Jantung Pisang Masak Lemak Kencur

10:10 PTG

Jumpa lagi. Sambil menyiapkan entri sambil-sambil memantau Firdaus menyiapkan tugasan Pendidikan Muzik. Tugasan diberi pada 15 Julai 2021 tetapi belum disiapkan. Kita ini buta muzik...ahaks. Tak pernah belajar muzik. Tercengang-cenganglah juga setiap kali  hendak menerangkan sesuatu topik muzik supaya Firdaus mudah faham. Akhirnya, kita pun hantar mesej kepada guru mata pelajaran  Firdaus. Malam-malam ganggu cikgu! Sudahlah hari cuti, dan cuti sekolah pula. Harap tidaklah cikgu rasa terganggu, tapi sebenarnya memang ganggu waktu cikgu! Minta maaf banyak-banyak cikgu. 

Allahu Akbar. Salam disambut. Dijawabnya dengan baik walaupun kita mesej sudah pukul 9 malam. Mommy Firdaus tak faham apa itu  Permainan Tangga Melodi. Terima kasih banyak cikgu. 

Apabila Firdaus tahu cara menjawab soalan -soalan yang diberikan, seronoklah dia. Sambil melukis tangga melodi, sambil bernyanyi-nyanyi. Diulang-ulang lagunya yang entah dari mana diperolehinya. Amie dapat tangkap senikata lagunya:

ibu

aku lapar dan haus

ibu 

aku kehausan

ibu akan memberiku susu

banyak susu ibu

terima kasih

saya boleh minum susu yang sedap

saya sendirian

tetapi saya bersyukur

mempunyai ibu

dan ibuku menjagaku dengan baiknya!

Setelah selesai menjawab latihan sebanyak 3 muka surat, Amie tanya Firdaus.

Lagu siapa sayang Mommy nyanyi tu?

Daus nyanyi sendiri. 

Sayang dengar dari mana?

Tiada dengar dari mana-mana. Daus nyanyi lagu Daus sendiri.

Apabila Amie amat-amati lagunya, ternyata patah perkataan yang muncul dari bibirnya itu merupakan apa yang dilaluinya setiap hari. Misalnya, apabila rasa haus dan lapar, memang Amie akan berikan minuman seperti susu. Perkataan 'saya sendirian' itu memang lahir dari rasa sunyi dan sepi tanpa ketiga-tiga abangnya. 'Tetapi saya bersyukur' itu diterjemahkan dari kerja sekolah mata pelajaran Pendidikan Kesihatan minggu lepas yang bertajuk Bersyukur dan Kasih Sayang.

Sekarang Firdaus boleh berehat, dan bersedia untuk tidur. Amie siapkan entri Jantung Pisang Masak Lemak Kencur. Selepas ini Amie akan hantar hasil kerja Firdaus ke telegram guru mata pelajarannya.

Petang tadi, kami makan bersama. Jantung pisang pemberian anak buah, Amie masak lemak kencur. Tambahkan seekor ikan talapia goreng, kerat dua. Lengkapkan dengan sambal belacan, ulam kacang bendi dan timun serta telur dadar. Sudah tentulah telur dadar itu 2/3 jadi milik Firdaus.

Encik Suami pula, petang tadi sediakan jus timun campur epal hijau.

Jantung Pisang Masak Lemak Kencur


Selepas berZOOM petang tadi, Amie terlelap seketika. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan pukul 4:14 petang. Cepat-cepat Amie solat Asar dan terus bergegas ke dapur. Menjelang senja siaplah:
  • Nasi putih
  • Telur dadar
  • Ikan talapia goreng
  • Jantung pisang masak lemak kencur
  • Ulaman kacang bendi dan timun
  • Hirisan buah nanas, strawberi & kurma
  • Sambal belacan
Kurma

Telur dadar.

Ikan talapia goreng.

Ulaman: Kacang bendi, timun & tomato ceri.

Sambal Belacan Siam.

Hirisan nanas & strawberi.


Bonda suka sangat masak pecak jantung pisang dengan kencur. Kali ini Amie tak ikut cara Bonda, iaitu cara santan pekat tidak dididihkan seperti pecak ikan pari yang pernah Amie buat dahulu. Amie olah jantung pisang sama seperti masak lemak tetapi tetap bubuh kencur. Jom lihat resipinya di bawah ini:

Bahan-bahan:
  • 1 biji jantung pisang - celur hingga masak - toskan - hiris nipis
  • 1/2 biji kelapa parut - kisar dengan 2 cawan air
  • 1 keping asam gelugor
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 25 tangkai cili padi kampung warna hijau
  • 3 ketul isi kencur
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil belacan
Cara:
  1. Tuangkan santan ke dalam periuk.
  2. Masukkan jantung pisang. asam gelugor dan bahan tumbuk / kisar.
  3. Masak di atas api sederhana.
  4. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
  5. Apabila kuah mula mendidih, taburkan garam / gula / perasa pilihan.
  6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.


15 comments

  1. Bagus itu tidak tahu tanya guru. Hehe nampaknya Puan Amie ambil peranan bertanya bagi pihak Firdaus.
    Macam-macam cara buat pecak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah realitinya PDPR. Memang perlu bantuan dan bimbingan ibu bapa untuk belajar di rumah. Syukurlah mudah untuk merujuk dan bertanya kepada gurunya. Secara tidak langsung kita pun ikut belajar sukatan tahun 2 juga hihihiii.

      Padam
  2. lapar terus!
    lamanya tak makan jantung pisang

    BalasPadam
  3. Masak lemak + sambal belacan = memang sedap..

    BalasPadam
  4. Kalau kat NS dipanggil Lawar Jantung Pisang kak amie..gandingan menu lain2 tu pun memang kena
    confirm bertambah nasi makan nanti ni

    BalasPadam
  5. Comelnya lagu Firdaus. Lirik dia tu menusuk hati. Pandai Firdaus buat rentak lagunya. Sedapnya lauk jantung pisang masak lemak. Kena dengan hidangan lauk lain.

    BalasPadam
  6. Lama tak makan jantung biasa. Biasa rebus cicah budu je dengan satu lagi jenis masakan tak pasti apa dia. Kena tanya mama masak apa yg satu lagi tu.

    BalasPadam
  7. Sedap jantung pisang..tp akak tak pernah lg masak mcm ni..biasa masak lemak kuning tu ja ataupun buat kerabu..

    BalasPadam
  8. Sedapnya jantung pisang kalau nak makan kena ada sambal belacan! Tak kira lah menu apa pun. Sedap lah pulak

    BalasPadam
  9. Sedapnya hidangan malam. Tersentuh dengan nyanyian Firdaus, begitu syukur dia dengan ibunya. SubhanAllah.

    BalasPadam
  10. Saya x pernah rasa jantung pisang, pernah la dulu rasa sikit tp x terima tekak…

    BalasPadam
  11. Sedap sedap hidangan kak amie!
    Comel lagu ciptaan firdaus. Terhasil daripada apa yang dilaluinya sendiri. Bersendirian tanpa abang abangnya tapi alhamdulillah masih bersyukur ada ibu dan ayahnya.

    BalasPadam
  12. Nampak sedap jantung pisang masak lemak tu . CCL tak pernah cuba lagi menu tu . Tapi tahu mesti sedapkan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe