Berkenalan dengan Ikan dari Laut LD

3:27 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hendak tulis hal santai-santai sahaja. Tenaga sudah banyak dihabiskan dengan pelbagai aktiviti sejak subuh kelmarin (Sabtu) sehingga ke pukul satu malam tadi. Jadi, lupakan dahulu hal-hal yang memerlukan tenaga untuk berfikir. 

Mari kita ke pasar ikan, tapi bukan di Pasar Ikan LD yang terletak di tepi jalan besar arah he pantai sebaliknya kita masuk ke pasar raya. Kami sudah lama tidak beli ikan di Pasar Ikan LD. Dari dahulu sehingga sekarang tidak selesai masalah bawa ikan perut pecah balik ke rumah. Di pasar memang ikan nampak cantik, sampai rumah dua tiga ekor sahaja yang segar dan selebihnya memang nampak sangat ikan lama yang sudah terburai isinya. Bukan ikan sahaja, tetapi termasuk udang dan sotong. Pelik betullah peniaga ikan di sini. Pembeli tidak dibenarkan memilih, mereka akan sodok ikan, udang dan sotong dari bawah timbunan. Peniaga latok pun sama juga! Dulu elok saja latoknya, tetapi kebelakangan ini mereka pun pandai sembunyikan latok buruk dan lunyai di bawah timbunan latok yang segar! Oleh kerana mereka jual dalam bentuk longgokan, jadi tiadalah peluang untuk memilih. Syukurlah sekarang ada pasar ikan selain Pasar Ikan LD yang jual latok ikut timbangan dan pilih sendiri.

Peniaga yang menjual ikan, udang dan sotong saiz besar tidak termasuk yang Amie maksudkan di atas. Yang selalu menipu ialah bahagian yang menjual ikan, udang dan sotong saiz kecil! Harapnya pihak KPDNHEP Negeri Sabah selalulah turun padang memantau.

Bagaimanapun sebagai pengguna sudah semestinya perlu bertindak pijak kerana kita boleh memilih. Syukurlah, selain Pasar Ikan LD, banyak pasar raya lain yang menjual ikan terutama di bandar-bandar baharu. Ikan yang ditawarkan pun lebih murah, segar dan tiada penipuan. Pembeli boleh memilih sendiri dan beratnya sudah tentulah tepat dengan harga kerana menggunakan timbangan digital.

Salah satu tempat yang kami suka kunjungi sudah tentulah Eco Fresh Cold Storage yang terletak di Jalan Dam. Jom kita lihat ikan-ikan yang ada di situ

Ikan Kerapu Bara / Suno
Ikan Kerapu Bintik Biru
Ikan Jenahak Tanda
Ikan Jenahak Merah

Ikan Jenahak / Merah
Ikan Jenahak Tanda
Ikan Gerut-Gerut

Ikan Kerapu
Ikan Kerapu Bintik Jingga


Ikan Bayan
Ikan Jenahak Tanda
Ikan Kutambak
Ikan Putih

Ikan Bayan
Ikan Batu

Ikan Kerapu Bara / Suno
Lain-lain Jenis Kerapu

Ikan Putih

Ikan Bayan
Ikan Putih
Ikan Kutambak

Keluarga Ikan Jenahak (Tengah)

Ikan Kerapu
Ikan Jenahak Tanda
Ikan Kutambak

Ikan Gerut-Gerut
Ikan Kerapu

Keluarga Ikan Kerapu
Keluarga Ikan Jenahak

Ikan Kerapu Bintik Bulat
Ikan Kerapu Bebeh


Ikan Kandaman (Uji Rashid)
Ikan Belanak
Ikan Panit 


Ikan Lumahan

Ikan Kapak

Ikan Kubal-kubal

Ikan Tulai

Ikan Susu @ Bolu
Ikan Talang

Ikan Bolu

Keluarga Ikan Jenahak
Kerapu Bara / Sonu

Keluarga Ikan Batu
Ikan Kutambak

Ikan Sebelah
Ikan Putih
Ikan Kutambak

Ikan Belais

Ikan Putih

Keluarga Jenahak (Ikan Jalur Kuning)
Ikan Lausu / Landok

Ikan Tulai

Ikan basung

Ikan Lumahan

Ikan Selar

Ikan Belanak

Ikan Jenahak

Keluarga Jenahak
Keluarga Kerapu

Keluarga Jenahak
Keluarga kerabu
Ikan Alu-aAlu (Barracuda)

Ikan Ayam Laut

Ikan Jenahak (gambar atas).
Ikan Jenahak yang sudah dipotong-potong (gambar bawah).


Ikan bersaiz besar biasanya sudah sedia dibersihkan dan potong-potong.
Hal ini memudahkan pelanggan untuk mrmilih bahagian yang disukai.



Kepingan Ikan Haruan Laut / Haruan Tasik


Kepala Ikan Putih


Ikan Alu-Alu

Ikan Kerapu

Kepingan Ikan Kerapu

Ikan Batu
Ikan Lausu

Ikan Merah

Ikan Putih

Selain boleh mencari ikan segar di Jalan Dam, di I-Fish Bandar Tabanak, di Taman Aman, Sri Perdana dan lain-lain pun menawarkan ikan yang sama dengan harga berpatutan.

16 comments

  1. Aiissssh segaaaar nya kaaaaak 😍😍😍😍😍😍. Kalo ikan laut besar macam ni saya sukaaaa. Apalagi dibakar kan. Tak usah banyak bumbu, asal segar pasti enak dagingnya

    Memang benci betul kalo ketemu penjual yg tak jujur begitu. Sengaja pilih yg tak fresh buat pembeli kan. Baguslah kalo ada pasar lain yg lebih jujur dalam jualan. 👍.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun suka olah ikan besar tanpa banyak bumbu. Terasa isi ikan yang manis dan segar.

      Padam
  2. Walaupun dijual di pasaraya tapi ikan-ikannya segar-segar semuanya. Tak suka pergi pasar dan tak boleh pilih ikan yang kita nak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak pembeli datang cari ikan di pasaraya. Tempatnya bersih dan terjaga, tidak berbau seperti di pasar ikan.

      Padam
  3. Uncle ni tak kenal ikan.... kalau dah potong2 laaaaagiiiiii tak kenal...!

    BalasPadam
  4. Di sini saya juga sering salah beli ikan. Di pasar tampak segar, sampai di rumah hancur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang selalu bikin sakit hati kan Ibu Nur.

      Padam
  5. Bila tengok gambar macam ikan yang sama
    Lumahan=kembong
    Kubal-kubal=cencaru
    Basung=sardin
    Jenahak tu banyak jenis rupanya.

    BalasPadam
  6. Kena copy link ni share kat Adah ni....hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Mama Cella. Boleh Adah kenal nama-nama ikan di Tawau. Di Pasar Ikan Tawau banyak ikan tuna, ikan jenahak saiz besar. Biasanya sudah siap potong.

      Padam
  7. Seronoknya SA banyak baelajar nama dan rupa ikan hari ni...rasanya x semua sebutan nama ikan sama dia semua negeri kan kak amie..ikan belanak tu fav SA..dulu Pak Zain menjala di laut so selalu dapat ikan belanak..rasadia manis dan lemak- lemak..ikan kubal- kubal tu bukan ikan cencaru ke kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan belanak di LD biasanya saiz besar, dan rasanya lebih tawar. Kak Amie suka yang tempat kita punya, saiz lebih kecil dan manis.

      Padam
  8. Aisehhhh.. sy ni buta nama ikan. Susah betul nak menghafal nama dan rupanya. Mungkin kalau masa kecik² dulu biasa makan atau memancing, mudah nak ingat dan hafal.

    BalasPadam
  9. saya jujur dengan kak amie. saya memang failed bab2 nama ikan ni. lagi satu nama2 pisang. kalau ada exam tanya pasal nama ikan kompem sy dpt G kak🤭😁

    BTW ikan warna biru tu kak amie pernah masak lauk apa ya?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe