Air Tangan Keluarga

11:55 PG

Sesekali gantung periuk dan makan hasil air tangan orang lain memang seronok sangat! Hari-hari tanpa henti masak dan makan hasil air tangan sendiri kadangkala rasa jemu pula.

Malam tadi anak buah hantar laksa asam. Aduhai! Rezeki Allah. Terima kasih Lina.

Laksa Asam air tangan Lina.

Hari Sabtu lepas, berkunjung ke kampung. Kakak ipar minta Amie goreng mee hoon. Oleh kerana Amie sibuk, Amie minta Encik Suami masak. Amie sediakan bahan. Inilah hasilnya Mee Hoon Goreng Encik Suami.
Mee Hoon Goreng Encik Suami


Cili Jeruk

Kebetulan Amie baru menyiapkan cili jeruk. Encik Suami minta sedikit bawa ke kampung untuk makan dengan mee hoon goreng.

Sebelum bergerak ke kampung, intai-intai pokok mangga udang kalau-kalau ada sebiji dua buah yang masih ada.

Firdaus petik sebiji mangga udang.

Jom ke kampung. Nanti boleh kupas mangga di sana.

Mangga udang.

Kakak ipar tolong kupas mangga. Ketika itu Amie sedang bergoogle meet. Tak dapatlah nak bantu banyak. Amie hanya hiris buah mangga udang yang sudah dikupas.

Hirisan mangga udang.

Anak buah sudah sediakan pencecah. Ada timun dan sengkuang. Jadi hanya ambil bahan yang disukai, tuangkan pencecahnya sahaja.
Mangga udang, timun, sengkuang dan kuah yang sangat sedap!


Kuih Raja Musa Biras

Biras Amie buat Kuih Raja Musa dengan sambal sardin dalam tin. Teringat arwah MIL. Selalu arwah buat Kuih Raja Musa kalau anak cucu datang ke kampung. Bila melihat gambar ini, kenapalah tak makan dua tiga keping lagi waktu itu!
Amie ambil sikit-skit makanan dan bawa ke sudut dapur sambil bergoogle meet. Sambil makan sambil berinteraksi secara maya.

Kaki Ayam Masak Kicap Hasna.

Anak buah, Hasna sudah berjaya masak kaki ayam yang terlerai tulang dengan kulit. Seronoknya dia sebab setelah mencuba beberapa kali sebelum ini, akhirnya dapat hasil yang memuaskan! Terima kasih Hasna sudi belajar masak kaki ayam dengan auntie. Minggu sebelumnya, Amie yang bawa kaki ayam masak kicap begini ke ke kampung.

Sotong Kangkung Kakak Ipar

Kakak ipar bawa sotong kangkung. Katanya, minggu lepas Amie buat sotong panggung, kali ini dia pula buat sotong kangkung.

Mee Hoon Goreng Encik Suami.

Ini Mee Hoon Goreng Encik Suami. Habis licin satu bekas. Lain kali masak lebih sikit.

Teh Masala

Biras Amie selalu suka hidangkan teh masala. Petang itu pun disediakan teh masalah juga.
Berpeluh-peluh lepas minum! Walaupun ambil makanan sedikit-sedikit tetapi lama-lama jadi bukit dalam perut. Kenyang!

16 comments

  1. Bestnya kak dapat makan macam2 jenis makanana... walaupun sambil kerja tapi best

    BalasPadam
  2. Seronok ini buat secara potluck. Memang kenyang walaupun makan sedikit.

    BalasPadam
  3. kuih raja musa tu macam adunan tepung yang di goreng garing, betul ke kak

    BalasPadam
  4. Perghh kak besar nya buah mangga tu?!!!!

    BalasPadam
  5. Saya asyik baca kuih Raja Muda Musa...hihihi terrelate dengan Jalan Raja Muda Musa @ Kg Baru tu...
    Kuih tu macam roti puree kat sesetengah restoran mamak puree depa memang bukan jenis kembong.Apa rasa dia cikgu?
    Lepas ni cikgu dah boleh serah tugas menggoreng mihun kepada En Majid dah tu...hihihi

    BalasPadam
  6. Besarnya mangga tu!
    Seronoknya dapat pass baton memasak :D

    BalasPadam
  7. Bestnya kak Amie dapat gi makan kat rumah kakak ipar. Ingatkan kuih tu nama penuhnya ada perkataan biras di hujung

    BalasPadam
  8. Besarnyaaaa buah mangga tuu! Puas hatii dapat makan tuuuuu

    BalasPadam
  9. Mihun goreng tu banyak betul telurnya.. Saya suka telur banyak-banyak juga.

    BalasPadam
  10. meriah mee hoon goreng suaminampaknye...

    besar giler buah mangga tu, dapat sebijik mesti puas hati

    BalasPadam
  11. Memang jemu nak makan masakan sendiri. Sekali ada orang bagi makan tu satu rezeki dan berselera makan. sesekali kena ubah selera mungkin. Seronok tu dapat makan berkongsi rezeki dan makan menu lain. macam macam ada. Sedapnya sotong kangkung

    BalasPadam
  12. bestnye nmpk semua makanan. teh masala yg gmbr last tu pon nmpk sedap..

    BalasPadam
  13. Kite suka tgok meehon goreng akak nii. Ishh da lama sgt xmakan.hehe

    BalasPadam
  14. Geram tengok mangga yang Firdaus petik.
    Uniknya nama kuih Raja Musa tu...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe