Singgang Daging Dengan Budu

9:47 PTG

Cerita tentang masakan singgang dan budu, kedua-duanya bukanlah sesuatu yang asing bagi Amie. Zaman belajar dahulu memang rapat dengan rakan-rakan dari pantai timur terutamanya Kelantan dan Terengganu. Pernah tinggal serumah dengan rakan-rakan dari sana juga. Untuk menikmati masakan Kelantan memang sangat mudah terutama di pasar malam sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Di warung-warung makan sekitar asrama pun ramai peniaga teridri daripada orang Kelantan. Tak pernah lupa beli nasi goreng kerabu di Seksyen 17. Ada masa nanti Amie nak buat nasi goreng kerabu.

Sewaktu praktikal di Seremban pun, serumah dengan kawan dari Kelantan. Pertama kali sampai ke LD sebelum dapat rumah sewa, Amie tumpang di rumah sewa rakan-raakan dari Kelantan dan Pahang. Kemudian apabila pindah ke rumah sewa sendiri, juga dapat teman serumah dari Kelantan. Tak dapat dilupakan, teman serumah Amie ini bawa budu dari Kelantan terbang melintas Laut China Selatan!

Menikmati pelbagai hidangan dari Kelantan bukanlah sesuatu yang asing bagi Amie. Rasa 'manis' itu sudah biasa diterima tekak. Hari ini Amie masak Singang Daging Dengan Budu. Puaslah menghirup kuah singgang sampai berpeluh-peluh!

Singgang Daging Dengan Budu

Hidangan makan tengahari pada hari Isnin:
  • Nasi Putih
  • Ikan Siakap Sos Cili Thai
  • Ikan Bawal Putih Goreng
  • Singgang Daging Dengan Budu
  • Ulaman : Bayam & Kacang Botol Celur, Terung Goreng, Tempe Goreng dan Petai
  • Budu & Tempoyak
  • Buah Nanas & Epal
Ikan Siakap Sos Cili Thai

Ulaman : Bayam & Kacang Botol Celur, Petai, Tempe & Terung Goreng

Budu & Tempoyak

Ikan Bawal Putih Goreng

Dua tiga hari ini Firdaus asyik tanya ikan bawal. Amie gali dalam freezer, terjumpa tiga ekor anak bawal putih. Kalau Mama Cella nampak tentu Mama Cella kata ikan bawal dah jadi fossil ... ahaks! Dapatlah Firdaus jamah anak bawal putih.

Nanas Madu & Epal.

Masih ada lagi buah nanas belum dikupas. Nanas ini manis rasanya, dan kata penjualnya, ini nanas madu dari Ranau. Memang manis sampai ke bawah. Tak rasa lidas!

Singang Daging Dengan Budu.

Masakan Singgang Daging Dengan Budu ini Amie olah ikut cara kawan-kawan masak. Oleh kerana tidak ada ketumbar biji, Amie tak bubuh. Kawan Amie kata, tak bubuh biji ketumbar pun tak apa. Masih juga disebut singgang. Jom lihat resepinya di bawah ini. Amie tak ambil masa lama untuk memasaknya kerana daging yang Amie gunakan daging muda dan cepat empuk. Hasilnya memanglah sangat sedap. Ada rasa masam, masin dan manis daging segar. Itu sebabnya tak henti-henti hirup kuahnya.... sluurrppp...sluuurrppppp!

Bahan-bahan:
  • 250 gram daging - hiris ikut saiz yang disukai
  • 2 cm halia- hilis halus
  • 2 cm lengkuas - hiris nipis
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 3 tangkai cli kering - potong 2
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu besar budu
  • 800 ml air
  • garam / perasa pilihan secukupnya
  • 3 ulas bawang putih - hiris
Cara memasak:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api besar sehingga mendidih selama 10 minit.
  3. Perlahan api dan tutup periuk.
  4. Setelah daging empuk, bolehlah tambahkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  5. Kacau beberapa kali dan biarkan masak seketika sebelum tutup api dapur.
Hari ini terpaksa simpan hasrat untuk lepak ke rumah kawan-kawan blogger sebab ada tugas hakiki yang perlu disiapkan. Jadi hanya sempat masuk dapur sendiri. Esok lusa, ada masa Amie akan kunjung ziarah. 

14 comments

  1. Singgang daging saya tak pernah cuba lagi. Apatah lagi singgah daging dengan budu. Yang pasti masak singgang memang sedap. Ikan Siakap Sos Cili Thai tu menyelerakan betul food plating kak Amie. Alhamdulillah ada juga rezeki Firdaus nak makan ikan bawal.

    BalasPadam
  2. Singgang daging memang terangkat. Menu wajib di kelantan setiap kali raya korban. Wajib masak !

    BalasPadam
  3. sedapnya budu cicah kangkkung n pucuk ubi celur

    BalasPadam
  4. Boleh cuba masakan singgang daging ni. Nampak menyelerakan sungguh. Masakan menyihatkan ni tanpa guna minyak.

    BalasPadam
  5. Singgang antara makanan kesukaan yang sy jarang masak, tapi zaman duduk dgn mak dulu, memang sampai berpeluh la kalau hirup kuah singgang ni, hihi.

    BalasPadam
  6. SA pun pernah serumah dengan kawan dari Kelantan so tekak ni dah biasa makan budu dan singgang budu..sedapnya...nanti nak cuba buat la singgang daging

    BalasPadam
  7. Singgang daging pernah buat tapi letak budu belum pernah cuba.Selalu budu buat cicah ikan & daging tu.Menarik untuk di cuba ni.Masakan cikgu tak pernah mengecewakan.Menggamit selera sungguh.

    BalasPadam
  8. Rasa kena cari budu apabila baca pos ini. Hehe. Rasa macam ingin cuba.

    BalasPadam
  9. Selalu makan singgang dengan ikan tongkol, tapi harini tengok singgang daging punnn nampakk sedapp! Tapi budu tak pernah makan hehehehe.

    BalasPadam
  10. Menu popular di Pantai Timur masa raya haji ni :)

    BalasPadam
  11. Saya tak tahu bagaimana rasanya budu dan tempoyak. Kedua-duanya saya tak pernah rasa..

    BalasPadam
  12. menu singgang mmg wajib ada budu baru ngam

    BalasPadam
  13. tq resepi! saya dah lama nak try, kebetulan ada lebihan daging korban ni, nak cuba lah

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe