Dunia di Sebalik Tembok

2:00 PTG

Lebih satu jam Amie ikuti siaran secara langsung Cakap Apa Saja (CAS) bersama Rozlan & Nasser pada 21 Jun 2021 bersamaan hari Isnin, pukul 9 malam. Kali ini tetamu jemputan ialah penulis MKHARA bersama hasil karyanya Dunia di Sebalik Tembok. Allahu Akbar! 

Terlalu banyak iktibar dan pengajaran yang diperolehi ketika menghuni penjara. Pengalaman pahit getir yang ditempuhi penuh sabar oleh bekas banduan ini mampu menjentik rasa para pembaca. Mungkin kita tidak pernah membayangkan apa yang dilalui setiap detik oleh para penghuni di sebalik tembok itu.


Tak sabar menunggu kedatangan buku Dunia di Sebalik Tembok.
Amie ingin menghayati setiap baris ayat yang tertulis di dalamnya.


Amie terima buku Dunia di Sebalik Tembok ini pada 26 Jun 2021.


Inilah buku yang ditulis dari penjara berdasarkan kisah sebenar penulis yang menjalani kehidupan sebagai seorang banduan setelah dijatuhkan hukuman selama 14 tahun 6 bulan. Satu perjalanan dan penceritaan yang diharap mampu memberikan peringatan kepada pembaca agar menjauhi jenayah!


Bayangkan setiap detik yang dijalaninya ketika berada di penjara!
Ketika membacanya Amie rasa terbawa masuk ke dalam ruangan yang tidak pernah Amie bayangkan sebelum ini. Maka: Hargai Kebebasan, Nikmati Kehidupan.

Buku ini patut dibaca oleh setiap orang, dan sangat sesuai dijadikan hadiah. Buku ini turut menyingkap pelbagai isu kehidupan dalam penjara. Bagaimana situasi yang perlu dilalui setiap hari oleh segelintir insan yang tewas pada kesilapan? 

Atas pengalaman menjadi penghuni daalam tembok batu, penulis sedia berkongsi tentang apa yang dirasa, dilihat dan diharapkan suatu hari nanti. Ia sarat dengan pengajaran, bagaimana melalui satu fasa kehidupan yang jauh berbeza dari dunia luar yang penuh kebebsan. Pesan penulis:

Berhati-hatilah dalam mendepani hidup. Jangan sampai dunia yang penuh warna warni, yang penuh dengan kehijauan dedaunan, ombak dan laut, kasih dan sayang akhirnya berganti dengan dinding dan tembok batu!

Contoh surat untuk keluarga yang ditulis di atas kertas biskut.



Bersama-sama buku Dunia di Sebalik Tembok, Amie terima sebuah buku percuma iaitu Menunggu Kata Dari Tuhan (Teater Dari Hadis Nabi), tulisan Dinsman.

12 comments

  1. Lama itu dalam penjara. Banyak boleh dicoretkan.

    BalasPadam
  2. Dunia disebalik tembok..membayangkannya saja dh cukup menginsafkan..jgn la sesekali menyalahgunakan kebebasan.

    BalasPadam
  3. suka baca atau tonton filem yang berdasarkan kisah benar, mmg memberi isnpirasi dan pengajaran

    BalasPadam
  4. Bila bayangkan penjara ni pernah tonton telifilem hujung 90s kalau tak silap.Judulnya masih saya ingat "Syurga Dipintu Neraka" lakonan Norish Karman.Watak banduan akhir dibawa dengan sangat berkesan dihati saya hingga ke hari ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tahu cerita ni, kalau betul kisahnya tentang Norish dituduh jadi pengedar dadah, kan.. lawyernya pulak Aida Radzwil (Aida Rahim), isteri kepada ex-boy friend dia. Lagu tema, Akulah Kekasihmu - Fransicca Peters

      Padam
  5. Terus suruh Iman carikan buku ni, Kak Amie.. belum baca dah rasa berdebar

    BalasPadam
  6. Menarikkk buku macam ni, boleh tahu kehidupan mereka di penjara macam mana, rasa macam nak beli pula sebab memang dari dulu teringin nak tahu kehidupan disebalik tirai besi tuuu.

    BalasPadam
  7. Dulu di muzium ada buat pameran fotografi penjara Pudu. Dalam fotografi itu semuanya memaparkan tulisan dan gambar yang dibuat oleh penghuni penjara di tembok dan dinding. Saya amat tertarik sekali dengan fotografi tersebut, menusuk kalbu.

    BalasPadam
  8. Menarik jugak buku ni. Ramai yang kena baca buku ni supaya menghargai kebebasan dan menjauhi jenayah

    BalasPadam
  9. Pernah terfikir, macam mana la keadaan mereka- mereka dari dunia sebalik tembok tu...mesti banyak perkara berlaku

    BalasPadam
  10. Banyak isi yg boleh dijadikan pengajaran. Kadang kita tak tahu apa yg jd disebalik tembok sana

    BalasPadam
  11. Penulisan macam ni dapat dijadikan pengajaran. Orang tak tahu kisah sebenar di sebalik tembok tu melainkan mereka yang pernah berada di sana. Dalam tempoh yang lama tu pasti banyak cerita.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe