Tauhu Telur @ Tauhu Jepun Kuah Sos Tiram Kuah Hitam-Hitam Sikit!

6:43 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami suka makan Tauhu Telur @ Tauhu Jepun Kuah Sos Tiram. Kita pun merajinkan diri memasaknya. Sudahlah tersalah masuk kicap yang disangka sos tiram, kuahnya tidak pula tidak berapa pekat. Oleh kerana sudah bancuh tepung jagung dengan kicap lemak manis, jadi kita tambahkan sahajalah sos tiram. Apa pun sebab nak ambil hati kita, Encik Suami kata sedap! Memang sedap pun... ahaks! Kami ratah-ratah saja.

Tauhu Telur @ Tauhu Jepun Kuah Sos Tiram


Amie kongsikan resipi resipi Tauhu Telur @ Tauhu Jepun Kuah Sos Tiram yang paling asas kegemaran Encik Suami.

Bahan-bahan:
  • 4 batang tauhu telur - potong ikut saiz yang digemari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap lemak manis Cap Kipas Udang - sepatutnya tak perlu 
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • 1 cawan air
  • 1/2 kiub ayam / ikan bilis
Cara memasak:
  1. Goreng tauhu telur sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Dalam sebuah bekas, masukkan tepung jagung, sos tiram dan air. Boleh tambah sedikit kiub ayam atau kiub ikan bilis. Kacau sebati.
  3. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan tauhu telur.
  4. Tumis bawang putih cincang hingga terbit aroma.
  5. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan sos tiram.
  6. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat.
  7. Tuangkan kuah sos tiram ke atas tauhu telur.
  8. Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

Kenapa kuah nampak cair? Kita tambahkan air sebab hendak kurangkan warna hitam kicap, tapi akhirnya tersedar nanti rasanya jadi lain. Jadi, dapatlah kuah pekat-pekat sikit dan hitam-hitam sikit.

8 comments

  1. Hitam-hitam si tampuk manggis...
    hihihi
    Terbau-bau aroma telur ketika digoreng kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... hitam-hitam si tampuk manggis, habis juga ratah-ratah!

      Padam
  2. Tahu telur atau tofu ini fav saya. Diolah jadi masakan apapun pasti sedap. Saya biasa masak dengan jamur kak. Ntah Shitake, jamur merang, jamur kuping gajah atau jamur tiram. Dan memang paling sering pakai saus tiram lah 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tambah enak diolah dengan pelbagai bahan termasuk daging kisar atau sayur-sayuran. Saya juga suka sup tauhu telur.

      Padam
  3. Tahu ini lembut banget..memang enak kalau di masak model begini kak..gurihnya terasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, benar sekali. Sewaktu menggorengnya, tidak sabar mahu cepat-cepat tuangkan sos tiramnya!

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe