Sambal Hijau @ Ijo Menambat Selera

12:21 PTG

Siapa suka makan Sambal Hijau @ Ijo? Sambal Ijo memang sentiasa menggamit selera. Boleh dimakan bersama ayam atau ikan goreng, ulam-ulaman dan sebagainya. Amie masuk dapur siapkan Sambal Hijau @ Ijo untuk pujuk hati sebenarnya.

Pagi tadi bukan main lagi tulis dalam entri tentang sifat sabar, doa yang baik-baik untuk hari ini. Inilah tulisan Amie itu: Jom kita mulakan hari dengan doa yang baik-baik. Senyum selalu, kurangkan keluhan, tahan kemarahan dan banyakkan bersabar sekiranya ada dugaan atau ujian yang melanda.

Tiba-tiba diuji kesabaran sendiri. Pukul 10 pagi tadi, dapat arahan untuk bertugas esok petang. Hurrmmmm.... sabar sajalah. Tak cukup BDR pada hari bekerja, kena bekerja di tempat kerja pada waktu cuti pula. Allahu Akbar! Berilah keampunan-Mu kepada hamba-Mu ini. Mana yang terlebih itu, anggaplah sebagai sedekah dan yang terkurang itu kupohon halalkan dunia dan akhirat. Moga dengan kesabaran ini, akan mendapat keberkatan-Mu.

Mari kita lihat resipi Sambal Ijo yang Amie pernah masak beberapa kali menggunakan perkongsian resipi Resep Rahasia Sambal Ijo Khas Rumah Makan PadangTerima kasih tuan punya resipi Sambal Ijo ini. Moga tambah rezeki dan sihat-sihat selalu.

Amie tambah / kurangkan bahan ikut selera dan kesesuaian rasa. Oleh kerana ada tomato kampung setengah masak, Amie pun gunakan saja. Untuk hasil lebih cantik, eloklah gunakan tomato hijau.

Sambal Hijau @ Ijo

Bahan-bahan:
  • 250 gram cili hijau - buang tangkainya
  • 40 tangkai cili padi hijau - untuk hasil yang lebih pedas
  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji tomato kampung - jika ada tomato hijau adalah lebih baik untuk hasil sambal warna hijau
  • 1 biji limau nipis - perah jus
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
  • garam / gula / perasa pilihan

Bahan Sambal Hijau yang belum dikukus.


Cara memasak
1. Potong kasar cili hijau dan cili padi.
2. Kemudian kukus cili hijau dan cili padi bersama bawang merah, tomato dan bawang putih selama lebih kurang 5 minit.

Bahan Sambal Hijau yang sudah dikukus.


3. Jika sudah layu, tumbuk bahan di atas secara kasar sehingga sebati.
4. Panaskan minyak dan tumis semua bahan sehingga layu dan terbit aroma.
5. Akhir sekali, tambahkan gula, jus limau nipis dan garam. Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak.
6. Angkat dan hidangkan.

Sambal Hijau @ Ijo


Imbas kenangan makan Sambal Hijau @ Ijo di Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Lain rumah makan, lain rupa dan warna Sambal Hijau @ Ijo.

Sambal Ijo di Rumah Makan Lamun Ombak.

Sambal Ijo dengan Ikan Goreng di Rumah Makan Eni.

Sambal Ijo di Restoran Flora di tengah sawah.

Sambal Ijo di Rumah Makan Aie Badarun.



Sambal Ijo dengan Terung di Rumah Makan Eni

17 comments

  1. syu suka sambal ijo. biasa beli online, jenama sambaleena. sedap juga. kena dengan selera..

    slmt bekerja kak amie. smoga diberikan kesabaran ya.

    BalasPadam
  2. Tak minat terung.. tapi minat sbal ijooo... Aih, terliurrr

    BalasPadam
  3. Nasib baik bahan tak cukup ni, kak Amie, tapi takut ada yg merasuk ke kedai pulak nanti.

    Sabar ya Kak Amie, sy pun klu kena masuk office serta merta rasa darah naik ke kepala, hihi

    BalasPadam
  4. Aduh sabar sungguh Puan Amie. Harap diberi ganjaran pahala.
    Oh bahan tersebut kena kukus dahulu.

    BalasPadam
  5. Suka penyediaan sambal macam ni. Dimasak baru tak sakit perut dan boleh simpan lama. Dengan cara menumbuk lagi sedap rasanya Kak Amie. Betul betul menambat selera, tak lari lari.

    Semoga dipermudahkan tugasan Kak Amie esok. Sabar ye

    BalasPadam
  6. Sambal ijo nikmat dengan nasi panas, boleh ditambah dengan ikan teri atau ikan bilis.. tambahkan petai pula.. Hehheeh.. Selamat bekerja, kak Amie.. sihat selalu..^_^

    BalasPadam
  7. Aduh,
    Hari ni tema hijau ke...
    Hahahaha
    Ke Johor pulutnya hijau
    Ke LD sambalnya hijau..
    Kat KL ni mak kau hijau🤣

    BalasPadam
  8. wah bole cuba la nnati.. pebret gak smabal ijo ni..

    BalasPadam
  9. Kegemaran saya sambal ijo ni, kak. Bertambah-tambah selera makan ada sambal ni.

    BalasPadam
  10. Bertabahalah duhai hati..diarahkan kerja pulak ..

    BalasPadam
  11. tengahari tadi cube masak sambal macam ni nak makan ngan ikan goreng, tengok2 macam terhangus plak. hahahaha... next time nak cube resepi ni

    BalasPadam
  12. Tak minat sambal ijo tapi nampak menyelerakan!
    Bawa bersabar tau kak amie, semoga dipermudahkan segala urusan kak amie. Selamat bekerja esok!

    BalasPadam
  13. Menyelerakan la.. nak try jugalah camni. Biasa buat sambal merah je.

    BalasPadam
  14. Memang sedap le sambal hijau..

    BalasPadam
  15. SA suka sambal ijo...best sangat.selalu makan kat restoran masakan padang

    BalasPadam
  16. Menarik sambal ijo ni. Nanti saya nak cubalah, Amie. Terima kasih, share resepi ye. :)

    BalasPadam
  17. Wuu menariknyaa kak.. tetiba lapar tgok sambal ijo akak ni.hehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe