Tak Ada Durian, Terap Pun Sedap Juga!

5:35 PTG

Pagi tadi berkeliling bandar mencari buah durian. Dari hujung ke hujung pasar, dari jalan besar le lorong kecil, sebiji durian pun tak nampak! Baliklah ke rumah bawa ikan dan sayur dari pasar. Selepas makan tengahari dan solat Zohor Amie bawa kertas peperiksaan ke dalam bilik untuk ditanda.  Terlelap seketika dan terjaga sewaktu Firdaus datang. Sambil buat kerja, sambil sembang dengan Firdaus. Pukul 4 petang, Firdaus keluar bermain basikal. 

Sewaktu Amie turun ke bawah, terhidu sesuatu. Terpandang bungkusan plastik di atas meja kecil tepi pintu. Yuhhuuuu! Ada tiga biji buah terap yang sudah masak ranum. Amie panggil Encik Suami tetapi tiada sahutan. Pintu pagar terbuka. Mungkin Encik Suami menemani Firdaus naik basikal.


Sebiji buah terap sudah terbuka kulitnya.
Dapat tiga biji buah terap kira rezeki sangatlah.
Dahulu buah terap tak dipandang.
Sekarang harganya sudah setanding durian!


Isinya tidaklah banyak dan sebahagiannya sudah luruh. 
Amie pun makan seulas demi seulas.
Lemak manis!


Habislah sebiji buah terap makan seorang. Biji buah terap ini boleh digoreng dan makan macam kacang.


Sebiji lagi buah terap hampir terkopek kulitnya. Amie makan lagi. Tak kanlah makan dua biji seorang! Firdaus dan Encik Suami pun suka makan terap juga! Cepat-cepat cari dua insan kesayangan hamba!


Rupanya Encik Suami sedang menyiapkan kerjanya di Taman Firdaus. 


Katanya ayah Khalid, kawan Firdaus yang tinggal selang sebuah rumah kami yang berikan 3 biji buah terap. Tiga biji buah terap untuk kita makan bertiga, kata Encik Suami. Alamak! Kita dah termakan satu biji setengah......hiks!
Ini salah durianlah!
Sebab tak jumpa durian balas dendam pula pada buah terap!

18 comments

  1. Nampak biji seakan nangka, tak pernah tahu tentang buah terap. Nampak sedap..

    BalasPadam
  2. Saya tak tahu apa itu buah terap. Setuju dengan komen Babypose di atas, seakan nangka buahnya.

    BalasPadam
  3. Lagi beruntung tu sebab kat sana ada buah tarap.Durian pun sampai musimnya in sha Allah ada tu.Sini kemajn susah nak cari buah tarap.Dulu arwah ayah pernah tanam pokok tarap ni bawa biji benih dari Sabah.Terbayang daunnya yang lebar seakan daun sukun..Tapi sayang tak sempat berbuah pokoknya mati.T

    BalasPadam
  4. Rasanya saya belum pernah makan buah terap.
    Haha makan buah terap dahulu nanti kemudian durian.

    BalasPadam
  5. SA pergi sarawak masa adik bongsu belajar kat Unimas..pergi Serikin ada jumpa buah terap ni tapi tak beli plak...tngok Kak Amie makan ni nampak sedap plak..terus terliur

    BalasPadam
  6. Dulu wak ada tanam pokok tarap ni
    Benih dapat dari Sabah.
    Bila buahnya masak, gugur hancur berderai
    Rasanya pun tak sesedap cempedak.
    Tapi pokok tu dah tebang, sekarang tanam sawit

    BalasPadam
  7. Sedap buah tarap ni. Level durian gak sebab tak boleh bawak masuk hotel🤭🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh,baru tahu buah tarap pun tak boleh bawa masuk hotel yer..Selama ni tahu buah durian &manggis je.Nasib baik baca sini..tq info

      Padam
  8. Ingatkan nangka tapi buah terap ya, mesti sedapp kan sebab rasa lemak manis. Teringin pulak nak rasa hahaha

    BalasPadam
  9. Selama ni akak dok dgr namanya ja..buah terap..apa buah ni cuma ada kt sabah/sarawak ka ka Amie

    BalasPadam
  10. Unik buah terap ni. luar macam durian dalam macam cempedak. Teringin nak rasa. Tu diaaaa..terus termakan sebiji setengah ye kak. hihi..rezeki dapat buah terap bila tak jumpa buah durian. Alhamdulillah

    BalasPadam
  11. Saya pernah rasa buah ni.. tapi lupa pulak rasanya macam mana.. Abang saya ada tanam di kebunnya.

    BalasPadam
  12. mcm pernah mkn buah terap ni..tp ingat2 lupa.

    BalasPadam
  13. Buah terap ni tak pernah dgr dan mkn. Mcm cempedak rupanya

    BalasPadam
  14. Pertama kali makan buah terap ni masa ke Sandakan, Sis Lin tukang beli, kami makan ramai2, sedap macam cempedak

    BalasPadam
  15. buah terap , first time dengar dan first time juga kenal rupa bentuk buah terap , seakan nangka juga m tapi isinya comel2 je

    BalasPadam
  16. Oh begini rupanya buah terap. Sebelum ini hanya dengar nama sahaja. Rupa isinya macam cempedak.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe