tak sekata. Hehe

    BalasPadam
  10. Sedapppp makan cili jerukkk kalau goreng kueh teow atau mi goreng, terbayang japp rasanya cili jerukk tuuu hehehe

    BalasPadam
  11. tq utk tips rangup tu.
    aida buat tanpa air kapur.
    lepas ni boleh cuba.
    memang kalau rangup, lebih sedap.
    tanpa cili jeruk ni, mee goreng kurang ummph! :)

    BalasPadam
  12. Saya suka mkn cili jeruk dgn mi,bihun,kueteow grg tp perut tak tahan cuka..sat lg memulas..

    BalasPadam
  13. Kalau nak simpan buat stock jualan,cili jeruk ni boleh tahan brapa minggu kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti berapa lama sebab saya tak pernah buat stock jualan.
      Untuk bekalan di dapur, pengalaman saya memang tahan lebih 3 bulan.

      Padam
  14. Terima kasih kak Amie, saya dah buat Cili Jeruk ikut panduan blog akak 😊

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe