Siapa suka makan Sambal Hijau @ Ijo? Sambal Ijo memang sentiasa menggamit selera. Boleh dimakan bersama ayam atau ikan goreng, ulam-ulaman dan sebagainya. Amie masuk dapur siapkan Sambal Hijau @ Ijo untuk pujuk hati sebenarnya.
Pagi tadi bukan main lagi tulis dalam entri tentang sifat sabar, doa yang baik-baik untuk hari ini. Inilah tulisan Amie itu: Jom kita mulakan hari dengan doa yang baik-baik. Senyum selalu, kurangkan keluhan, tahan kemarahan dan banyakkan bersabar sekiranya ada dugaan atau ujian yang melanda.
Tiba-tiba diuji kesabaran sendiri. Pukul 10 pagi tadi, dapat arahan untuk bertugas esok petang. Hurrmmmm.... sabar sajalah. Tak cukup BDR pada hari bekerja, kena bekerja di tempat kerja pada waktu cuti pula. Allahu Akbar! Berilah keampunan-Mu kepada hamba-Mu ini. Mana yang terlebih itu, anggaplah sebagai sedekah dan yang terkurang itu kupohon halalkan dunia dan akhirat. Moga dengan kesabaran ini, akan mendapat keberkatan-Mu.
Mari kita lihat resipi Sambal Ijo yang Amie pernah masak beberapa kali menggunakan perkongsian resipi Resep Rahasia Sambal Ijo Khas Rumah Makan Padang. Terima kasih tuan punya resipi Sambal Ijo ini. Moga tambah rezeki dan sihat-sihat selalu.
Amie tambah / kurangkan bahan ikut selera dan kesesuaian rasa. Oleh kerana ada tomato kampung setengah masak, Amie pun gunakan saja. Untuk hasil lebih cantik, eloklah gunakan tomato hijau.
Sambal Hijau @ Ijo |
- 250 gram cili hijau - buang tangkainya
- 40 tangkai cili padi hijau - untuk hasil yang lebih pedas
- 7 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 10 biji tomato kampung - jika ada tomato hijau adalah lebih baik untuk hasil sambal warna hijau
- 1 biji limau nipis - perah jus
- 3 sudu besar minyak untuk menumis
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan Sambal Hijau yang sudah dikukus. |
3. Jika sudah layu, tumbuk bahan di atas secara kasar sehingga sebati.
5. Akhir sekali, tambahkan gula, jus limau nipis dan garam. Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak.
6. Angkat dan hidangkan.
syu suka sambal ijo. biasa beli online, jenama sambaleena. sedap juga. kena dengan selera..
BalasPadamslmt bekerja kak amie. smoga diberikan kesabaran ya.
Tak minat terung.. tapi minat sbal ijooo... Aih, terliurrr
BalasPadamNasib baik bahan tak cukup ni, kak Amie, tapi takut ada yg merasuk ke kedai pulak nanti.
BalasPadamSabar ya Kak Amie, sy pun klu kena masuk office serta merta rasa darah naik ke kepala, hihi
Aduh sabar sungguh Puan Amie. Harap diberi ganjaran pahala.
BalasPadamOh bahan tersebut kena kukus dahulu.
Suka penyediaan sambal macam ni. Dimasak baru tak sakit perut dan boleh simpan lama. Dengan cara menumbuk lagi sedap rasanya Kak Amie. Betul betul menambat selera, tak lari lari.
BalasPadamSemoga dipermudahkan tugasan Kak Amie esok. Sabar ye
Sambal ijo nikmat dengan nasi panas, boleh ditambah dengan ikan teri atau ikan bilis.. tambahkan petai pula.. Hehheeh.. Selamat bekerja, kak Amie.. sihat selalu..^_^
BalasPadamAduh,
BalasPadamHari ni tema hijau ke...
Hahahaha
Ke Johor pulutnya hijau
Ke LD sambalnya hijau..
Kat KL ni mak kau hijauš¤£
wah bole cuba la nnati.. pebret gak smabal ijo ni..
BalasPadamKegemaran saya sambal ijo ni, kak. Bertambah-tambah selera makan ada sambal ni.
BalasPadamBertabahalah duhai hati..diarahkan kerja pulak ..
BalasPadamtengahari tadi cube masak sambal macam ni nak makan ngan ikan goreng, tengok2 macam terhangus plak. hahahaha... next time nak cube resepi ni
BalasPadamTak minat sambal ijo tapi nampak menyelerakan!
BalasPadamBawa bersabar tau kak amie, semoga dipermudahkan segala urusan kak amie. Selamat bekerja esok!
Menyelerakan la.. nak try jugalah camni. Biasa buat sambal merah je.
BalasPadamMemang sedap le sambal hijau..
BalasPadamSA suka sambal ijo...best sangat.selalu makan kat restoran masakan padang
BalasPadamMenarik sambal ijo ni. Nanti saya nak cubalah, Amie. Terima kasih, share resepi ye. :)
BalasPadamWuu menariknyaa kak.. tetiba lapar tgok sambal ijo akak ni.hehe
BalasPadam