Cerita tentang masakan singgang dan budu, kedua-duanya bukanlah sesuatu yang asing bagi Amie. Zaman belajar dahulu memang rapat dengan rakan-rakan dari pantai timur terutamanya Kelantan dan Terengganu. Pernah tinggal serumah dengan rakan-rakan dari sana juga. Untuk menikmati masakan Kelantan memang sangat mudah terutama di pasar malam sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Di warung-warung makan sekitar asrama pun ramai peniaga teridri daripada orang Kelantan. Tak pernah lupa beli nasi goreng kerabu di Seksyen 17. Ada masa nanti Amie nak buat nasi goreng kerabu.
Sewaktu praktikal di Seremban pun, serumah dengan kawan dari Kelantan. Pertama kali sampai ke LD sebelum dapat rumah sewa, Amie tumpang di rumah sewa rakan-raakan dari Kelantan dan Pahang. Kemudian apabila pindah ke rumah sewa sendiri, juga dapat teman serumah dari Kelantan. Tak dapat dilupakan, teman serumah Amie ini bawa budu dari Kelantan terbang melintas Laut China Selatan!
Menikmati pelbagai hidangan dari Kelantan bukanlah sesuatu yang asing bagi Amie. Rasa 'manis' itu sudah biasa diterima tekak. Hari ini Amie masak Singang Daging Dengan Budu. Puaslah menghirup kuah singgang sampai berpeluh-peluh!
|
Singgang Daging Dengan Budu |
Hidangan makan tengahari pada hari Isnin:
|
Nanas Madu & Epal. |
Masih ada lagi buah nanas belum dikupas. Nanas ini manis rasanya, dan kata penjualnya, ini nanas madu dari Ranau. Memang manis sampai ke bawah. Tak rasa lidas!
|
Singang Daging Dengan Budu. |
Masakan Singgang Daging Dengan Budu ini Amie olah ikut cara kawan-kawan masak. Oleh kerana tidak ada ketumbar biji, Amie tak bubuh. Kawan Amie kata, tak bubuh biji ketumbar pun tak apa. Masih juga disebut singgang. Jom lihat resepinya di bawah ini. Amie tak ambil masa lama untuk memasaknya kerana daging yang Amie gunakan daging muda dan cepat empuk. Hasilnya memanglah sangat sedap. Ada rasa masam, masin dan manis daging segar. Itu sebabnya tak henti-henti hirup kuahnya.... sluurrppp...sluuurrppppp!
Bahan-bahan:
- 250 gram daging - hiris ikut saiz yang disukai
- 2 cm halia- hilis halus
- 2 cm lengkuas - hiris nipis
- 1 labu bawang besar - hiris
- 3 tangkai cli kering - potong 2
- 1 keping asam gelugur
- 1 sudu besar budu
- 800 ml air
- garam / perasa pilihan secukupnya
- 3 ulas bawang putih - hiris
Cara memasak:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
- Masak dengan api besar sehingga mendidih selama 10 minit.
- Perlahan api dan tutup periuk.
- Setelah daging empuk, bolehlah tambahkan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Kacau beberapa kali dan biarkan masak seketika sebelum tutup api dapur.
Hari ini terpaksa simpan hasrat untuk lepak ke rumah kawan-kawan blogger sebab ada tugas hakiki yang perlu disiapkan. Jadi hanya sempat masuk dapur sendiri. Esok lusa, ada masa Amie akan kunjung ziarah.
Singgang daging saya tak pernah cuba lagi. Apatah lagi singgah daging dengan budu. Yang pasti masak singgang memang sedap. Ikan Siakap Sos Cili Thai tu menyelerakan betul food plating kak Amie. Alhamdulillah ada juga rezeki Firdaus nak makan ikan bawal.
BalasPadamSinggang daging memang terangkat. Menu wajib di kelantan setiap kali raya korban. Wajib masak !
BalasPadamsedapnya budu cicah kangkkung n pucuk ubi celur
BalasPadamBoleh cuba masakan singgang daging ni. Nampak menyelerakan sungguh. Masakan menyihatkan ni tanpa guna minyak.
BalasPadamSinggang antara makanan kesukaan yang sy jarang masak, tapi zaman duduk dgn mak dulu, memang sampai berpeluh la kalau hirup kuah singgang ni, hihi.
BalasPadamSA pun pernah serumah dengan kawan dari Kelantan so tekak ni dah biasa makan budu dan singgang budu..sedapnya...nanti nak cuba buat la singgang daging
BalasPadamSinggang daging pernah buat tapi letak budu belum pernah cuba.Selalu budu buat cicah ikan & daging tu.Menarik untuk di cuba ni.Masakan cikgu tak pernah mengecewakan.Menggamit selera sungguh.
BalasPadamRasa kena cari budu apabila baca pos ini. Hehe. Rasa macam ingin cuba.
BalasPadamhidangan ni confirm bertambah tambah nasi
BalasPadamSelalu makan singgang dengan ikan tongkol, tapi harini tengok singgang daging punnn nampakk sedapp! Tapi budu tak pernah makan hehehehe.
BalasPadamMenu popular di Pantai Timur masa raya haji ni :)
BalasPadamSaya tak tahu bagaimana rasanya budu dan tempoyak. Kedua-duanya saya tak pernah rasa..
BalasPadammenu singgang mmg wajib ada budu baru ngam
BalasPadamtq resepi! saya dah lama nak try, kebetulan ada lebihan daging korban ni, nak cuba lah
BalasPadam