Kepala Ikan Dongol Masak Sambal Cocos
6:00 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Beberapa hari lepas kami beli seekor ikan dongol seberat 2kg. Kami minta penjual ikan bersihkan dan potong-potong. Kepala dibelah dua, badan ikan hingga keekor dipotong menjadi tujuh keping.Ikan dongol ini nama yang diberikan oleh orang Cocos. Nama lain yang selalu arwah emak mentua sebut ialah ikan kakak tua kerana muncung ikan dongol seperti paruh burung kakak tua.
Amie sangat menjaga resipi tinggalan emak mentua ini dengan mengekalkan seboleh-bolehnya gunakan ikan dongol, ikan merah atau ikan jenahak. Amie tidak ubahsuai langsung cara olahan dan juga bahan-bahannya. Mudah-mudahan resipi ini terus diwarisi turun-temurun oleh masyarakat Melayu Cocos. Masakan ini boleh ditemui sewaktu kenduri-kendara dan majlis-majlis tertentu dalam masyarakat Cocos.
Kepala Ikan Dongol Masak Sambal Cocos |
Kepala Ikan Dongol Masak Sambal Cocos |
Bahan-bahan:
- 2 kepingan kepala ikan dongol + sekeping bahagian isi
- 200 ml santan pekat
- 500 ml santan cair
- 1 biji limau nipis - perah jusnya
- garam / perasa pilihan
- serbuk kunyit
- 1/2 cawan minyak
- 15 biji cili kering
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 sudu besar ketumbar biji
- Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng setengah masak dan ketepikan.
- Tinggalkan setengah cawan minyak bekas gorengan ikan di dalam kuali.
- Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan santan cair dan biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan ikan.
- Setelah kuah mendidih sekali lagi, tambahkan santan pekat.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukup rasa.
- Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua.
- Kepala Ikan Dongol Masak Sambal Cocos sedia untuk dihidangkan.
Sekian paparan untuk kali ini.
Gambar yang dipaparkan pun nampak kelam dan sendu, sama mendungnya dengan cuaca pada hari ini.
Gambar yang dipaparkan pun nampak kelam dan sendu, sama mendungnya dengan cuaca pada hari ini.
Firdaus sudah sampai ke rumah, dan kami hendak makan malam lauk Kepala Ikan Dongol Masak Sambal Cocos sebelum waktu maghrib.
Jumpa lagi!
17 comments
Bacanya "dongol" @ " donggol" ni cikgu...
BalasPadamTak pernah dengar nama ikan ni kat sini
Dah ejaannya dongol bacalah dongol, kenapa jadi donggol pulak hahahahaa.
PadamTak pernah dengan nama tapi SA google..x jumpa jugak..jumpa ikan bayan je..apakah ikan bayan kak amie?SA ni teringin nak makan lauk kari..tapi memandangkan Pak Zain dan Mak Pah x leh makan kari..cari la kat luar..x sama plak rasanya...
BalasPadamIkan bayan kot.
PadamSambal cocos tu guna santan ye. Uniknya kepelbagaian masakan di Malaysia ni.
BalasPadamYa, bubuh santan.
Padampestaim wak dgr ikan dongol, kalo ikan tongkol nasi dagang tu biasa lah kann., huhu
BalasPadamEmak & bapa mentua cerita ikan dongol sangat digemari sewaktu mereka di Pulau Cocos.
PadamIkan dongol? Mungkin di daerah saya namanya ikan situhuk. Dagingnya enak.
BalasPadamOh, ikan situhuk itu saya rujuk di google ternyata ikan layar. Isinya memang sangat sedap. Saya kenal ikan ini melalui keluarga sebelah suami.
PadamIkan dongol itu ikan kakatua atau ikan bayan atau ikan ketarap.
Cara masakannya seakan sama dgn Ikan Panggang Kuali. Sy dapat bayangkan kesedapannya Kak Amie.
BalasPadamNanti nak cuba masak ikan panggang kuali pulak.
Padambahannya pun senang.. macam sambal orang india pulak ada santan
BalasPadamOoo... sambal orang India bubuh santan juga ye.
PadamOhhh ikan kakatuaaaa. Saya tahu kalo itu. Di sini sebutnya ikan kakatua. Jadi tahu nama lain ikan ini. Tapi susaaah nak dapat ikan Kaka tua kak Amie. Kebanyakan di Indonesia Timur atau Kalimantan. Di Jawa, kalo pun ada, sangat mahal 😅
BalasPadamDi sini pun sudah jarang ada ikan ini. Dulu sewaktu hayat bapa mentua masih ada, almarhum selalu beli kepalanya. Pernah sekali almarhum beli bahagian kepala ikan ini seberat 5 kilogram. Besarkan ikannya?
Padaminagt kak amie typo tadi. tongkol - dongol 😁
BalasPadamikan ni sesuai utk msk sambal je ke kak?