Lebih satu jam Amie ikuti siaran secara langsung Cakap Apa Saja (CAS) bersama Rozlan & Nasser pada 21 Jun 2021 bersamaan hari Isnin, pukul 9 malam. Kali ini tetamu jemputan ialah penulis MKHARA bersama hasil karyanya Dunia di Sebalik Tembok. Allahu Akbar!
Terlalu banyak iktibar dan pengajaran yang diperolehi ketika menghuni penjara. Pengalaman pahit getir yang ditempuhi penuh sabar oleh bekas banduan ini mampu menjentik rasa para pembaca. Mungkin kita tidak pernah membayangkan apa yang dilalui setiap detik oleh para penghuni di sebalik tembok itu.
Tak sabar menunggu kedatangan buku Dunia di Sebalik Tembok.
Amie ingin menghayati setiap baris ayat yang tertulis di dalamnya.
Amie terima buku Dunia di Sebalik Tembok ini pada 26 Jun 2021.
Inilah buku yang ditulis dari penjara berdasarkan kisah sebenar penulis yang menjalani kehidupan sebagai seorang banduan setelah dijatuhkan hukuman selama 14 tahun 6 bulan. Satu perjalanan dan penceritaan yang diharap mampu memberikan peringatan kepada pembaca agar menjauhi jenayah!
Bayangkan setiap detik yang dijalaninya ketika berada di penjara!
Ketika membacanya Amie rasa terbawa masuk ke dalam ruangan yang tidak pernah Amie bayangkan sebelum ini. Maka: Hargai Kebebasan, Nikmati Kehidupan.
Buku ini patut dibaca oleh setiap orang, dan sangat sesuai dijadikan hadiah. Buku ini turut menyingkap pelbagai isu kehidupan dalam penjara. Bagaimana situasi yang perlu dilalui setiap hari oleh segelintir insan yang tewas pada kesilapan?
Atas pengalaman menjadi penghuni daalam tembok batu, penulis sedia berkongsi tentang apa yang dirasa, dilihat dan diharapkan suatu hari nanti. Ia sarat dengan pengajaran, bagaimana melalui satu fasa kehidupan yang jauh berbeza dari dunia luar yang penuh kebebsan. Pesan penulis:
Berhati-hatilah dalam mendepani hidup. Jangan sampai dunia yang penuh warna warni, yang penuh dengan kehijauan dedaunan, ombak dan laut, kasih dan sayang akhirnya berganti dengan dinding dan tembok batu!
|
Contoh surat untuk keluarga yang ditulis di atas kertas biskut. |
Bersama-sama buku Dunia di Sebalik Tembok, Amie terima sebuah buku percuma iaitu Menunggu Kata Dari Tuhan (Teater Dari Hadis Nabi), tulisan Dinsman.
Lama itu dalam penjara. Banyak boleh dicoretkan.
BalasPadamDunia disebalik tembok..membayangkannya saja dh cukup menginsafkan..jgn la sesekali menyalahgunakan kebebasan.
BalasPadamsuka baca atau tonton filem yang berdasarkan kisah benar, mmg memberi isnpirasi dan pengajaran
BalasPadamBila bayangkan penjara ni pernah tonton telifilem hujung 90s kalau tak silap.Judulnya masih saya ingat "Syurga Dipintu Neraka" lakonan Norish Karman.Watak banduan akhir dibawa dengan sangat berkesan dihati saya hingga ke hari ini..
BalasPadamMacam tahu cerita ni, kalau betul kisahnya tentang Norish dituduh jadi pengedar dadah, kan.. lawyernya pulak Aida Radzwil (Aida Rahim), isteri kepada ex-boy friend dia. Lagu tema, Akulah Kekasihmu - Fransicca Peters
PadamTerus suruh Iman carikan buku ni, Kak Amie.. belum baca dah rasa berdebar
BalasPadamMenarikkk buku macam ni, boleh tahu kehidupan mereka di penjara macam mana, rasa macam nak beli pula sebab memang dari dulu teringin nak tahu kehidupan disebalik tirai besi tuuu.
BalasPadamDulu di muzium ada buat pameran fotografi penjara Pudu. Dalam fotografi itu semuanya memaparkan tulisan dan gambar yang dibuat oleh penghuni penjara di tembok dan dinding. Saya amat tertarik sekali dengan fotografi tersebut, menusuk kalbu.
BalasPadamMenarik jugak buku ni. Ramai yang kena baca buku ni supaya menghargai kebebasan dan menjauhi jenayah
BalasPadamPernah terfikir, macam mana la keadaan mereka- mereka dari dunia sebalik tembok tu...mesti banyak perkara berlaku
BalasPadamBanyak isi yg boleh dijadikan pengajaran. Kadang kita tak tahu apa yg jd disebalik tembok sana
BalasPadamPenulisan macam ni dapat dijadikan pengajaran. Orang tak tahu kisah sebenar di sebalik tembok tu melainkan mereka yang pernah berada di sana. Dalam tempoh yang lama tu pasti banyak cerita.
BalasPadam