Cara Masak Kuey Teow Goreng Yang Sedap!

10:39 PG

Selamat pagi semua. Hari ini hari apa ye? Allahu Akbar! Terlalu lama berkurung sampai nama hari pun boleh lupa! Kelmarin hari Rabu, hari ini Khamis. Esok Jumaat. Yesterday was Wednesday. Today is Thursday. Tomorrow will be Friday. Hahaaaa... teringat guru Bahasa Inggeris ajar sewaktu darjah satu zaman dahulukala. Bonda pula ada puisi Jawa tentang hari Rabu dan Khamis. Rebo Kemis. Taik kebo ditumis! Yang faham bahasa German tu fahamlah.

Jom berehat dulu dari berBDR. Kita sarapan dulu. Amie masak kuey teow goreng. Untuk Firdaus, Amie tunaikan permintaannya untuk makan roti salut telur. Awal pagi tadi kami bertiga sempat sarapan bersama sebelum Encik Suami keluar ke tempat kerja.


Kuey Teow Goreng

Sarapan pagi : Kuey teow goreng, roti salut telur, kopi Cap Kuda Terbang, hirisan jambu air madu & kuini serta cili jeruk.

Jelurk Cili.


Roti Salut Tepung.

Hirisan kuini & jambu air madu.


Kuey Teow Goreng 

Kali ini Amie nak makan taugeh rangup dalam kuey teow goreng. Jadi selepas padamkan api dapur, barulah Amie masukkan daun kucai dan taugeh. Gaul beberapa kali. Siap!

Bahan-bahan untuk Kuey Teow Goreng:
  • 400 gram kuey teow - bilas dan toskan
  • 1 cawan isi kerang
  • 1 cawan taugeh
  • 1 cawan hirisan daun kucai
  • 1 tangkai cili merah - hiris
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis pedas
  • 2 sudu besar sos char kuey teow
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan - jika perlu

Bahan tumbuk / kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk / kisar sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan hirisan cili merah. Kacau.
  3. Alihkan dengan sudip bahan tumisan ke tepi kuali, dan masukkan telur.
  4. Kacau telur hingga masak, dan tolek ke tepi kuali.
  5. Masukkan kuey teow dan gaul bersama semua bahan dalam kuali.
  6. Seterusnya masukkan isi kerang, sos cili, kicap manis pedas, sos tiram, sos char kuey teow dan bahan perasa seperti gula / garam / perasa pilihan (jika perlu)
  7. Gaul rata. 
  8. Masukkan taugeh dan daun kucai. Padamkan api dapur.
  9. Gaul beberapa kali dan hidangkan panas bersama cili jeruk.

18 comments

  1. Sukanya kuey teow letak kerang cuma susah sedikit jumpa kerang.

    BalasPadam
  2. Tak suke kuey teow yg ade taugeh dan daun kuchai ke ape name daun tu

    BalasPadam
  3. Favourite arwah mak As ni. Presentation tu love sangat.

    BalasPadam
  4. sedapnya kuetiaw kak... dana dan edy suka tapi si bujan tu tak suka pulak, jadi jarang masak di rumah selalu beli je...

    dana pun kadang sampai lupa hari, dek asik duduk rumah... kalau boss panggil suruh msuk opis baru ingat hari apa

    BalasPadam
  5. hah..hah.. betul tu Amie! Pagi-pagi sebelum PH buka mata, otak berputar - hari ni hari apa? Dah lama tak pekena kuey teow goreng. Mesti sedap kuey teow yang Amie masak!

    BalasPadam
  6. Ya.. memang jelas kelihatan kue tiaw yang sedap. 😋

    BalasPadam
  7. Sedapnya kuew teow goreng letak kerang. Haritu beli kerang sikit kononnyaa nak campur dalam kuewteow. Lepas masak, kerang tu berbau. Agaknya kerang dah tak fresh. Sedih betul. Saya pun suka taugeh rangup macam tu. Lepas tutup api baru letak taugeh dan kacau sekejap.

    BalasPadam
  8. Suka..suka..suka...kalau ada tauge & kucai banyak lagi suka...hehehehe

    BalasPadam
  9. Wahhh. Menarik nyaaa keuy teow goreng akak nii.. 😍

    BalasPadam
  10. Yum... Nampak sedap, tapi saya tak suka bubuh taugeh. Kalau kucai takpe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sal. aida suka buh dedua.
      taugeh. kucai. dedua mesti byk.
      sedap!

      Padam
  11. jeruk cili!!! best.
    hmmm rumah aida ni 3-4 hari sekali goreng kuewtiau.
    kesukaan anak sulung.
    ada kuewtiau, dia tak pandang da makanan lain.

    BalasPadam
  12. Sedapnyaaaaa...nasib pagi tadi x lepas pi pasar besar..kalau tak memang dah beli dah kerang barang sekilo dua buat rencah ke rendang ke..

    BalasPadam
  13. Sedapppnyaaaaa, nasib baik dah makan pagi tadi hehehe. Nampak ada kerang tu lagi menyelerakan!

    BalasPadam
  14. Dh boleh buka stall jual kueteow grg mlm2 ni Amie..sure laris..ada cili jeruk lg tu

    BalasPadam
  15. Haa.. sama sy, suka taugeh dan kucai yang masih rangup2 lagi, hihi

    BalasPadam
  16. Feveret CCL ni . Kalau makam kway teow ..suka yg,basah-basah .. Ada pulak cili jeruk ..lagi berselera

    BalasPadam
  17. fav syu kuey teow goreng ni. slalu buat jgk. hehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe