Kari Ayam Tanpa Santan - Resipi Buat Orang Lapo

4:30 PTG

Jumpa lagi di petang Sabtu yang nyaman. Ikutkan mata memang nak rebahkan saja kepala ke bantal! Takut terlajak mimpi sampai ke senja pula.

Sekarang ini rasa fobia pula untuk buka WhatsAap dan Telegram. Tak tahulah apa jadi kalau sehari tidak buka dua aplikasi itu. Boleh huru-hara di buatnya. Petang kelmarin, selepas makan tengahari dapat arahan ikuti perjumpaan di  tempat kerja pada pagi Sabtu. Antara nama yang tersenarai termasuklah nama kita. Kerja menanda kertas belum siap, datang lagi arahan baru.

Pagi-pagi lagi Amie siapkan sarapan untuk Firdaus. Kebetulan Encik Suami pun belum keluar, jadi sempatlah kami minum pagi bersama. Firdaus siap isikan air minuman ke dalam botol untuk bekal kita. Dibawanya botol air masuk ke dalam kereta. Sempat lagi melambai dengan pesanan : Hati-hati Mommy bawa kereta!

Kita jadi guru pembimbing untuk guru pelatih dari UPSI. Latihan Mengajar dijadualkan bermula pada 26 Julai hingga 24 September 2021. Begitu dan begini, akhirnya kita menarik nafas panjang. Kita berharap dapat bantu permudahkan urusan guru pelatih.  Ada 8 orang semuanya yang dibahagikan mengikut mata pelajaran masing-masing. 

Syukurlah kita ada dapur! Syukurlah kita ada blog. Syukurlah boleh luahkan perasaan dengan memasak. Syukurlah boleh kongsi rasa dalam entri. Sesungguhnya yang baik itu semuanya dari-Mu yang Allah. Yang bathil itu dari hamba-Mu yang lemah dan kedekut  keikhlasan!

Kita lupakanlah dahulu hal dunia yang tak akan ada penghujungnya. Kita fokus masak-masak untuk hidangan keluarga.

Masak apa hari ini?
Amie masak Kari Ayam Tanpa Santan, kongsi resepi dari you tube : BUAT ORANG LAPO. Amie ubahsuai bahan dan sukatan ikut citarasa. Istimewanya masakan kari ini selain tidak bersantan, ada tambahan bahan sebagai penyedap iaitu sos tiram. Berkali-kali Firdaus masuk dapur cium aroma masakan kari. Firdaus kata: Sedap Mommy masak. 
Kejap lagi Baba pulang. Kita makan sama-sama ya sayang.

Amie goreng papadom. Buat sedikit acar timun campur nanas. Tidak lupa, Amie buat sambal belacan. Kemudian panggang ikan cencaru sumbat kelapa dalam kuali ajaib. Setelah Encik Suami dan Firdaus selesai solat Zohor, kami makan tengahari bersama-sama.

Kari Ayam Tanpa Santan.


Hidangan tengahari Sabtu:
  • Nasi Putih
  • Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
  • Kari Ayam Tanpa Santan
  • Acar Timun & Nanas.
  • Sambal Belacan
  • Papadom
  • Ulam-ulaman - Lettuce & Tomato Ceri
  • Hirisan Nanas & Epal
Acar nanas dan timun.

Acar nanas & timun tak sempat layu. Terus hidang atas meja. Kalau ada lauk kari memang Encik Suami suka cari acar. Selain acar, sambal belacan juga perlu ada.


Sambal Belacan.

Ini sambal belacan. Gunakan belacan Siam, gula Siam dan tambah tomato. Tak sempat tumbuk, masuk pengisar saja.

Papadom.


Sukanya Firdaus makan papadom! Sebelum makan nasi, separuh papadom yang digoreng masuk ke mulutnya dulu.

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa.

Ikan cencaru sumbat nan seekor ini memang cukup istimewa bagi Amie sebab Amie sangat suka makan! Tak sempat tumbuk bahan perencah untuk gaul bersama kelapa parut. Amie ambil dua sudu besar Sambal Tomato Versiti Ikan Bilis dan gaul mesra bersama satu cawan kelapa parut. Tambah sedikit lagi garam dan bahan perasa. Kemudian Amie hiriskan daun kunyit, dan gaul lagi bersama kelapa parut tadi. Sumbat di belakang ikan cencaru. Lepas itu panggang dalam kuali ajaib!


Lettuce & tomato ceri.

Hirisan nanas & epal.
Kari Ayam Tanpa Santan

Jom kita lihat resipi Kari Ayam Tanpa Santan di bawah ini. Kalau emak mentua Buat Orang Lapo gunakan kari ikan, Amie gunakan dua jenis serbuk kari iaitu kari ikan dan kari daging / ayam. Amie tambahkan tomato dalam masakan ini. Hasilnya memang sedap!

Bahan-bahan:

  • 500 gram ayam - bersihkan - potong ikut saiz yang digemari
  • 2 biji ubi kentang - kupas - belah 4
  • 4 biji tomato - belah 4
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 2 cm halia - hiris
  • 2 sudu besar serbuk kari daging / ayam
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 pelepah daun kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1000 ml air
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 1 labu bawang besar - hiris 
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • 4 sudu besar minyak
  • Garam / gula melaka  / perasa pilihan secukupnya.
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan daun kari.Tumis hingga terbit aroma.
  2. Masukkan serbuk kari ikan dan serbuk kari daging. Perlahankan api dapur.
  3. Gaul rata dan jika tyerlalu kering tuangkan sedikit air.
  4. Masukkan tomato, ayam dan kentang.
  5. Tuangkan air.
  6. Biarkan masak sehingga ayam dan kentang empuk.
  7. Seterusnya masukkan pati asam jawa dan gula melaka.
  8. Jangan lupa masukkan sos tiram.
  9. Taburkan sedikit garam / perasa pilihan secukupnya.
  10. Kacau beberapa kali, dan biarkan masak seketika.
  11. Padamkan api dapur.

Ingatkan nak ajak Encik Suami keluar cari durian. Khabarnya sudah ada durian di LD. Kawan-kawan beritahu durian kampung RM20 sekilogram. Teringin sangat nak makan durian. Dapat sebiji pun jadilah. Tiba-tiba rasa mengantuk sangat! Mungkin pagi tadi bangun agak awal. Baiklah layan mata dulu. Biar kurang makan, jangan kurang rehat. Sudah dikenal pasti kurang rehat boleh membuatkan kita jatuh sakit!

27 comments

  1. Bagi Naniey kari tanpa santan lagi sedap. Dulu suka kari yang bersantan lepas dah try yang tanpa santan terutama kari ikan memang suka yang tak de santan. Sedapnya ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedapkan. Yang ni nak try bubuh sos tiram pula. Nak tahu apa rasanya. Memang sedaplah.

      Padam
  2. Ya cikgu..betul sangat2.
    Dapat luahkan dalam blog ringan sikit tanggungan beban fikiran.

    Semoga Allah mudahkan urusan cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersilat di dapur dengan periuk kuali, hasilnya dikongsi bersama di dapur maya. Itulah kegembiraan yang kita nak kongsi kan Mama Cella.

      Padam
  3. Selalu jugak cuba resepi dari buat orang lapo nii . Memang buat semua org nk mencuba . Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak perkongsian resipi yang mudah-mudah kan.

      Padam
  4. Ya saya pun pernah buat kari tanpa santan. Sedap sebab kari jadi kuat.

    BalasPadam
  5. fotonya cantik cantik kak
    ya Alloh acar nenas dan ketimunnya kelihatan bikin aku moythwatering nih kak amie, dan itu papadom yang semacam kerupuk di tempatku berasal dari gadung kak :)

    BalasPadam
  6. Oooo.... papadom di sini asal dari India. Tentu sedap kerupu gadung kan Gus.

    BalasPadam
  7. boleh try ni resepi kak amie ni.. sihat sikit tanpa santan. ikan cencaru sumbat kelapa tu mmg fevret saya sangat2, tapi susah nak jumpe jual kat kedai, kalau ade pon sumbat sambal..

    BalasPadam
  8. Sedapnya lauk kak amie hari ni...hari ni SA masak goreng2 yang biasa SA masak je..malas nak amik gambar...

    BalasPadam
  9. Sedapnyaaa, ni mmg fav husband kari pekat tak bersantan gini..

    BalasPadam
  10. Cencaru sumbat kelapa tu memang membangkitkan selera. Saya suka.

    BalasPadam
  11. Sedap kari ayam, suka kari, tak da tenusu ye, kadang tanpa santan letak yogurt, bole simpan resepi ni.

    BalasPadam
  12. Selalu gak tengok youtube buat orang lapor tu, tapi tak pernah ikut lagi resipi nya hehehe.
    Sedap sedap masakan kak amie, bak kata uncle, terus lapor nengoknya ahahaha.

    BalasPadam
  13. Sabar dan bertabahlah kak Amie kalau buka whatsapp dan tele tu. Ada je tugasan dan programnya. Baik firdaus siapkan bekal air mommy. Sedap nampak lauk kari ayam tanpa santan. Suka kuah pekat macam tu. Siap sekali ada acar. Macam lauk kenduri dah :)

    BalasPadam
  14. TENGOK PIC MENU AMIE PERUT TETIBE LAPO

    BalasPadam
  15. moga dipermudahkan kak urusan keje tu :)

    sedap tuu kak kari pekat2 ni ^^

    BalasPadam
  16. Masak pun sejenis terapi untuk hiburkan hati bila dah penat dengan kerja. Syukur rezeki yang ada. Tak semua berpeluang makan sedap-sedap musim pandemik ni

    BalasPadam
  17. ooo....boleh masak kari tanpa santan rupanya... saya kalau takde santan, terus kansel masak kari...hihihi

    BalasPadam
  18. Mssak kari tak ada santan ni ikut style kari india lebih pd rempah ratus

    BalasPadam
  19. Hari tu saya masak kari ayam letak santan (biasa tak letak).. rasanya macam saing2 dgn Kak Amie masak ni jugk

    BalasPadam
  20. Saya memang suka kari tanpa santan. Selalu kalau masak kari sekali-sekala je buat versi yang pakai santan :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe