Pempek Kering dari Palembang
5:30 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setelah lebih sebulan Pempek Kering tersimpan di dapur, akhirnya hari ini Amie cuba masak. Itu pun setelah berkali-kali hendak memasaknya tetapi asyik tidak jadi kerana perlu direndam selama lapam jam terlebih dahulu.
Amie beli Pempek Kering di sini:
Toko Kerupuk & Kemplang
SUWANDI JAYA
Jl. Letkol Iskandar No. 761 B,
Palembang, Sumatera Selatan.
Pempek Kering yang sudah siap dikukus dan dinikmati bersama cecahannya, iaitu cuka. |
Pempek Kering lengkap bersama cuka kering dalam bungkusannya. |
Pempek Kering |
Cuka Kering |
Cara memasak Pempek Kering |
Masukkan Pempek Kering dalam sebuah bekas. |
Tuangkan air melebihi paras Pempek Kering. Taburkan sedikit garam. |
Pempek Kering mengembang setelah direndam lapan jam. |
Pempek Kering & Cuka |
Kukus Pempek Kering selama 15 minit atau rebus sahaja. Amie kukus. Cuka kering pula, Amie keluarkan dari bungkusannya, dan bancuh dengan 1/2 cawan air. Setelah Pempek Kering masak lembut, keluarkan dari pengukus. Hidangkan bersama cukanya. Pempek Kering ini diperbuat daripada isi ikan dicampur dengan tepung sagu. Rasa cukanya pula, manis dan pedas sama seakan-akan sama dengan rasa pencecah keropok lekor!
6 comments
Nama makanan ini agak pelik dan berharap ada peluang juga mencuba nanti
BalasPadamRasanya macam keropok lekor yang baru lepas direbus ke kak?
BalasPadamOh..ada juga pempek kering ya...baru tahu..info baru ni
BalasPadamnampak cam laksa, tapi cara makan macam dimsum.. apakah itu
BalasPadamOh, ada yg jual kering ya.
BalasPadamKalo kami sebut pempek keriting. Naaah ada yg lucu soal pempek keriting ini kak. Bagi orang Palembang, pempek keriting wajiiib direbus atau kukus saja. Tak boleh digoreng.
BalasPadamTapi bagi orang non Palembang, seperti Jakarta macam saya, kami selalu goreng pempek ini, Krn kalo dikukus rasa ikannya kuat sangat hahahahahaha.
Jadi pernah kliatan sama teman saya yg orang Palembang, dia protes kenapa di goreng pempek keriting. Tak boleh 🤣🤣🤣. Sementara saya cakap, digoreng pun enak, kenapa tak boleh hahahahah. Ini kan masalah selera. 😜
Jadi kalo nak goreng pun, sebenarnya tak masalah 😄