Petang tadi hujan terus-menerus tak berhenti. Perut rasa lapar. Masuk dapur. Jam menunjukkan pukul 5 petang tapi terasa seperti sudah masuk waktu Maghrib. Gelap!
Terpandang satu bekas rotan. Tiba-tiba gatal tangan buka penutupnya. Apa ada di dalamnya? Jom kita buka.
Bekas rotan. |
Oh! Di dalamnya penuh berisi uncang-uncang kecil! Ada creamer, gula, kopi, teh, dan nescafe. Aduh! Rupanya Encik Suami punya kerja. Rajinnya angkut bawa pulang shacet minuman yang disediakan di hotel. Amie memang tak pernah minum panas sewaktu menginap di hotel, kecuali minum air mineral sahaja. Biasanya kami check in menjelang petang, jadi kalau minum kopi sebelum tidur memang tak boleh lelap mata sepanjang malam. Awal paginya pula tergesa-gesa nak tinggalkan hotel.
Encik Suami kata, itu hak kita sebagai pelanggan. Sayanglah kalau tidak diminum. Baiklah bawa pulang. Betul juga kata Encik Suami.
Dah ada minuman panas, kenalah cari gangnya pula. Selongkar kabinet, terjumpalah saki baki biskut seperti di bawah ini.
Tiba-tiba mata terpandang sebuah bekas berisi sesuatu. Rupanya sewaktu ketiadaan kami, jiran sebelah hulurkan kuih. Ada Abang Farid beritahu kami, jiran sebelah bagi dua bungkusan berisi keledek. Amie tanya, kuih keledek atau ubi keledek? Abang Farid kata ubi keledek.
Balik LD, bila Amie buka bungkusan tersebut isinya ialah ubi kayu, dan sebungkus lagi lengkuas! Aduhai... Abang Farid tak boleh bezakan mana satu keledek dengan ubi kayu dan lengkuas!
Kuih yang kami tak tahu namanya ini, Amie cuba mesej kawan-kawan keturunan Bugis dan kongsikan gambarnya sekali. Mula-mula Kam jawab : Kuih burasakcina. Dar pula kata, menurut ibunya nama kuih itu burasak. Kemudian Amie tanya Pak Google, yang Amie jumpa kuih burasak atau borasa. Amie tanya semula kawan-kawan tadi, kenapa ada perkataan cina di hujungnya? Jus jawab, memang kuih itu namanya borasacina. Orang dulu-dulu yang bagi nama. Kam mencelah, katanya dulu nama borasacina. Sekarang dipanggil borasa saja. Keputusannya, nama kuih pemberian jiran kami ini ialah kuih borasa. Biasanya bila disebut semacam ada bunyi hamzah di hujungnya. Itu sebabnya borasa kadang-kadang dieja burasak atau borasak!
Kuih Borasa |
Meriah betul dunia masakan! Betullah dapur tiada sempadan. Ada sahaja makanan yang baru dikenali! Barulah Amie teringat, selalu nampak kuih ini dijual di Pasar Tanjung di Tawau tapi tak pernah terlintas untuk membelinya. Kuih borasa ini rasanya manis.
Wah, belum pernah lihat kuih ni.. Seronok dapat kenal aneka kuih kat blog cikgu..
BalasPadamperfect presentation .. nak kena ambik class ngn kak amie ni, cara snap gambar makanan utk instagram
BalasPadam@namakucella Seronok hidup berbilang kaum, dapat kenal budaya mereka termasuklah makanannya.
BalasPadam@Atie Zieya Tq dik. Kak Amie main hentam keromo jew time amik gambar. Ikut suka hihihiii tak ada skill.
BalasPadamwah wah macam duduk di hotel pulak, padahal di rumah kan..haha
BalasPadamTak pernah makan kuih tu. Entahla di semenanjung ada tidak. Di sana asyik hujan ye. Semoga menjadi hujan rahmat dan dijauhkan dari bencana banjir
BalasPadamhehe..jauh beza keledek dengan ubi kayu dan lengkuas. Takpe, pasni terus ingat bila ingat kisah ni kan.
BalasPadamCantik bekas rotan tu. Kalau saya depends pada jenis kopi. Kalau kopi sedap, saya gunakan atau ambil bawa balik. Kalau tak, saya tinggalkan je kat hotel. :)
Biskut Thai tu tak beli beli lagi kat shopee, lama xshopping shopee..huhu
Pertama kali tengok kuih borasa.
Borasa dengan burasak, nama seakan sama tapi benda lain2. Kuih borasa tu kuih bugis lagend, kuih orang dulu2 arwah mak pun pernah buat.
BalasPadamPertama kali dgr nama kuih barosa..dibuat dr tepung gandum ke
BalasPadam