Bukit Seguntang Dalam Sejarah Melayu

8:40 PTG

Bismillahirahmanirrahim.
Sambung entri jalan-jalan Palembang 29 Ogos 2023.

Sesiapa yang pernah membaca teks Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin, tentu teruja untuk menelusuri lebih lanjut tentang sejarah asal nenek moyang dan raja-raja Melayu. Amie mengkaji Sejarah Melayu ketika berada di tingkatan enam, tujuan untuk peperiksaan STPM. Memangkah sakit jiwa sedikit kerana membaca teks Melayu klasik, tetapi banyaklah ilmu pengetahuan dan istilah yang dipelajari.

Bukit Siguntang (atau juga ditulis Seguntang atau Siguntang Mahameru), ialah sebuah bukit setinggi 29-30 meter yang terletak di bahagian utara tebing Sungai Musi, di dalam kawasan Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia. Jaraknya sekitar 3 kilometer ke utara dari tebing Sungai Musi, dan lebih kurang 4 kilometer dari barat daya pusat bandar Palembang.

Tempat ini dianggap keramat oleh penduduk tempatan dan memiliki banyak peninggalan arkeologi yang dipercayai berkaitan dengan Empayar Srivijaya. yang di masa dahulu merupakan sebuah kuasa politik yang mendominasi sekitar Selat Melaka (abad ke-6 hingga ke-13 Masehi). Menurut manuskrip Sulalatus Salatin, ia adalah tanah asal Orang Melayu dan raja-raja Kesultanan Melaka. Pada masa kini, bukit ini mendapat status sebagai taman arkeologi.



Sebelum ini hanya mengenali Bukit Siguntang melalui pembacaan buku Sejarah Melayu @ Sulalatus Salatin. Sekarang sudah berada di tempatnya yang sebenar dan nyata.



Mendaki Bukit Siguntang yang sunyi dan sepi!



Taman Bukit Siguntang masih sedang dibaikpulih.





Di ruang informasi inilah tercatatnya sejarah yang terkandung dalam Sulalatus Salatin.


Asal-Usul Istilah Melayu:
Jika kita menelusuri sejarah yang menyangkut Melayu, maka kata Melayu sudah disebut-sebut dalam catatan I-Tsing yang mengunjungi Srivijaya pada tahun 672. Kata Melayu dipakai sebagai nama tempat yang menunjukkan Jambi sekarang.

Sewaktu tahun pertama di universiti, Amie daftar Kertas Sejarah : Historiografi Melayu. Waktu itu sukar membayangkan kedudukan Jambi, Palembang dan bagaimana rupa Bukit Siguntang yang disebut-sebut oleh pensyarah. Tiada kesedaran untuk mendalami ilmu tersebut kerana belajar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Rupanya banyak kaitan sejarah dan keturunan kita di sini.



Ketika membaca catatan di ruang info ini, terkenang-kenang dan terdengar-dengar suara guru sejarah yang menerangkan tentang pembukaan negeri Melaka!


Teringat sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara. Memang rentetan peristiwa ada tercatat dalam Sulalatus Salatin. Rupanya dunia Melayu sangat kaya dengan sejarah!


Dalam Kitab Sejarah Melayu, Bukit Siguntang merupakan tempat asal-usul raja-raja Melayu di Nusantara, baik yang ada di Indonesia, Sumatera, raja-raja yang pernah berkuasa di Singapura, Malaysia, Brunei dan Patani.

Sekian, perkongsian dari insan yang cetek ilmu pengetahuan terutamanya sejarah negara. Semoga kita sentiasa cinta akan negara dan memiliki semangat patriotisme yang tidak berbelah bahagi.


10 comments

  1. Baru ja ulang baca buku Salatus Salalatin minggu lepas...
    Pertama kali mendengam Bukit Siguntang ni masa saya sekolah rendah bila tengok kisah Wan Empuk & Wan Malini di TV 1 RTM.
    Alangkah bagusnya kalau diulang siaran cerita2 begini untuk generasi kini tahu akan sejarahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Mak Cella, sy pun teringat cerita Wan Empuk Wan Malini ni... Walaupun tak ingat sgt jalan ceritanya tapi bila sebut pasal Bukit Siguntang ni teringat cerita tu.

      Padam
  2. Bila ditelusuri Sejarah, rasa hebatnya Bangsa Melayu suatu masa dulu kan ...

    BalasPadam
  3. Bagus pergi ke tempat bersejarah macam ni boleh belajar balik sejarah.

    BalasPadam
  4. sejarah antara mata pelajaran yang bukan jadi kegemaran cuma bila sesekali kita baca best jugak. Di Indonesia sultan dan sistem beraja mereka dah takde kan, tak macam di negara kita.Kalau ada pun sultan takde kuasa macam di negara kita maksud dana.

    BalasPadam
  5. Menarik info nya... Terima kasih berkongsi ... Insyallah moga kita pun sampai di sini juga.

    BalasPadam
  6. tak baca buku sejarah yang tak masuk exam, jadi tak tahu sangat. Yang saya tahu Musang Siguntang, watak drama TV tahun 90an

    BalasPadam
  7. kalau tak silap dulu-dulu pernah ada drama bersiri di RTM mcm ada menyebut tentang "Musang Si Guntang".. owhh mungkin ada kaitan dgn Bukit Seguntang ni juga barangkali..

    BalasPadam
  8. Perkataan 'mendaki' tu yang uncle tak sanggup!

    BalasPadam
  9. Saya menyesal saat dulu pelajaran sejarah tak terlalu mendalami. Hapal hanya untuk ujian saja 😅. Pelajaran sejarah yg saya suka hanya ttg manusia purba zaman dulu. Sementara kalo sudah membahas kerajaan, ntah kenapa tak terlalu minat.

    Tapi skr, malah sukaaa 🤣

    Saya baca juga foto2 informasi yg Kaka attach. Menarik memang. Ada plan ke Palembang, saya mau juga ke bukit siguntang ini

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe