Udang Galah Masak Ala-Ala Tom Yam

9:42 PTG

Assalamualaikum. Jumpa lagi. Semalam tidur lewat untuk siapkan kerja hakiki. Sempat tidur 2 jam sahaja, kemudian bangun solat Subuh dan terus mengadap komputer membuat kerja-kerja online pula. Oleh kerana tidak cukup tidur kepala rasa berpusing. Kebetulan pula dapat arahan bertugas menyampaikan sijil-sijil SPM kepada calon-calon SPM 2020/21. Arahan datang kelmarin petang. Kita pun kelam-kabut nak buat persediaan PDPR sebelah pagi. Aduhai! Dua kerja dalam satu masa. Sabak sajalah. Pukul 10 malam ketika sibuk menanda kertas, datang arahan menerusi telegram pula. Kena ikuti PLC Akademik dari pukul 2:15 hingga 5 petang gunakan aplikasi Microsoft Teams.

Badan yang hampir rebah tiba-tiba tegak semula apabila subuh-subuh lagi Encik Suami telefon Fairuz. Katanya Fairuz akan pulang ke LD. Baru petang kelmarin suruh Fairuz pulang, dan rupa-rupanya Fairuz terus beli tiket dan ke balai polis minta kebenaran rentas daerah. Encik Suami sudah berusaha siang dan malam supaya anak-anak bujang dapat suntikan vaksin. Tunggu-tunggu giliran, tak juga sampai. Akhirnya Encik Suami nak cuba nasib, tunggu kalau ada yang menolak suntikan di mana-mana pusat di LD supaya Fairuz boleh gantikan.

Ketika Amie sibuk mengurus tugas di sekolah, telefon berbunyi.

"Mommy! Mommy masak apa hari ini?"

"Allah! Dah turun kapal terbang kah dik?"

"Ada ni di air port. Tunggu Baba datang ambil."

Aduhai anak bertuah! Bukan tanya khabar, tapi tanya masak apa hari ini?

Lama sungguh tak nampak Fairuz. Minggu pertama Aidil Fitri Fairuz sudah ke Kota Kinabalu. Tak sempat kira berapa lama Fairuz tak balik LD sejak PKP 3.0 dilaksanakan. Bukan main gelap berminyak mukanya! Katanya setiap hari berpanas, ambil ikan untuk diagihkan ke pasaraya-pasaraya sekitar Kota Kinabalu.

Orangnya tidak pernah pulang dari akhir bulan Mei lagi. Setiap bulan pandai pula bank in duit untuk Mommy dan Baba. Sudah diberitahu, simpan saja duit upah urus ikan, tapi tetap juga dikirim. Allahu Akbar! Di saat-saat berjauhan, apa yang kita harapkan hanyalah kesihatan dan keselamatan anak-anak. Sesungguhnya resah dan rindu sebagai orang tua tidak dapat dibeli dengan wang ringgit!

Sementara menunggu ke pukul 2:15 petang untuk PLC Akademik, sempat menyelinap masuk dapur masak hidangan tengahari. Amie nak masak tom yam tapi tak ada pes tom yam. Masak sajalah ala-ala tomyam! Ada daun limau purut di pokok, ada serai di tepi dapur, ada lengkuas, ada limau nipis...eehhh! Semua bahan ada! Masak sajalah.

Udang Galah Masak Ala-Ala Tom Yam

Hidangan tengahari Rabu:
  • Nasi Putih
  • Udang Galah Ala-Ala Tom Yam
  • Ayam Goreng Salut Tepung BESTARI
  • Ikan Belais Panggang Sambal Tomato Versi Ikan Bilis
  • Ulam Lettuce, Coral Red & Tomato Ceri
  • Sambal Tempoyak
  • Mangga Madu
Ayam Goreng Salut Tepung BESTARI

Ikan Belais Panggang Sambal Tomato Versi Ikan Bilis

Lettuce, Coral Red & Tomato Ceri.

Sambal Tempoyak.

Mangga Madu

Udang Galah Masak Ala-Ala Tom Yam.

Jom campak-campak Udang Galah Masak Ala-Ala Tom Yam! Rasa kuahnya...waduh...waduhhh Tijah! Rasa serai, daun limau purut dan akar ketumbar, ditambah cili padi dan perahan limau nipis apabila bertemu kuah bercampur sos ikan.... apa jadi?

Bahan-bahan:
  • 10 ekor udang galah saiz sederhana - bersihkan
  • 1 cawan hirisan brokoli
  • 7 biji baby carrot
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 3 ulas bawang putih - pecahkan
  • 2 batang serai - potong dua - ketuk
  • 2 cm lengkuas - diketuk
  • 5 helai daun limau purut - buang tulang belakang - ramas
  • 1 pokok daun ketumbat - ambil bonggol - ketuk
  • 10 biji cili padi - diketuk
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 liter air
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Masukkan air di dalam periuk / kuali.
  2. Masukkan serai, lengkuas, bawang putih, bawang besar, baby carrot, bonggol akar ketumbar dan cili ppadi.
  3. Apabila mendidih masukkn udang galah, dan brokoli.
  4. Setelah udang galah berubah warna, masukkan daun limau purut, tuangkan sos ikan, taburkan garam / gula / perasa pilihan.
  5.  Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
  6. Hidangkan dengan taburan daun ketumbar.
Jemput jamu selera ye kawan-kawan. Amie nak tidur dulu. Nak qadha' tak cukup waktu tidur semalam. Ya Allah. Pagi tadi bawah mata nampak lebam saja! Kurang tidurlah tu. Jumpa lagi, in syaa Allah. Bismika Allahumma ahyaa wa amuut.

26 comments

  1. Balasan
    1. Jemput Mama Sara Nur. Tomyam ni sedap hirup kuahnyakan.

      Padam
  2. Tomyam putih tu, tentu sedap rasanya Kak Amie. Kita pun tggu Iman dapat tarikh baru ni, ntah bila, katanya 30 hari tapi senyap smpi skrg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan cepatlah sampai giliran. Encik Suami setiap hari tanya khabar dua bujang di Malaya, dah dapat panggilan ke belum untuk vaksin. Belum ada jawapan lagi katanya. Risau dah sang bapa.

      Padam
  3. Tomyam putih...sedap tu Amie..manis2 udang galah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, sedap hirup kuah...slurrppp..sluurrppp!

      Padam
  4. terharu baca n3 amie mesti xsabar nk bertemu anak kesayangan menjamunya mskn air tangan ibunya yg lazat

    BalasPadam
  5. Sedapnya udang galah... teringat pengalaman makan tomyam udang galah kelapa muda kat Hatyai... Sedap giler...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hohoooo... sebut Hatyai memang syurga makanan tu!

      Padam
  6. Hampir itu rasa tomyam. Hehe anak buat kejutan balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada. Serai, daun limau purut, pedas, masam, masin semua ada.

      Padam
  7. Teringat dulu zaman study nak balik rumah, dah nak sampai mesti tanya mak masak apa. Bukan nak bertanya khabar. hehe..begitulah anak anak. Mak pulak mesti tak sabar masak sediakan untuk anak bila sampai rumah. Sedih pulak rasa bila kenang lama tak balik kampung ni.

    Sedapnya lauk udang galah masak ala tomyam. Dalam fikir tak ada bahan, ada juganya beberapa bahan penting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertalian erat antara ibu dan anak, memang begitulah kan Fizah.
      Ye, ada juga bahan yang boleh digunakan untuk masak. Ikut kreativiti sajalah.

      Padam
  8. lama tk mkn udang galah..sedap ada mangga madu tu

    BalasPadam
  9. Okey boleh la SA buat nanti..SA tengah ada amasalah dengan selera ni..sejak vaksin SA kehilangan selera makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaa... kesiannya SA. Moga cepat datang selera. Take care tau!

      Padam
  10. Dapat makan udang galah besar2 seronoknya . Rasa kemanisan isi tu

    BalasPadam
  11. sedapnya nmpk, besar -besar udang galah tu.

    BalasPadam
  12. Baru haritu makan udang galah, memang sedap! Lapar perut pulak baca entri ni di malam hari hahaha

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe