Sarapan Pagi Kuey Teow Sup Simple Dimple

9:30 PG

Covid-19 masih lagi selesa menjelajah di segenap pelosok dunia. Entah bila dia akan balik kampung. Marilah kita ramai-ramai halau dia. Mungkin dia tak nampak jalan pulang. Ya Allah! Pelbagai usaha, pelbagai ikhtiar dijalankan. Namun angka kes tidak juga surut malah mencanak naik kepada jumlah yang sangat membimbangkan! Mari kita terus patuhi SOP dan sentiasa berdoa agar semuanya akan kembali pulih seperti sediakala.

Sudah sarapan pagi? Kami sarapan Kuey Teow Sup Simple Dimple. Hanya sediakan kuah sup tambah lada putih, halia dan bawang putih tumbuk. Kemudian masukkan hirisan dada ayam dan chicken ball serta sawi bunga dan tomato. Tak ada bawang goreng. Sudah ada warna hijau sayur sawi, tak perlulah tambah daun sup lagi, tapi tertabur pula dengan daun bawang.... ahaks!

Ada lebihan cili bawang putih kelmarin, bolehlah dijadikan pelengkap dan penyedap rasa. Pengat Ubi Kayu & Ubi Rambat pun ada lagi. Amie hanya panaskan dan tambah sedikit susu cair. Boleh cecah dengan roti. Firdaus hanya makan buah dengan pengat sahaja. Tak lama nanti, kalau perutnya lapar pandai-pandailah buka tudung saji cari roti.

Jom kita mulakan hari dengan doa yang baik-baik. Senyum selalu, kurangkan keluhan, tahan kemarahan dan banyakkan bersabar sekiranya ada dugaan atau ujian yang melanda. 

Kuey Teow Sup Simple Dimple.


Sarapan pagi dengan Kuey Teow Sup & The Gang.



12 comments

  1. Sedapnya kuey teow sup. Walaupun simple tapi mengenyangkan

    BalasPadam
  2. Tak pernah tak sedap la hidangan cikgu..
    Untung Firdaus

    BalasPadam
  3. Hehe itulah selalu bangun pagi rasa tiada mood. Sudah sarapan baru ceria.
    Saya makan laksa utara.

    BalasPadam
  4. ketiau sup makan dgn cili bawang putih..mmg sedap..

    BalasPadam
  5. Haaa.. ni menu makan malam kita minggu lepas punya lepas, hihi.

    Kena terima hakikat kena hidup bersama covid, dia tak mo balik dah

    BalasPadam
  6. Semoga cepatlah Covid jumpa jalan balik kampung. Sedap sarapan Kak Amie, kuew teow sup simple pun menyelerakan nampak. Jomlah kita happykan diri, masak dan makan :)

    BalasPadam
  7. makanan yang simple dimple lah selalunya yang paling sedap.

    BalasPadam
  8. Simple tapi tetap mengenyangkan kak amie? Hehehe

    BalasPadam
  9. Tadi pun sarapan kue tiau jugak. Tapi goreng bukan sup. Hehe

    BalasPadam
  10. Sesuai makan sepanjang hari ni...x perlu masak nasi utk tengahari kalau SA...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe