Alhamdulillah. Allah beri keizinan untuk kita bersua lagi di dapur maya. Sebenarnya mata sudah layu-layuan, dan sudah terpandang-pandang bantal di tempat pembaringan. Tunggu sekejap ye bantal. Tuan kepala ingin sempurnakan entri sebelum tidur. Hari ini belum sempat berehat, belum sempat lunjurkan kaki dari pagi. Selesai tugasan di rumah, berkejar pula ke tempat kerja. Balik rumah terus bantu Firdaus siapkan kerja-kerja sekolahnya.
Walaupun sekejap di rumah, sekejap lari ke luar tapi tetap juga jenguk dapur. Selepas solat Zohor, kami bertiga sempat makan bersama. Kemudian cepat-cepat bersiap untuk keluar, mengurus modul latih tubi untuk calon-calon SPM 2021/22.
Hidangan tengahari tadi ringkas sahaja. Seperti biasa, lauk-pauk kampung tetap mendapat tempat di hati. Ada Umbut Kelapa Masak Lemak Putih. Amie tambahkan bayam dan juga suhun. Ada udang galah goreng. Ada ikan pari kecil atau ketuka rebus air asam cili picit. Encik Suami suka betul makan ketuka. Di sini ketuka dikenali dengan nama kiampau.
|
Umbut Kelapa Masak Lemak Putih |
|
Hidangan tengahari, nasi dan lauk-pauk. |
|
Udang Galag Goreng Garam Kunyit. |
|
Ikan Ketuka Rebus Air Asam Cili Picit |
|
Daun salad @ lettuce, timun & ikan masin kukus. |
|
Epal Hijau & merah. |
Masakan lemak putih memang masakan nostalgia! Dapatlah ubat rindu kampung halaman, dan juga kenang-kenangan di masa nan lalu. Jom kita lihat resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
- 400 gram umbut kelapa - potong ikut suka
- 10 batang bayam - ambil daun dan pucuk
- 1 cawan suhun yang sudah direndam
- 750 ml santan cair
- 250 ml santan pekat
- 1 biji cili merah - hiris
- 1 batang serai - ketuk
- garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk kasar:
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
Cara memasak:
- Masukkan santan cair, serai, umbut kelapa dan bahan tumbuk kasar ke dalam periuk.
- Apabila umbut kelapa sudah lembut, tuangkan santan pekat.
- Kacau selalu. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur bayam, suhun dan hirisan cili merah.
- Taburkan garam / perasa pilihan.
- Teruskan kacau sehingga kuah mula mendidih sekali lagi.
- Padamkan api dapur.
Wokey!
Jumpa lagi di lain entri.
Bismika Allaahumma ahya wa amuut.
Hidangan Amie, macam selalunya…nampak sangat menyelerakan!
BalasPadamDalam pada sibuk2, banyak juga Amie siapkan hidangan tu.
sedap2 belaka..semuanya kak amie :)
BalasPadamSedap Umbut masak lemak putih. Favourite saya tapi susah sekarang nak dapat umbut. Dalam kesibukan sempat juga masak dan makan sama².
BalasPadamYa Allah kak amie, sedapppp sedapp belake kita tengok! Memang menyelerakan nak nak udang galah tuuuu!
BalasPadamSibuk-sibuk pun banyak hidangan dapat disediakan. Cakap.
BalasPadamAduh tertarik dengan lauk ketuka.
Sedap umbut kelapa ni . Lama da tak makan
BalasPadamTerasa-rasa di anak tekak ni..Ikan ketuka...nama yang sama juga kami panggil untuk ikan ni..Lepas makan tangan rasa macam bergetah sikit kan..Sudah lebih 20 tahun tidak masak ikan ketuka ni.
BalasPadamSedapnya masak lemak putih umbut kelapa tu, bolehkah kita bertambah nasi?
BalasPadammsk lemak umbut kelapa manis ja sedap tu
BalasPadamSedapnya umbut kelapa masak lemak putih itu kak amie. Lama da tak makan :)
BalasPadamConfirm sedap.
BalasPadamUmbut kelapa tu yg belah mane ye?
BalasPadamdah lama sgt tak makan umbut kelapa kak oi... sedapnya masak lemak
BalasPadamxpernah mkn umbut kelapa. pernah dgr je.
BalasPadam