Selamat pagi semua. Hari ini hari apa ye? Allahu Akbar! Terlalu lama berkurung sampai nama hari pun boleh lupa! Kelmarin hari Rabu, hari ini Khamis. Esok Jumaat. Yesterday was Wednesday. Today is Thursday. Tomorrow will be Friday. Hahaaaa... teringat guru Bahasa Inggeris ajar sewaktu darjah satu zaman dahulukala. Bonda pula ada puisi Jawa tentang hari Rabu dan Khamis. Rebo Kemis. Taik kebo ditumis! Yang faham bahasa German tu fahamlah.
Jom berehat dulu dari berBDR. Kita sarapan dulu. Amie masak kuey teow goreng. Untuk Firdaus, Amie tunaikan permintaannya untuk makan roti salut telur. Awal pagi tadi kami bertiga sempat sarapan bersama sebelum Encik Suami keluar ke tempat kerja.
Kuey Teow Goreng |
Sarapan pagi : Kuey teow goreng, roti salut telur, kopi Cap Kuda Terbang, hirisan jambu air madu & kuini serta cili jeruk. |
Jelurk Cili. |
Roti Salut Tepung. |
Hirisan kuini & jambu air madu. |
Kuey Teow Goreng |
Kali ini Amie nak makan taugeh rangup dalam kuey teow goreng. Jadi selepas padamkan api dapur, barulah Amie masukkan daun kucai dan taugeh. Gaul beberapa kali. Siap!
Bahan-bahan untuk Kuey Teow Goreng:
- 400 gram kuey teow - bilas dan toskan
- 1 cawan isi kerang
- 1 cawan taugeh
- 1 cawan hirisan daun kucai
- 1 tangkai cili merah - hiris
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis pedas
- 2 sudu besar sos char kuey teow
- 4 sudu besar minyak
- garam / gula / perasa pilihan - jika perlu
Bahan tumbuk / kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk / kisar sehingga terbit aroma.
- Masukkan hirisan cili merah. Kacau.
- Alihkan dengan sudip bahan tumisan ke tepi kuali, dan masukkan telur.
- Kacau telur hingga masak, dan tolek ke tepi kuali.
- Masukkan kuey teow dan gaul bersama semua bahan dalam kuali.
- Seterusnya masukkan isi kerang, sos cili, kicap manis pedas, sos tiram, sos char kuey teow dan bahan perasa seperti gula / garam / perasa pilihan (jika perlu)
- Gaul rata.
- Masukkan taugeh dan daun kucai. Padamkan api dapur.
- Gaul beberapa kali dan hidangkan panas bersama cili jeruk.
Sukanya kuey teow letak kerang cuma susah sedikit jumpa kerang.
BalasPadamTak suke kuey teow yg ade taugeh dan daun kuchai ke ape name daun tu
BalasPadamFavourite arwah mak As ni. Presentation tu love sangat.
BalasPadamsedapnya kuetiaw kak... dana dan edy suka tapi si bujan tu tak suka pulak, jadi jarang masak di rumah selalu beli je...
BalasPadamdana pun kadang sampai lupa hari, dek asik duduk rumah... kalau boss panggil suruh msuk opis baru ingat hari apa
hah..hah.. betul tu Amie! Pagi-pagi sebelum PH buka mata, otak berputar - hari ni hari apa? Dah lama tak pekena kuey teow goreng. Mesti sedap kuey teow yang Amie masak!
BalasPadamYa.. memang jelas kelihatan kue tiaw yang sedap. 😋
BalasPadamSedapnya kuew teow goreng letak kerang. Haritu beli kerang sikit kononnyaa nak campur dalam kuewteow. Lepas masak, kerang tu berbau. Agaknya kerang dah tak fresh. Sedih betul. Saya pun suka taugeh rangup macam tu. Lepas tutup api baru letak taugeh dan kacau sekejap.
BalasPadamSuka..suka..suka...kalau ada tauge & kucai banyak lagi suka...hehehehe
BalasPadamWahhh. Menarik nyaaa keuy teow goreng akak nii.. 😍
BalasPadamYum... Nampak sedap, tapi saya tak suka bubuh taugeh. Kalau kucai takpe
BalasPadamsal. aida suka buh dedua.
Padamtaugeh. kucai. dedua mesti byk.
sedap!
jeruk cili!!! best.
BalasPadamhmmm rumah aida ni 3-4 hari sekali goreng kuewtiau.
kesukaan anak sulung.
ada kuewtiau, dia tak pandang da makanan lain.
Sedapnyaaaaa...nasib pagi tadi x lepas pi pasar besar..kalau tak memang dah beli dah kerang barang sekilo dua buat rencah ke rendang ke..
BalasPadamSedapppnyaaaaa, nasib baik dah makan pagi tadi hehehe. Nampak ada kerang tu lagi menyelerakan!
BalasPadamDh boleh buka stall jual kueteow grg mlm2 ni Amie..sure laris..ada cili jeruk lg tu
BalasPadamHaa.. sama sy, suka taugeh dan kucai yang masih rangup2 lagi, hihi
BalasPadamFeveret CCL ni . Kalau makam kway teow ..suka yg,basah-basah .. Ada pulak cili jeruk ..lagi berselera
BalasPadamfav syu kuey teow goreng ni. slalu buat jgk. hehe
BalasPadam