Cimplu'an @ Letup-Letup Kelambu
10:25 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi, sewaktu kaki melangkah ke Taman Firdaus untuk memetik bunga telang, tiba-tiba terpandang beberapa biji buah cimplu'an @ letup-letup kelambu bertaburan di bawah pokoknya yang terletak di tepi longkang.
Pagi tadi, sewaktu kaki melangkah ke Taman Firdaus untuk memetik bunga telang, tiba-tiba terpandang beberapa biji buah cimplu'an @ letup-letup kelambu bertaburan di bawah pokoknya yang terletak di tepi longkang.
Kita duduk atas batu dan kutip buah yang jatuh, dan buah yang masak di pokoknya lalu masukkan ke dalam bakul (kononnya bakul untuk isi bunga telang). Teringat zaman kanak-kanak dahulu, kalau ke kebun memang inilah pokok pertama yang kami serbu! Petik buahnya yang masak dan kopek, terus masuk mulut! Terasa-rasa kemanisannya semanis kenangan zaman paling indah yang sudah lama berlalu.
Cimplu'an @ Letu-Letup Kelambu |
Ada dua pokok letup-letup kelambu. Entah tumbuh sendiri atau Encik Suami sengaja tanam di sini. Mungkin benihnya disebarkan oleh burung-burung kecil yang suka hingga di Taman Firdaus.
Gambar atas dan bawah: Buah letup-letup kelambu yang belum masak.
Siapa pernah makan buah cimplu'an @ letup-letup kelambu ini?
8 comments
Oh, selalu jumpa buah ni dijadikan hiasan atas kek, Kak Amie. Buah yg sama kan... baru tahu namanya.
BalasPadamMungkin masa kecil pernah makan agaknya.
BalasPadamDah lama tertanya pasal letup kelambu ni..
BalasPadamAdakah ianya buah yang sama dengan swan berry?
Puas saya cari info swan berry..lain yang keluar..
PadamRupanya gooseberry...🤣
Kalau di sini kami menyebutnya buah. Ciplukan
BalasPadamBuah yang menggamit kenangan ketika kecil. Sedap ni.
BalasPadamAda jumpa di Jaya Grocer dan harganya agak mahal. Buah rare sekarang ni.
baru tau buah ni boleh dimakan...
BalasPadamSaya tau buah ini, tapi tak pernah makan 🤣🤣🤣. Saya ingat sangat ada orang dewasa yg sebut beracun. Haiiiisssh ternyata malah manis ya kak Amie. Soalnya setelah pindah JKT, tak pernah ketemu lagi buah nih 😅
BalasPadam