Pagi Yang Cerah, Matahari Bersinar Terang

12:26 PTG

Selamat pagi semua. Hari ini cuaca cerah. Matahari bersinar terang. Selamat bercuti kepada semua murid sekolah di seluruh negara. Minggu ini Firdaus telah menyelesaikan beberapa tugasan sekolah termasuk melakukan amalan baik di rumah. Guru UBK meminta hantar gambar amalan baik tersebut. Firdaus bantu siram pokok bunga sebagai amalan baik di rumah.

Firdaus sedang menyiram pokok bunga.

                                           

Minggu lepas Ustazah meminta rakaman video menghafaz Surah An Nas. 


Kelmarin Firdaus tak sempat buat latihan Matematik kerana Amie tertidur! Amie hanya arahkan sahaja. Firdaus ada bertanya sebab tak faham tetapi Amie kata : Kejap ye. Mommy letih. Mommy nak tidur dulu. Bangun tidur terus solat Asar dan masuk dapur!
Pagi tadi, tangkap Firdaus untuk mengaji Quran. Kalau mood baik, satu hari Firdaus dua kali mengaji Quran.  Kemudian sambung siapkan latihan Matematik.

   
Latihan Matematik yang sudah siap sudah dihantar melalui GCR.
Ada lagi tugasan yang belum Firdaus buat seperti rakaman Quran Tasmik.
Oh! Macam banyak juga tugasan lain yang belum siap rupanya! Sebagai manusia biasa sebenarnya bukan salah Firdaus tetapi salah kita sendiri... ahaks! Bukan apa. Selalu terlepas pandang kerana sibuk dengan kerja sendiri. Hari ini buat senarai semak tugasan yang belum siap:
  • Bahasa Inggeris (16/7/2021) Topic : Unit 7 Get Dressed
  • Pendidikan Agama Islam (16/7/2021) Bidang : Ibadah. Murid dikehendaki menguasai bacaan takbiratul ihram, surah al-Fatihah, rukuk dan sujud sebagai pengukuhan. Latihan dalam buku aktiviti : Bacaan wajib solat.
  • Pendidikan Kesihatan (14/7/2021) Tajuk : Bersyukur dan Kasih Sayang. Mencipta penanda buku daripaa frasa yang dberikan.
  • Pendidikan Kesihatan (12/7/2021) Tajuk : Mari Bergayut
  • Pendidikan Seni Visual (15/7/2021) - banyak tugasan belum disiapkan termasuk lukisan teknik kering, teknik resis dan membuat arca stabail.
  • Hari ini dan esok perlu hantar buku latihan / aktiviti Pendidikan Agama Islam dan Sains untuk semakan guru.
                         
Berehat seketika setelah menyiapkan kerja rumah.

Jalan-jalan belakang rumah dengan Firdaus. Pokok ceri sedang berbunga.


Encik Suami pindahkan pokok kencur dari pasu. Ditanam dalam pasu panjang pula. Entah bila dialihkan pokok itu!


Pokok pudina ditanam semula supaya tumbuh subur dan terus membiak.


Susunan pokok bunga orkid yang Encik Suami baik pulih. Dikutipnya pokok-pokok orkid yang tersisa daripada 117 jenis yang hanya tinggal beberapa spesies.


Pokok anggur semakin merimbun.

Wah! Anggur mula berbuah lagi rupanya!


Buah mangga di rumah jiran. Katanya kalau yang masak gugur ke belakang dapur kita, ambil saja. Walaupun ada buah mangga di rumah sendiri, mangga di rumah orang juga yang dinantikan gugur kih kih kih!


Jom masuk dalam rumah dik. Sambung buat kerja rumah!

Semakan terakhir sebelum hantar buku kepada guru mata pelajarannya.

30 comments

  1. Alhamdulillah Firdaus anak yang mendengar kata. Culas sikit tu biasalah kanak-kanak. Kita dulu pun macam tu. Hihi. Selamat bercuti sekolah ye. Mommy pun boleh rilek sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin ya Allah.
      Kanak-kanak memang begitukan Sal.

      Padam
  2. Banyaknya tugasan Firdaus. Kelakor pulak tengok gambor kucing last tu. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap hari ada 3 hinga 4 subjek. Kalau terlepas pandang memang jadi menimbunlah heheheee. Kucing Daus bunting tu Nur.

      Padam
  3. Assalamualaikum, pandai Firdaus mengaji. Nyaman tengok pokok-pokok yang Firdaus siram tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam.
      Boleh mengaji sikit-sikit tapi selalu ketakutan kalau nak buat rakaman hantar kepada gurunya.

      Padam
  4. Banyak peranan Puan Amie kena buat.
    Tidak cukup tangankan? Selamat berehat seketika.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... kena bahagi-bahagikan peranan ikut kesempatan. Itu pasal selalu kena buat senarai semak, takut ada yang terlepas pandang.

      Padam
  5. Bila dengar suara...terasa seperti dekat...

    BalasPadam
  6. Bagus amalan baik Firdaus tolong mommy siram bunga. kemas tulisan Firdaus buat matematik tu Kak Amie. Tu diaa bersusun kerja yang belum disiapkan. Seronok Firdaus ada kucing peneman dia. Kecur air liur tengok mangga tu. Wahhh ada anggur jugak. Macam biasa Firdaus jadi model Mommy :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kita ada bersamanya sewaktu siapkan kerja sekolah, memang kemaslah tulisannya Fizah hihihiiii.
      Nampaknya cuti sekolah ini Firdaus kena siapkan kerja-kerja yang belum selesai.

      Padam
  7. Kita banyak baca perkongsian ramai ibu yang stress mengadap anak pdpr tapi Kak Amie bersemangat, mungkin sebab sudah ada latar guru, tu kan. Syabas, Kak Amie. Rasanya sy yg mengajar ni pun, selalu naik hangin bila mengajar anak sendiri, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang stress juga SK, terutama ketika kerja kita bertimbun, dan datang arahan tak kira masa. Tapi Kak Amie selalu cuba positifkan diri. Firdaus lagi stress kot. Jadi Kak Amie memang temankan dia siapkan kerja sekolah walaupun sebenarnya penat dengan kerja sendiri. Dapat juga Kak Amie belajar sukatan pelajaran baharu yang berbeza dengan zaman sekolah rendah dahulu.

      Padam
  8. Seronok tengok tanaman disekeliling rumah Amie..anggur tu harap2 tak dipatuk burung la ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheee... kena bungkus kalau tak mahu burung patuk.

      Padam
  9. Syukur..Firdaus bijak betul ye...tgok kat FB kak Amie yang Firdaus layan mandi banjir kilat tu...geram tengok dia...geram la tengok buah mangga tu...kalau dapat kat SA tu...ermmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time tengok banjir, memang teruja sunggu budak kecik tu.
      Kak Amie pun geram tengok mangga tu SA. Selalu intai-intai kalau terlepas masuk dalam pagar kami hihihiii.

      Padam
  10. Banyak tanaman subur semuanya,suami k.amie un rajin bertanam kan...bagusnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang tak ada tanah memang rajin bercucuk tanam Zila hihihihiii.

      Padam
  11. Banyak jugakkk kerja sekolah firdaus tu ya, siap kena ambil gambar untuk amalan baik. Olololo kenapa dengan kucing firdaus tu hahaha, menarikk yang gambar terakhir tuuu, siap tanya lagi mewarisi dari siapa siapa hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak tugasan yang perlu disiapkan. Elok jugalah ada kerja daripada asyik main game saja hehehee. Kucing tu bunting. Begitulah sukatan pelajaran terkini, macam-macam jenis KBAT diselitkan.

      Padam
  12. Banyaknya pokok-pokok sayur dan buah ditanam.. Mesti seronok bila menuai hasilnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa lapang Encik Suami memang dipenuhi dengan bercucuk tanam keliling rumah.

      Padam
  13. Bagusnya jiran Amie, siap-siap pesan begitu. Jiran yang baik.
    Seronok tengok ada macam-macam tanaman kat rumah Amie. Pokok ceri, saya jumpa masa zaman kanak-kanak je dulu. Lama tak jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Jiran yang baik itu rezeki Allah kan Ujie.

      Padam
  14. cantik cantik pokok bunga nya kak :)

    BalasPadam
  15. kak amie..biasa la..kalau hat org la yg selalu ditunggu2 kan..

    BalasPadam
  16. Banyak betul kerja sekolah yg perlu diselesaikan firdaus.

    Seronok dapat rumah atas tanah. Boleh tanam banyak pokok, sejuk mata memandang

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe