Jambi Paradise
7:43 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kami sempat singgah di Jambi Paradise yang terletak di Simpang Acai, Kb. IX, Kec. Sungai Gelam, Kabupaten Muaro Jambi, Jambi 36361, Indonesia. Tiket masuk berharga IDR30,000 seorang.
Kawasan taman ini seluas 8 hektar, dikelilingi air dengan gazebo, pagar sesat, permainan bot, laluan pejalan kaki dan luncur kluang. Sayangnya, kawasan seluas ini tidak mampu kami jelajahi keseluruhannya. Amie hanya ambil beberapa keping gambar di kawasan berhampiran dan selebihnya hanya duduk melepas lelah sebelum masuk semula ke dalam van.
Jambi Paradise ini dikatakan setaraf dengan Garden by The Bay di Singapura.
Barangkali kalau tujuan kami datang ke sini untuk bersantai-santai dan mempunyai banyak waktu, bolehlah mengelilingi Jambi Paradise ini. Hari ini kami sudah terlewat membuat lawatan ke tempat-tempat yang sudah senaraikan. Hal ini disebabkan keletihan bukan sahaja kami tetapi pemandu pelancong, Pak Herman dan pemandu van kami, Pak Rajaab. Mereka perlu berehat kerana telah menempuh perjalanan jauh dan tidak tidur malam.
Walaupun penat tetapi kami bersyukur, perjalanan jauh sentiasa dipermudahkan dan selamat. Alhamdulillah.
11 comments
Macam boboboy je atas ketapi?
BalasPadamAmii ... Saya orang provinsi Jambi tak pernah masuk ke Jambi Paradise ini. Hebat.
BalasPadamcantik... instagrammable sgt jambi paradise ni kak
BalasPadamSuka dengan keretapi Thomas & Friends tu....
BalasPadamDulu anak-anak masih kecil suka join tengok rancangan tu...macam terdengar bunyi enjin dan hon dia..hihihi
nampak cantik dan bersih taman nya
BalasPadamwahhh cantik kak lampu2 tu kalau malam mesti lagi meriah kan
BalasPadambestnya, mcm2 aktiviti boleh buat kat sini
BalasPadamTempat best tapi jika sudah kepenatan, semua rela tidak bergambar dan menjelajah.
BalasPadamNampak menarik tempatnya. Kalau dapat jelajah lagi mesti lagi menarik. Kalau dah kepenatan, memang tak dapat tandingi penat tu melainkan rehat dulu.
BalasPadamSelama ini ya kak, saya ga pernah tahu jambi punya banyak wisata 🤣. Suami ga pernah mau diajak kesana. Katanya bakal bosen, Krn dia udah pernah dan tak menarik. Tapi masalahnya yg dia datangi dulu dah lama sangaaaaat. Ga mungkin sebenarnya dibandingkan dengan skr kan 😅.
BalasPadamkena naik buggy..nak jalan mmg x larat kan...banyak tempat utk berfoto-foto..
BalasPadam