Sambal Kentang Campur Petai & Peria
1:45 PTGBismillahirrahmanirrahim.
September lepas, jalan-jalan ke dapur BLOGGER MRENEYOO. Terpaut selera melihat olahan Sambel Kentang Pete & Oseng Pare.
Teringat-ingat hasil air tangan Ibu Mreneyoo. Hari ini ada kesempatan masak hidangan tengah hari di dapur. Jadi, Amie pun kumpulkan bahan masakan, dan terhidanglah olahan Sambal Kentang Campur Petai dan Peria. Di dapur Ibu Mreneyoo terbahagi kepada dua jenis masakan iaitu Sambel Kentang Pete dan Oseng Pare. Amie pula satukan semua bahan, dan masak sekali harung.
Untuk resipi original, bolehlah berkunjung ke dapur Ibu Mreneyoo di sini: Sambel Kentang Pete & Oseng Pare
Masakan dari dapur Ibu Mreneyoo kaya dengan bahan perencah. Aromanya sangat menggugah selera yang terbit dari bau bawang, serai, halia, lengkuas, daun limau purut dan belacan. Cumanya, Amie tidak ada daun salam sebab di LDU memang jarang sangat jumpa orang jual daun tersebut.
Sambal Kentang Campur Petai dan Peria |
Amie gunakan lima biji peria katak saiz kecil. Encik Suami suka rasa pahit peria, jadi Amie tidaklah ramas dengan garam dan perah air peria. |
Amie panggang ikan bolu, gunakan daun pisang. Jadi hasilnya tidaklah kering dan nampak berjus. |
Masak Lodeh Pucuk Ubi |
Hidangan Makan Tengah Hari |
Sambal Kentang Campur Petai dan Peria |
Terima kasih Ibu Mreneyoo yang berkongsi resipi. Mohon maaf sebab ubahsuai olahannya. Tapi memang rasanya sangat sedap. Firdaus ikut makan tapi hanya ambil kentangnya sahaja. Encik Suami nampak berselera sehingga menambah ke dalam pinggan nasinya berkali-kali. Amie pula, untuk rasa lebih puas, terus-terusan meratah begitu sahaja!
25 comments
Aduhhhhh ibu Amieeee... mahu bocor pancinya
BalasPadamEnak banget ni SK.
PadamKalau wak panthang sambel kentang takde tempe
BalasPadamPerkataan baharu... 'panthang'... keh keh keh
PadamHahahaa... panthang ye Wak!
PadamAda lagi ke Kak Amie? Nak tumpang sekaki 😁 sedap bangat sambal kentang pete tu...
BalasPadamPucuk Paku Masak lodeh tu sama dgn masak lemak ke KA?
Habis dah sambal kentang tu PH. Saya nak buat lagi sebab memang sedap.
PadamPucuk ubi masak lodeh tak sama dengan masak lemak. Masak lodeh gaya orang Cocos ada rempah ketumbar.
Patut la rasa familiar je resipi sambal petai campur peria ni. Rupa2nya resipi Mreneyoo. Nampak sedap sgt tu, adoi terliur ni...
BalasPadamMemang sedap Carneyz. Dan memang akan masak lagi. Sedap ratah-ratah.
Padamma syaa Allah...nampak sedapnya....terliur
BalasPadamSaya pun ikut terliur ni Mama Cella. Senang-senang nanti nak buat lagi.
PadamMeriah masakan ni. Nampak pun sangat menyelerakan.
BalasPadamWarna-warni memang nampak meriahkan Faizah.
PadamAiih ...kak Amie juga buat sambel kentang pete campur Paria ,...terimakasih kak atas percobaan memasak resep ala saya....tak apa.. boleh "saja di kreasikan sesuai selera 😀
BalasPadamTerbau aromanya saja sudah terasa kelazatannya.
PadamTerima kasih kembali kongsi menu yang enak ini ya Ibu Mreneyoo.
dana apa pun menu masakan berasaskan peria memang peberet kak oi
BalasPadamJarang jumpa peria katak. Sukalah pula Encik Suami makan peria jenis ini.
Padamalahai sedapnya peria...macam nak juga lah buat..hehehe
BalasPadamPeria memang sedap, walaupun pahit kiranya jadi ubat.
PadamUish…menggoda sungguh hidangan tengah hari kak Amie sekeluarga. Memang tak dapat nak makan sikit kalau saya dapat lauk gini 😁
BalasPadamSamalah saya Ujie. Tapi sebab sedap, meratah sajalah sampai puas.
Padamkak, ni banyak peria ke... byk petai?🤭
BalasPadamHahahaa... Anies, sama banyak!
PadamNak cobaaa juga nanti 😍😍😍😍. Saya suka petai, dan pare pun saya suka yg pahit kak. Dulu memang tak bisa. Tapi dipaksa mama untuk coba trus. Lama2 memang lah jadi suka dengan pahitnya pare 😍🤣
BalasPadamSilakan Fanny.
PadamPerencahnya yang pelbagai menghasilkan sambal kentang yang sangat enak!