Berkelah di Pantai Payang Lahad Datu

7:22 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi kelmarin kami tiga beranak mencari angin pantai. Semenjak peristiwa Perang Tanduo 2013, 33 hari sebelum kelahiran Firdaus, kami tidak lagi mengunjungi pantai seperti sebelumnya. Ditambah pula dengan peristiwa penculikan demi penculikan serta pembunuhan tawanan yang dikaitan dengan pengganas Abu Sayaf, bertambahlah takutnya kami untuk bersiar-siar di mana-mana pantai!

Walaupun peristiwa hitam itu sudah lebih 10 tahun berlalu, namun kesannya masih membekas di hati kami. Teringat permintaan Encik Suami : Janganlah sakit bersalin waktu malam. Takut hendak hantar ke hospital.

Maklumlah di hospital waktu itu sedang dilakukan operasi pengecaman beratus-ratus mayat pengganas dan kebetulan pula bilik mayat bersebelahan dengan dewan bersalin!

Mari kita cerita tentang perkelahan kami kelmarin. Hari ini, di sebelah pagi Firdaus bermain futsal di padang. Sebelah petangnya pula bermain-main di rumah Khalid. Sekarang Firdaus bersama Khalid berada di masjid. Katanya hendak ikut majlis selawat, mungkin ada sambutan Maulidur Rasul.

Pantai Payang Lahad datu

Kami tiba di sini sekitar pukul sembilan pagi.

Bayaran pengunjung dikenakan di pintu masuk.
Dewasa : RM8.00
Kanak-kanak : RM5.00

Dari kejauhan sudah terlihat keindahan tepi laut Payang.

Oleh kerana banyak kawasan yang sudah dipenuhi orang ramai, kami pun cepat-cepat mencari tempat duduk di bawah pokok. Rupa-rupanya hari Sabtu itu cuti umum sempena ulang tahun rasmi Tuan Yang Terutama Negeri Sabah. Patutlah ramai yang mengambil kesempatan berkelah bersama keluarga di sini.


Tempat duduk kami di bawah pokok berhadapan dengan pantai. Jadi, sambil makan dan duduk berehat, mata dapat memerhatikan Firdaus mandi laut dan bermain-main bersama kawan-kawannya.

Firdaus di atas pelampung.

Firdaus ini jenis peramah. Walaupun masuk air laut seorang diri, tetapi cepat dapat kawan! Tidak lama kemudian, terdengar suara-suara memanggil : Daus! Daus! Rupanya Firdaus sudah memperkenalkan dirinya dengan kawan-kawan baharu.


Salah seorang bapa kanak-kanak di situ menggali pasir, dan anak-anak kecil menimbunkan semula pasir ke atas badannya.


Firdaus ikut serta 'menanam' bapa kawan baharunya.

Video kenangan Firdaus bermain ppasir.



Sementara itu kami membentang tikar di atas meja yang disediakan. Encik Suami keluarkan bakul makanan dan minuman dari kereta. Jiran di sebelah kiri dan kanan tempat duduk kami masing-masing membakar sayap ayam, ikan, udang dan sotong. Lain kali kalau datang lagi, boleh kami sediakan bahan untuk dipanggang-panggang pula. Dan kenalah datang lebih awal supaya dapat tempat memanggang.

Encik Suami bawa dua helai tuala. Katanya hendak mandi laut dengan Firdaus. Rupanya salah sehelai tuala yang dibawanya untuk Firdaus warna pink pink peach... macam tuala perempuan! Tuala kitalah itu. Hantam sajalah katanya!


Meja dan bangku duduk kami tidak jauh dari tempat Firdaus bermain air laut.



Inilah antara makanan yang kami bawa.


Sejak pagi tadi perut belum diisi.
Eloklah sarapan sekarang.


Sebenarnya kami tidak buat persediaan rapi sebelum datang ke sini. Ada buah anggur dalam peti sejuk, masukkan saja dalam bekas dan masak mana yang sempat saja.


Nasi Kuning

Ada nasi kuning dan lauknya, sambal ikan tuna.

Sambal Ikan Tuna

Sambal Kentang

Petang Jumaat Amie masak sambal kentang, dan lebihkan sedikit. Sambal kentang itu Amie tambahkan tempe, udang, peria katak dan petai. Bolehlah dijadikan lauk tambah nasi kuning.

Mini Otak-Otak Ayam Frankfurter

Peha Ayam Goreng

Tart UFO dan roti kegemaran Firdaus.

Jelly Pelangi

Firdaus makan peha ayam goreng.

Setelah berendam sampai kecut dalam air laut, Firdaus naik ke darat untuk makan. Kemudian Firdaus sambung semula bermain air laut.



Lebih kurang pukul 11:15 pagi, kami panggil Firdaus untuk naik ke darat. Sekarang masa untuk pulang. Kami tak boleh berlama-lama di sini kerana pukul dua petang, Coway Lady akan datang ke rumah. Kami akan ambil masa selama 30 minit untuk sampai ke rumah.


Bersiap-siap untuk pulang.

Firdaus bersihkan diri di bawah pancuran.

Tanggalkan dan tinggalkan segala butiran pasir.

Kemudian Encik Suami bawa Firdaus ke tempat mandi dan tukar pakaian.


Kami sampai ke rumah sekitar pukul 12:30 tengah hari. Encik Suami singgah dahulu di kedai dalam perjalanan pulang. Kita tertidur dalam kereta, qadha' mengantuk sebab bangun awal masak makanan untuk dibawa berkelah.


7 comments

  1. Laaaa rupanya Jelly Pelangi, ingatkan bekas makanan bercorak.

    BalasPadam
  2. meriah kak menu berkelah nya, Firdaus dah penat main air itu lapar je dia tu. Tengok panas tapi seronok la main air ni, pantainya pun cantik kak

    BalasPadam
  3. Bekal sihat tu banyak buah...
    Semoga negara kita dipelihara Allah dari segala anasir buruk

    BalasPadam
  4. cantik tempatnya dan ramai juga org yg dtg. tentu berselera makan piknik bila dpt udara tepi pantai kn

    BalasPadam
  5. Meriahnya bekalan berkelah. Laaa.. kenapa bilik bersalin sebelah bilik mayat. Buatlah jauh² sikit, hihi.

    BalasPadam
  6. Kisah lama yang tak mungkin dilupakan. Bila di ingat kita jadi seram nak kemana-mana. Meriah di pantai payang ni. Air lautnya membiru cantik sekali. Hihi..terbawak tuala pink pulak ye. Hantam sajalah..janji tuala. hihi...

    BalasPadam
  7. Kaka semua yg masak itu? Saya rinduuuu Aceh kalo liat piknik di pantai begini 😍😍. Dulu mama pun sering buat bekal utk kami makan di pantai Aceh. Sederhana tapi kalo dah dimakan tepi pantai, rasa masakan apapun pasti jadi sedap ❤️

    Ttg sejarah perang tanduo, saya langsung google kak. Seram ternyata yaa, saya baru sadar ada peristiwa itu. Dulu rasanya tak terlalu mengikuti beritanya. Tapi untunglah kemenangan untuk Malaysia dalam mempertahankan Sabah ❤️

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe