Belacan Cocos

9:55 PTG

Penghujung Julai sudah tiba. Ogos sudah menanti untuk mengambil tempat. Sebelum blog archive beralih bulan, Amie pohon kemaafan seandainya ada tulisan atau komen-komen yang kurang menyenangkan. Sebagai manusia biasa, Amie tidak dapat lari dari melakukan kesilapan terutamanya melalu kata-kata di hujung jari.

Terima kasih dan selamat datang buat followers baharu yang menambah meriahkan Amie's Little Kitchen. Mohon maaf sekali lagi buat semua pengunjung kerana hanya ini sahajalah yang mampu Amie hidangkan di bawah tudung saji dapur maya ini. Di sinilah Amie tumpahkan hobi berkongsi resipi. Bukanlah resipi yang istimewa melainkan resipi biasa-biasa sahaja, diselang-seli dengan cerita keluarga dan kenangan masa lalu. Mudah-mudahan dapur maya ini dapat dikunjungi oleh anak cucu seandainya Amie sudah tiada nanti.

Hari ini Amie goreng Belacan Cocos, resipi arwah MIL dan orang kampung Encik Suami. Paparan resipi yang sama ada di sini:

Nampaknya Firdaus menjadi peminat nombor satu Belacan Cocos! Dia meratah sahaja beberapa ketul! Nampak betul nisbah darah Cocos banyak mengalir dalam badannya sehingga mempengaruhi seleranya.... ahaks!


Belacan Cocos.


Hidangan makan tengahari Sabtu:
  • Nasi Putih
  • Ikan Tamban Beluru Goreng
  • Pucuk Timun Masak Lemak Tempoyak dengan Udang
  • Belacan Cocos
  • Ulam - Lettuce, Timun Jepun & Telur Padi & Telur Masin
  • Sambal Hijau @ Ijo
  • Buah Limau Sunkist & Nanas Madu

Pucuk Timun Masak Lemak Tempoyak dengan Udang.

Masih ada baki sayur pucuk timun pemberian anak buah. Amie masak lemak tempoyak tambah udang kertas. Stok tempoyak tinggal satu sudu besar. Entah bila balang akan dipenuhi tempoyak lagi! Bau durian pun belum timbul di LD!

Ikan Tamban Beluru Goreng.

Ini ikan tamban beluru goreng. Walaupun banyak tulang halus tetapi apabila dikelar-kelar dan digoreng garing memang tak cukup makan seekor. Biapun banyak tulang, ikan ini merupakan salah sejenis ikan yang mamp arwah Ayahanda beli di pasar. Rasanya, tidak ada sejarah kami adik beradik tercekik tulang atau ketulangan sewaktu makan ikan ini. Mungkin cara Bonda kelar dan goreng garing membuatkan tulang halus turut menjadi garing dan hancur dikunyah!

Ulam : Lettuce, hirisan timun Jepun, telur padi & telur masin.

Sambal hijau @ Ijo

Ini Sambal Hijau @ Ijo terakhir. Entah bila lagi ada kerajinan untuk masak sambal yang boleh disimpan lama. Nampaknya kena ke pasar mencari cili segar.

Hirisan Limau Sunkist & Nanas Madu.

Belacan Cocos

Biasanya Amie gunakan ikan sardin tin, tetapi kali ini Amie gunakan ikan mackerel tin pula. Oleh kerana Firdaus pesan jangan banyak bubuh cili padi, jadi Amie hanya bubuh 5 biji sahaja. Biasanya Amie bubuh 15-20 biji. Belacan pun Amie kurangkan. Amie bubuh satu sudu kecil sahaja.

Bahan-bahan:
  • 1 tin kecil ikan mackerel ( gunakan ikan sardin  tin pun boleh) - asingkan isi dengan sos
  • 1 biji telur
  • minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
  • 5 biji cili padi - boleh tambah atau kurangkan - ikut kepedasan yang diingini
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil belacan - boleh tambah
Cara:
  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili padi. Terpulang nak tumbuk lumat atau separuh lumat. Kemudian masukkan belacan dan tumbuk sebati.
  2. Ambil isi ikan sardin sahaja, tinggalkan sosnya. Masukkan ke dalam lesung.
  3. Tumbuk sedikit ikan mackerel / sardin agar sebati dengan bahan tumbuk yang lain. Pada masa ini bolehlah masukkan bahan perasa.
  4. Pecahkan sebiji telur ke dalam lesung.
  5.  Gaul sebati bersama bahan tumbuk di dalam lesung.
  6. Panaskan minyak, dan goreng seperti menggoreng jemput-jemput. Terpulang untuk membentuknya, nak lonjong, nak bulat atau leper.
Biasanya ketika dihidangkan MIL akan perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.

13 comments

  1. Sedap2 menunya.
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  2. Menariklah resepi belacan Cocos tu.. kena guna belacan sanalah ya baru jadi.

    BalasPadam
  3. Pertama kali tgk rupa belacan cocos..selama ni dok buat sambal ja ataupun boh dalam kerabu.

    BalasPadam
  4. RESEPI BARU TAU NI SEAKAN BERGEDELSEDAP TU JADI LAUK NASI JUGA

    BalasPadam
  5. nampak sedap. mula-mula ingatkan seketul tu belacan hehe.

    BalasPadam
  6. Antara menu yang teringin nak cuba tapi belum mencuba

    BalasPadam
  7. Wahhh.. mula pelik Firdaus ratah belacan, tapi kalau macam tu resepi belacan, aunty pun nak join Firdaus meratah 🥰

    BalasPadam
  8. belacan cocos? first time dengar. kena try makan nii

    BalasPadam
  9. Sedih pula baca intro entry ni. Tak ada apa salah pun Kak Amie. Terima kasih kongsikan segala resipi. Luar biasa bagi saya. Banyak resipi luar biasa dan banyak makanan baru yang baru saya kenal dan tahu. Wahh Firdaus dah suka dengan belacan cocos ye. Entah bila nak mencuba belacan cocos ni. Sedap nampak udang masaka tempoyak. Teringin pulak nak rasa pucuk timun sebab tak pernah tahu boleh makan. Di sini pun tak ada orang jual. Haa kena rajin tu stok sambal ijo dah nak habis. Daus pun suka sambal ijo tu kan :)

    BalasPadam
  10. Takpe kak amie share pasal resipi pun, sebab inikan blog kak amie. Kak amie berhak nak share apa apa punn, saya pun dapat kenal macam macam jenis masakan daripada blog kak amie ni, memang menarik. Wahhh firdaus, ratah gitu je ya belacan cocos. Memang sedap sungguh tuuuu hahaha.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe