Makanan Kehidupan

4:04 PTG

Apabila terpaksa duduk berjam-jam lamanya mendengar ceramah, apakah yang akan terjadi seterusnya? Hendak bergerak sedikit nanti dipanggil pula! Duduk memasang telinga dan memaksa segala info masuk ke otak adalah satu penderitaan yang maha kejam! Sengsaranya hanya Allah sahaja yang tahu....hiks! 

Mengantuk?
Itulah musuh nombor satu yang tak boleh dibawa bincang! 
Jom masuk dapur maya sekejap. Mudah-mudahan kurang rasa mengantuk tahap lembu jantan itu!

17 Julai 2021, terima kiriman 3 buah buku daripada rakan lama, Noriah  Hj. Siren dari Putrajaya. Banyak juga hasil tulisan nya. Noriah ini adik kepada Dr. Nor Raudah Hj. Siren yang pernah kirim buku-buku tulisannya kepada Amie. Rupa-rupanya adik-beradik ini aktif menulis. Sebagai sokongan moral, Amie beli antologi daripada Noriah:
  • Makanan Kehidupan
  • Travelog Cuti-Cuti Malaysia
  • Terima Kasih Tuhan
  
Makanan Kehidupan (Siri Anekdot & Bumi Kehidupan) ini  merupakan nukilan 20 pengkarya. Mereka melihat betapa makanan sebagai rezeki daripada anugerah Allah perlu diikhtiarkan pengeluaran dan penggunaannya untuk melangsungkan kehidupan.


Travelog Cuti-Cuti Malaysia pula menghimpunkan karya 28 orang penulis menerusi 41 buah catatan kembara. di seluruh negara.Buku ini berkonsepkan Cuti-Cuti Malaysia serta mengetengahkan empat aspek iaitu sejarah warisan negeri, kebudayaan, makanan dan tempat menarik di setiap negeri di Malaysia.

Terima Kasih Tuhan,

Buku Terima Kasih Tuhan ini Noriah hadiahkan untuk Amie. Percumalah kan! Terima kasih daun keladi Noriah! Ada 32 buah anekdot yang terkandung di dalam buku ini. Moga terus rajin menghasilkan karya!

Ada satu jam lagi untuk mengikuti PLC Akademik menerusi aplikasi Microsoft Teams. Sudah 2 gelas besar Firdaus ambilkan air kosong! Rasa nak rebahkan diri sahaja di bawah kerusi! 

8 comments

  1. Menarik buku-buku yang Puan Amie beli.
    Buku terakhir itu harap dapat beri kelegaan padang keletihan Puan Amie.

    BalasPadam
  2. Menarik semua buku2 ni. Alhamdulillah..dapat baca pengalaman penulis2 berbakat.

    BalasPadam
  3. Perenggan pertama itu adalah apa yang berlaku pada kita pagi tadi 😜

    Menarik pula semua buku2 tu, Kak Amie

    BalasPadam
  4. sy suka penulisan Bonda Nor
    byk memberi semangat

    BalasPadam
  5. Selamat membaca kak Amie. Kalau saya nak tahan mengantuk dengar ceramah online, minum kopi takpun mengunyah kudapan

    BalasPadam
  6. Selamat membaca puan.. Semoga bermanfaat.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah dapat buku buku yang menarik. Selamat membaca kak Amie. Tepu rasa otak bila kena paksa info masuk dalam kepala. bertabahlah dengar sampai habis. moga ada juga yang melekat :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe