Nasi Arab & Nasi Beriani

5:55 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selain makan nasi arab atau nasi beriani dengan kambing, kita juga suka makan dengan ikan terutamanya ikan goreng berempah. Walaupun rupa paras ikan nampak hitam manis dan kurang menawan tetapi apabila masuk ke mulut bersama nasi beraroma begini, lazatnya hanya perut saja yang tahu sebab arah tujunya memang ke situ.

Kalau pekerja restoran ambilkan nasi, memang penuhlah sepinggan, tetapi kita yang uruskan nasi dalam pinggan sendiri. Jadi, kita bubuhlah separuh pinggan sahaja. Ruang pinggan yang kosong kita bubuh lauknya pula. Kita tahu setakat mana perut boleh diisi, maka tidaklah berlaku pembaziran sebab tak habis nasi masuk ke perut.

Seperti biasa, kalau makan di luar Encik Suami kata 'dapur di luar rumah. Mari kita singgah di kedai makan mamak Restoran Rumpun Selera di Sri Perdana.

Nasi Arab Ikan Goreng Berempah & (belakang - Nasi Beriani Ayam Masak Merah)

Amie - Nasi Arab Ikan Goreng Berempah


Encik Suami - Nasi Beriani Ayam Masak Merah

Nasi Arab & Nasi Beriani lengkap dengan acar timun dan keropok papadom. Minumannya pula, teh Cina panas.


27 comments

  1. menggoda nasi arab ni
    dgn teh panas lengkap menunya

    BalasPadam
  2. Kedai mamak pun ada jual nasi arab ya, Kak Amie. Mambangnya kat mana agaknya, kat sini pun mambang hilang, dapur di luarrrr, hahahahah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagilah simambang tu rehat-rehat dulu kan SK.

      Padam
  3. Uncle peminat nasi biryani.... nasi arab sekali sekala

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Layan selera mana yang diminati.

      Padam
  4. Wak kalau makan nasi beriani mesti cari kambing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Wak.
      Nasi beriani dengan kambing memang jodoh sekufu.

      Padam
  5. setakat ni sy belum pernah lg mkn nasi beriani atau arab dgn ikan... selalunya mmg suka kambing.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak pilihan untuk lauk nasi beriani atau nasi arab.
      Cumanya di tempat kita memang biasa dengan lauk kambing atau ayam.
      Tengok di Makkah dan Madinah, orang Arab suka makan lauk ikan goreng selain kambing, jadi bila kita cuba rasa sedap pula.

      Padam
  6. Sedapnya makanan tengahari Kak Amie dan suami. Nasi arab ni kalau ada sos harrah lagi berselera saya makan, lagi2 kalau dihidang dengan teh arab 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada sosnya tapi tak ambil. Bila nampak ikan terus lupa yang lain.

      Padam
  7. nape kat sini tak pernah jumpa nasi arab dengan ikan goreng ni kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab di tempat kita terhad hanya nasi dengan ayam atau kambing saja. Sedangkan di Tanah Arab, banyak jenis lauk boleh pilih samada ayam, kambing, lembu, udang, ikan dan sebagainya.

      Padam
  8. tk pernh lg mkn nasi arab menu ikan...tp kalo kt mekah/madinah femes menu nasi arab lauk ikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, di Tanah Arab memang popular dengan lauk ikan selain ayam dan kambing.

      Padam
  9. Saya tak pernah cuba makan nasi arab dengan ikan goreng berempah. Kalau jumpa, boleh la cuba. Nasi beriani pun dah lama tak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beberapa tahun lepas saya dengan kakak pernah makan nasi arab di Shah Alam. Ada menu lauk ikan dalam katalog, tapi bila kami hendak order katanya tak ada pula!

      Padam
  10. ni susah cari nasi arab, ada pun krg sedap. nasi beriani biasa mkn kt kedai mamak je
    aah ikan camtu mmg sedap. sebab rempah dia tu lah yg hitam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ikan jadi hitam sebab rempah-renpahnya.

      Padam
  11. Belum pernah rasanya sy makan nasi beriani atau nasi Arab dgn ikan goreng, telioq la pulak 🤭 sudahlah 2-3 hari ni teringat Hjh Lofa pernah masak nasi Arab ikan siakap...adoi, menggoda!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejak tahu nasi arab boleh makan dengan ikan goreng, saya mula sukakan menu begini.

      Padam
  12. Betuuul, biar tak mubazir ya kak Amie. Saya pun kalo dah tau porsi besar, pesan 1 saja untuk berdua.

    Sekarang ini tiap kali lihat blog Kaka, saya perhatikan sangat cara Kaka mengambil gambarnya. Krn memang bagus dan cantik foto2nya 👍🏿

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fanny.
      Kakak tidak ada cara tertentu sewaktu ambil gambar.
      Tangkap saja mana-mana bahagian, yang penting gambar jelas.

      Padam
  13. jarang nasi arab mkn dgn ikan... nampak sedap sungguhhh👍👍

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe