Shared Joy Is Double Joy; Shared Sorrow Is Half A Sorrow

8:04 PTG

Apabila melihat Firdaus gembira, kita pun ikut senang hati. Apabila melihat Firdaus sedih, kita pun turut berduka. Firdaus ini kalau menyatakan rasa rindu terhadap abang-abangnya memang akan disertai dengan air mata. Ituu yang tak sanggup kita saksikan. Gembira dan duka dikongsi bersama. Yang gembira kalau dikongsi akan bergandalah rasa kegembiraan itu. Yang sedih dan duka kalau dikongsi akan berkuranganlah kesedihan itu.
Shared Joy Is Double Joy; Shared Sorrow Is Half A Sorrow (Swedish Proverb)

Hari ini Firdaus dapat dua kejutan yang membuatkannya senyum sepanjang masa. Kejutan pertama, Firdaus terima kiriman daripada Abang Farid.

Bukan main seronok dia. Tak sabar nak buka bungkusan.

Apa agaknya kiriman Abang Farid?






Biskut Meiji Hello Panda perasa strawberi, coklat dan susu.


Samyang Carbonara Hot Chicken Flavour Ramen.

Cadbury Dairy Milk Bites & Biskut Oreo.

Ada kad-kad kecil mengiringi kiriman biskut-biskut tadi.







Hati kanak-kanak mana tak rasa gembira dapat kiriman makanan kegemarannya! Terima kasih Abang Farid! Banyak biskut Firdaus sudah makan!

Petang tadi, dapat pesanan ringkas daripada guru mata pelajaran Sainsnya pula. Buku aktiviti Sains yang dihantar pada minggu lepas akan dikembalikan. Tunggu saja anak guru mata pelajaran Sainsnya datang berbasikal di hadapan rumah pada sebelah petang. Firdaus sabar menanti. Ketika Amie sedang sibuk menyiapkan kerja, Firdaus tergesa-gesa buka pintu dan berkata: Mommy! Teacher bagi hadiah!

Wah! Ini kejutan kedua buat Firdaus pada hari ini.

Dihulurkan sebuah beg plastik berisi buku aktivitinya bersama bungkusan hadiah. 

Sukanya Daus dapat pewarna! Ulang Firdaus berkali-kali.Selain pewarna, Firdaus dapat correction tape, pensel, pemadam dan peraut.


Mommy! Bagi tahu Teacher, Daus bilang terima kasih ya!
Okey sayang.
Kita pun sampaikan mesej ucapan terima kasih Firdaus.
Jawab gurunya : You deserve it Daus. Your Welcome.
 



16 comments

  1. tahniah daus....
    makcik wangi rasa daus ni murid yg rajin dn pintar...

    BalasPadam
  2. wah tahniah Firdaus!!
    Semoga membesar jadi anak yang berjaya! :)

    BalasPadam
  3. Kesian Firdaus menahan kerinduan, kesedihan menjadi ringan bila dikongsi.. Syukur dapat kiriman abang, yang membaca pun lega, Alhamdulilah dapat rezeki menghembirakan Firdaus, betul Firdaus deserves it.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah rezeki firdaus, senyum lebar firdauss dapat hadiah yang tak disangka sangka.
    Wah firdaus pun makan ye ramen carbonara tuuuuu, lepas ni boleh lah sambil buat kerja sambil makan hehehe.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..seronok Firdaus dapat hadiah dari Abang Farid di Malaya. Ingat pesan Abang Farid tu Daus :)
    Tambah seronok dia dapat juga hadiah dari Cikgu. Hati Daus berbunga bunga harini.

    BalasPadam
  6. Wah,seronokya lain macam kan bila dapat kiriman.Semoga Daus ceria-ceria selalu supaya mommy & baba juga turut ceria

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. bestnya..seronok Firdaus..

    BalasPadam
  8. Seronok Firdaus dapat hadiah. Sweetnya, ucapan dari abang dia, kad yang comel-comel tu. Ghost hug. Hehe..

    BalasPadam
  9. wahh mesti daus happy tak terkira tu..

    BalasPadam
  10. orang dewasa pon seronok bila dapat hadiah, inikan pula kanak-kanak...

    BalasPadam
  11. Bestnya jadi firdaus, abang- abangx lupa kat dia erk...best sungguh tu dapat macam- macam hadiah

    BalasPadam
  12. Seronoklah firdaus.. Macam-macam barang dapat..

    BalasPadam
  13. happy firdaus. banyak makanan best2 tuuu.hehe

    BalasPadam
  14. Kemain seronok firdaus ya dpt bungkusan tu

    BalasPadam
  15. Usahkan budak kecik macam Firdaus, aunty pun suka kalau dapat bingkisan macam ni

    BalasPadam
  16. Memang kegembiraan berganda untuk Firdaus :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe