Bismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami suka makan Tauhu Telur @ Tauhu Jepun Kuah Sos Tiram. Kita pun merajinkan diri memasaknya. Sudahlah tersalah masuk kicap yang disangka sos tiram, kuahnya tidak pula tidak berapa pekat. Oleh kerana sudah bancuh tepung jagung dengan kicap lemak manis, jadi kita tambahkan sahajalah sos tiram. Apa pun sebab nak ambil hati kita, Encik Suami kata sedap! Memang sedap pun... ahaks! Kami ratah-ratah saja.
Tauhu Telur @ Tauhu Jepun Kuah Sos Tiram |
Amie kongsikan resipi resipi Tauhu Telur @ Tauhu Jepun Kuah Sos Tiram yang paling asas kegemaran Encik Suami.
Bahan-bahan:
- 4 batang tauhu telur - potong ikut saiz yang digemari
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap lemak manis Cap Kipas Udang - sepatutnya tak perlu
- 2 ulas bawang putih - cincang
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 cawan air
- 1/2 kiub ayam / ikan bilis
Cara memasak:
- Goreng tauhu telur sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
- Dalam sebuah bekas, masukkan tepung jagung, sos tiram dan air. Boleh tambah sedikit kiub ayam atau kiub ikan bilis. Kacau sebati.
- Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan tauhu telur.
- Tumis bawang putih cincang hingga terbit aroma.
- Masukkan bancuhan air tepung jagung dan sos tiram.
- Masak sehingga kuah mendidih dan pekat.
- Tuangkan kuah sos tiram ke atas tauhu telur.
- Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
Kenapa kuah nampak cair? Kita tambahkan air sebab hendak kurangkan warna hitam kicap, tapi akhirnya tersedar nanti rasanya jadi lain. Jadi, dapatlah kuah pekat-pekat sikit dan hitam-hitam sikit.
Hitam-hitam si tampuk manggis...
BalasPadamhihihi
Terbau-bau aroma telur ketika digoreng kan...
Hahaaa... hitam-hitam si tampuk manggis, habis juga ratah-ratah!
PadamTahu telur atau tofu ini fav saya. Diolah jadi masakan apapun pasti sedap. Saya biasa masak dengan jamur kak. Ntah Shitake, jamur merang, jamur kuping gajah atau jamur tiram. Dan memang paling sering pakai saus tiram lah 😄
BalasPadamYa, tambah enak diolah dengan pelbagai bahan termasuk daging kisar atau sayur-sayuran. Saya juga suka sup tauhu telur.
PadamTahu ini lembut banget..memang enak kalau di masak model begini kak..gurihnya terasa.
BalasPadamYa, benar sekali. Sewaktu menggorengnya, tidak sabar mahu cepat-cepat tuangkan sos tiramnya!
PadamPandai En Majid ambil hati isterinya.
BalasPadamRatah je pun sedap ni.
BalasPadam