Minum Secawan Hot Coffee Latte & Lemon Cake di Kala Hujan
4:44 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi dalam cuaca yang dingin, selepas hujan di tengahari membawa ke petang. Alam kelihatan muram, turut berdukacita di atas apa yang sedang berlaku di Palestine. Semoga saudara kita di sana terus tabah, berjuang menegakkan keadilan dan dengan izin Allah, in syaa Allah kemenangan akan berpihak kepada mereka. Amin.
Hari ini Amie bercadang untuk ke Mahkamah Majistret LD untuk mendapatkan tanda tangan Pesuruhjaya Sumpah. Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, kami mencari tempat makan untuk isi perut yang sedang berkeroncong. Hujan masih turun, sekejap lebat sekejap renyai-renyai. Redah sahajalah. Kononnya selepas makan bolehlah terus ke mahkamah.
Dalam perjalanan mencari tempat makan, Encik Suami kata: Hujan-hujan begini sedap betul kalau dapat minum kopi panas!
Maka, kereta pun melencong arah I-Peak dan berhenti di Beanery Cafe. Hujan masih turun mencurah-curah! Sejuk-sejuk begini, memang tak tolak tepi kalau ada kopi! Makan datanglah secawan Hot Coffee Latte dengan Lemon Cake.
Hot Coffee Latte & Lemon Cake |
Hot Coffee Latte RM10.90 |
Lemon Cake RM14.90 |
Alahai! Boleh kenyang ke makan kek saja?
Tipu tu kalau jawab kenyang!
Tipu tu kalau jawab kenyang!
Encik Suami : Thai Style Fried Rice RM18.90 |
Thai Style Fried Rice - Kata Encik Suami, rasanya sedap! |
Amie : Iced Caramel Macchioto RM12.90 |
Amie : Beeftatoes Taco Cheese RM16.90 |
Beeftatoes Taco Cheese : Sedap! |
Beeftatoes Taco Cheese habis licin! |
Setakat makan Lemon Cake mana nak kenyang kan? |
Hujan turun bertambah lebat tetapi kami perlu beredar dari kafe. Sampai di Mahkamah Majistret LD, individu yang sepatutnya menurunkan tanda tangan tidak ada kerana ada menguruskan kes di luar. Kata petugas di situ, esok pagi boleh datang dalam pukul lapan atau sembilan. Hurrmmm... memang tak ada harapanlah untuk kita keluar waktu pagi.
Bagaimana waktu petang?
Waktu petang, individu berkenaan tiada.
Jadi, kami putuskan baiklah ke tempat pesuruhjaya sumpah yang berbayar.
Alhamdulillah.
Selesai urusan.
Selesai urusan.
Namun hujan masih turun!
14 comments
Hujan2 pekena minuman panas apa pun sedap. Tergoda pulak tengok Beeftatoes Taco Cheese tu Kak Amie 😋
BalasPadamsedap tu Beeftatoes Taco Cheese. Kenyang!
PadamNampak sedapnya taco...
BalasPadamkek lemon dengan latte gabungan mantop tu...tak muak ada masam-masam..
Betul, lemon cake memang sedap.
PadamAsalnya nak minum kopi panas, sekali siap nasi goreng lagi.
BalasPadamBila hujan dan cuaca sejuk pasti auto lapar.
Itulah, sedap betul makan waktu hujan turun.
PadamAlahai..semua menu sedap betul la..hehehe...teringat bercuti di CH..minum coffee dalam cuaca sejuk
BalasPadamNikmatnya minum kopi dalam cuaca sejuk di CH.
PadamMurah aje kan Kak Amie pesuruhjaya sumpah berbayar ni. Kalau di tempat sy masa sy pergi tahun lps kot, RM4 aje. Kalau yg free kena panjat tangga mahkamah pulak.
BalasPadamAaaa.. betul, mana kenyang makan kek aje tu. Latte nampak sedap, dah lama sy tak kopi².
Saya sangka kena bayar RM150. Rupanya hanya RM10 saja.
PadamIni kombinasi yg cocooook sangat, kopi dan lemon cake. Saya suka kue ini. Krn asamnya tak buat eneg 👍🏿.
BalasPadamBtw kak Amie, kalo foto pakai apa? Kamera mirrorless, DSLR atau kamera hp? Baguuuus sangat ❤️❤️👍🏿👍🏿. Rapi dan jelas.
Makan waktu hujan, tak sedar habis sebab leka berbual-bual.
BalasPadamBuat masa ini Kak Amie hanya gunakan HP Redmi Note 9 sahaja sebab Sony Mirrorless Camera yang selalu digunakan sudah rosak.
Tahun-tahun terdahulu Kak Amie gunakan Nikon DSLR tapi rumah kami kena pecah masuk, pencuri bawa sekali kamera itu. Kemudian gunakan DSLR Canon tapi tak puas hati sebab hasilnya tidak semolek Nikon.
Seperti bukan pakai hp hasilnya. 👍👍👍 memang yaaa, hasil foto itu tidak tergantung dari alat yg dipakai, tapi orang yang menggunakan alatnya 😄👍. Who's the man behind the gun 🤭. Kalo memang expert, mau pakai gadget apapun pasti hasilnya bagus 👍
Padamlemon kek tu kena mkn 4 biji baru kenyang kak😁🤭
BalasPadam