Sarapan Pagi Jadi Hidangan Tengahari dan Petang

5:07 PTG

Hampir pukul 5 petang, barulah boleh tarikh nafas setelah selesai PDPR dan hantar laporan. Firdaus pula hari ini berdikari menyiapkan latihan Matematik. Tak sempat semak entah betul entah tidak, terus saja Amie hantar kepada gurunya melalui google class room. Allahu Akbar! Esok lusa cuti, kita buat lihat senarai semak mana-mana kerja yang belum siap ya sayang.

Pagi tadi sempat siapkan sarapan pagi. Tak sangka pula kerja tak selesai menjelang tengahari. Tak sempat masak untuk hidangan tengahari. Carilah apa-apa buah yang boleh dimakan. Nampak ada lebihan nasi goreng, Amie panaskan semula. Makanlah berdua dengan Firdaus. 

Firdaus pula entah berapa kali bawakan Amie air minuman. Air kosong saja. Tak payah disuruh, pandai dia hulurkan mug berisi air. Katanya: Mommy banyak kerjakah hari ini? Pukul 4:30 petang nanti boleh Daus main basikal?

Biarlah Firdaus main basikal. Buka WhatsAap, ada lagi tugasan Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam. Melihat budak kecil itu seronok berada di luar, tak sampai hati pula panggil masuk buat kerja sekolah!

Firdaus pun nak bergembira!

Mommy pun nak berehat juga!

Jom lihat menu sarapan pagi tadi. Ada nasi goreng ikan perencah sambal tomato versi ikan bilis. Habis dah stok sambal tomato versi ikan bilis! Kemudian Amie dadarkan telur dan gorengkan keropok kentang manis pedas. Amie sediakan juga semangkuk salad avocado campur lettuce, dan tomato ceri.


Salad Avocado, Lettuce & Tomato Ceri.

Nasi Goreng Ikan Perencah Sambal Tomato Versi Ikan Bilis.

Amie gunakan isi ikan Jepun goreng lebihan makan kelmarin. Aroma ikan goreng yang sudah 'bermalam' atau 'menginap' memang mengimbau nostalgia masa lalu. Zaman anak-anak dahulu, kalau arwah Ayahanda beli banyak ikan, Bonda akan goreng kesemuanya. Maklumlah tidak ada peti sejuk untuk simpan. Bonda simpan ikan goreng dalam periuk besar yang bertindih. Keesokan pagi, Bonda ambil beberapa ekor, makan dengan ubi rebus! Aduhai.... aroma ikan goreng masih boleh dikenang sehingga ke hari ini!

Selain isi ikan goreng, Amie tambahkan isi jagung segar dan hirisan lobak merah. Hiriskan bawang besar dan bawang putih. Tambahkan sambal tomato versi ikan bilis. Alhamdulillah. Berkat hari Jumaat, nas goreng boleh dinikmati dari padi hingga ke petang!
Keropok Kentang Manis Pedas.

Telur Dadar.




Lemon Panas.


Petang ini tak mahu masuk dapur. Hanya mahu layan diri, dan layan keletihan. Jumpa lagi! Kalau perut rasa lapar, makanlah apa sahaja yang boleh dimakan...kan!

15 comments

  1. Haah makan apa sahaja yang ada. Selalu makan roti letak sapuan mentega kacang dan Biscoff.
    Bagus juga masak sekali bawa hingga ke malam.

    BalasPadam
  2. Kadang macam tu juga Kak Amie. Melayankan letih dan penat. Makan je lebihan makan pagi untuk tengahari. Asalkan kenyang. Lepas ni kena ready sambal tomato bila dah habis stok. Seronok Firdaus pun dapatlah main basikal hari ni. Esok hari cuti dapatlah berehat sikit dan buat kerja sekolah. Selamat berhujung minggu Kak Amie.

    BalasPadam
  3. Cantiknya telur tu, syg nk mkn, hihi..sini pulk bru lpas hujn lebat, sejuk sikit bumi kedah ni..

    BalasPadam
  4. Sy kalau sibuk, memang lebih suka panaskan apa yg ada jer. Paling rajin, sy order online jer la 🤣

    BalasPadam
  5. Cergas Firdaus main basikal, sedap salad avocado tu, pandai berkretif pelbagaikan makanan..

    BalasPadam
  6. Semua menarik & nampak sedapnyaaaaaa...

    BalasPadam
  7. sama Muhammad pun ada lagi berbaki kerja sekolah semalam..nak suruh habiskan kesian pulak tengok..kadang nak paksa sangat takut dia stress ..ikan goreng tu pun nostalgia bagi sy jgk kak..hihii

    BalasPadam
  8. Keropok kentang manis pedas tu menarik nya..gabungan yg sempurna dimakan bersama nasi goreng

    BalasPadam
  9. Kesian pulak tgk dgr daus nk main basikal tu.. mcm anak2 sy jgk dh siap pdpr tanya boleh x main kt carporch saja? Biasa mcm tu lah kalau sy bdr & pdpr, lunch mkn apa saja dulu nnt lps asar br masak yg proper

    BalasPadam
  10. dalam kalut2 pun hidangan mknnya lengkap sempurna

    BalasPadam
  11. Kalau SA pun...SA akan makan sarapan pagi sampai tengahari,macam hari ni ada lebihan nasi goreng...dah la pak zain buat sedap..terus rasa nak makan tengahari nanti...

    BalasPadam
  12. Masuk blog ni nampak makanan, tengah malam pun rasa lapau..

    BalasPadam
  13. bila lapar nampak telor dadar akak pon nampak sedap.haha

    BalasPadam
  14. Saya selalu tertarik dengan telur dadar kak amie tu hahaha

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe