Umbut Kelapa Masak Lemak Putih

9:02 PTG

Alhamdulillah. Allah beri keizinan untuk kita bersua lagi di dapur maya. Sebenarnya mata sudah layu-layuan, dan sudah terpandang-pandang bantal di tempat pembaringan. Tunggu sekejap ye bantal. Tuan kepala ingin sempurnakan entri sebelum tidur. Hari ini belum sempat berehat, belum sempat lunjurkan kaki dari pagi. Selesai tugasan di rumah, berkejar pula ke tempat kerja. Balik rumah terus bantu Firdaus siapkan kerja-kerja sekolahnya.

Walaupun sekejap di rumah, sekejap lari ke luar tapi tetap juga jenguk dapur. Selepas solat Zohor, kami bertiga sempat makan bersama. Kemudian cepat-cepat bersiap untuk keluar, mengurus modul latih tubi untuk calon-calon SPM 2021/22. 

Hidangan tengahari tadi ringkas sahaja. Seperti biasa, lauk-pauk kampung tetap mendapat tempat di hati. Ada Umbut Kelapa Masak Lemak Putih. Amie tambahkan bayam dan juga suhun. Ada udang galah goreng. Ada ikan pari kecil atau ketuka rebus air asam cili picit. Encik Suami suka betul makan ketuka. Di sini ketuka dikenali dengan nama kiampau. 

Umbut Kelapa Masak Lemak Putih

Hidangan tengahari, nasi dan lauk-pauk.

Udang Galag Goreng Garam Kunyit.



Ikan Ketuka Rebus Air Asam Cili Picit

Daun salad @ lettuce, timun & ikan masin kukus.

Epal Hijau & merah.


Masakan lemak putih memang masakan nostalgia! Dapatlah ubat rindu kampung halaman, dan juga kenang-kenangan di masa nan lalu. Jom kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
  • 400 gram umbut kelapa - potong ikut suka
  • 10 batang bayam - ambil daun dan pucuk
  • 1 cawan suhun yang sudah direndam
  • 750 ml santan cair
  • 250 ml santan pekat
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 1 batang serai - ketuk
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk kasar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
Cara memasak:
  1. Masukkan santan cair, serai, umbut kelapa dan bahan tumbuk kasar ke dalam periuk.
  2. Apabila umbut kelapa sudah lembut, tuangkan santan pekat.
  3. Kacau selalu. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur bayam, suhun dan hirisan cili merah.
  4. Taburkan garam / perasa pilihan.
  5. Teruskan kacau sehingga kuah mula mendidih sekali lagi.
  6. Padamkan api dapur.
Wokey!
Jumpa lagi di lain entri.
Bismika Allaahumma ahya  wa amuut.

14 comments

  1. Hidangan Amie, macam selalunya…nampak sangat menyelerakan!
    Dalam pada sibuk2, banyak juga Amie siapkan hidangan tu.

    BalasPadam
  2. sedap2 belaka..semuanya kak amie :)

    BalasPadam
  3. Sedap Umbut masak lemak putih. Favourite saya tapi susah sekarang nak dapat umbut. Dalam kesibukan sempat juga masak dan makan sama².

    BalasPadam
  4. Ya Allah kak amie, sedapppp sedapp belake kita tengok! Memang menyelerakan nak nak udang galah tuuuu!

    BalasPadam
  5. Sibuk-sibuk pun banyak hidangan dapat disediakan. Cakap.
    Aduh tertarik dengan lauk ketuka.

    BalasPadam
  6. Terasa-rasa di anak tekak ni..Ikan ketuka...nama yang sama juga kami panggil untuk ikan ni..Lepas makan tangan rasa macam bergetah sikit kan..Sudah lebih 20 tahun tidak masak ikan ketuka ni.

    BalasPadam
  7. Sedapnya masak lemak putih umbut kelapa tu, bolehkah kita bertambah nasi?

    BalasPadam
  8. msk lemak umbut kelapa manis ja sedap tu

    BalasPadam
  9. Sedapnya umbut kelapa masak lemak putih itu kak amie. Lama da tak makan :)

    BalasPadam
  10. Umbut kelapa tu yg belah mane ye?

    BalasPadam
  11. dah lama sgt tak makan umbut kelapa kak oi... sedapnya masak lemak

    BalasPadam
  12. xpernah mkn umbut kelapa. pernah dgr je.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe